![]() |
KANSAS CITY, Mo., 13 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Lockton, broker insurans bebas terbesar di dunia, dengan sukacitanya mengumumkan penubuhan Pejabat Digital untuk memacu inovasi dalam strategi data, analisis dan teknologi di seluruh Lockton Enterprise. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan keupayaan digital dan data, menyampaikan penyelesaian transformatif untuk pelanggan.
Claude Yoder, yang telah berkhidmat sebagai Pemimpin Analisis Global Lockton Re sejak tahun 2019, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Data, Analisis dan Digital. Yoder telah memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan Lockton Re yang mengagumkan, termasuk penciptaan dan pembangunan analisis proprietari dan platform operasi dikenali sebagai SAGE, yang telah memperoleh dua paten—pencapaian yang jarang berlaku dalam industri insurans semula.
"Langkah ini, bersama dengan komitmen kami untuk melabur dalam pejabat digital, menegaskan kepentingan digital, data dan analisis kepada strategi global Lockton," kata Ron Lockton, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif. "Kami berdedikasi untuk menyediakan pelanggan kami dengan cerapan berguna dan perkhidmatan yang tiada tandingan didorong oleh data digital dan alatan analisis termaju."
Pejabat Digital akan mempercepat transformasi dan pertumbuhan digital merentasi semua aspek data, analisis dan teknologi. Dengan memanfaatkan teknologi terkini dan cerapan yang didorong oleh data, pejabat ini menyasar untuk meningkatkan nilai pelanggan, memacu kecekapan operasi dan membuat keputusan strategik, sambil menyampaikan nilai yang tiada tandingan kepada pelanggan.
"Ini merupakan peluang menarik untuk memajukan keupayaan data dan teknologi kami," kata Yoder. "Komitmen Lockton terhadap kecemerlangan digital menegaskan dedikasi syarikat untuk terus mendahului trend industri dan memenuhi keperluan pelanggan kami yang sentiasa berubah-ubah. Melalui penubuhan Pejabat Digital, Lockton bersedia menetapkan standard baharu dalam industri pembrokeran insurans, memastikan pertumbuhan dan kejayaan yang mampan dalam era digital."
Maklumat Tentang Lockton
Perkara yang membuatkan Lockton berbeza berbanding yang lain juga menjadikan kami lebih baik: bebas. Pemilikan persendirian Lockton memperkasa 12,600+ Rakan Sekutu syarikat menjalankan perniagaan di lebih 140 negara bertujuan memberikan tumpuan semata-mata kepada risiko, insurans dan keperluan pelanggan. Bersama kepakaran yang menjangkau di seluruh dunia, Lockton menyampaikan pemahaman mendalam yang diperlukan bagi mencapai hasil yang luar biasa. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.lockton.com.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2619282/Lockton_Claude_Yoder.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2342384/Lockton_70_mm_Black_Logo.jpg?p=medium600