omniture

Aurora DataTracks: Penyelesaian XBRL yang Didayakan AI untuk Pelaporan Perniagaan Malaysia

DataTracks
2025-03-19 11:11 18

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Mac 2025 /PRNewswire/ -- DataTracks, peneraju global dalam penyelesaian pelaporan pematuhan berasaskan awan, mengumumkan pelancaran Aurora DataTracks, platform XBRL dikuasakan AI yang direka bentuk untuk memudahkan dan mempercepat pematuhan dengan Sistem Pelaporan Perniagaan Malaysia (MBRS).

DataTracks Aurora Reporting Solution
DataTracks Aurora Reporting Solution

MBRS ialah rangka kerja penyerahan digital yang diperkenalkan olehSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk memfailkan penyata kewangan dan pulangan tahunan dalam format XBRL. Melalui penyerahan digital mandatori yang telah bermula pada bulan Disember 2024, Aurora dibina untuk membantu perniagaan Malaysia membuat persediaan awal – dengan mudah, tepat dan yakin.

"Aurora dibina untuk mengurangkan masa dan usaha yang dihabiskan untuk persediaan XBRL bagi firma perakaunan, audit dan kesetiausahaan korporat," kata Pramodh Vittal, Naib Presiden Kanan, Reka Bentuk Produk di DataTracks. "Dikuasakan oleh AI dan dilengkapi dengan antara muka yang mesra pengguna, platform ini memastikan kecekapan pada setiap langkah. Apa-apa kemas kini yang dibuat kepada penyata kewangan akan ditunjukkan dengan segera dalam templat MBRS yang sama, mengekalkan integriti data sepanjang proses."

Cabaran Pemfailan MBRS

Dengan mandat MBRS yang kini sejajar dengan standard pelaporan MPERS dan MFRS, ahli profesional perakaunan menghadapi beberapa cabaran utama seperti pemetaan data ke templat MBRS yang kompleks, peraturan pengesahan perniagaan yang rumit dan tugasan manual berulang merentasi berbilang entiti.

Dibina Khas untuk Penyedia MBRS

Aurora membolehkan pengguna memuat naik penyata kewangan, memetakan penyata tersebut secara automatik ke templat MBRS dan menggunakan semula pemetaan tersebut merentasi entiti yang serupa – menjimatkan masa dan memastikan ketekalan.

Melalui automasi yang dipacu AI, penyedia boleh menggunakan semula pemetaan bagi mengurangkan usaha manual, yang berpotensi menjimatkan sehingga 80% masa persediaan. Antara muka yang mesra pengguna memudahkan proses pemetaan dengan input manual yang minimum.

Ciri semakan dan pengesahan pintar membantu mengesan nilai yang dipetakan kembali ke penyata kewangan untuk pengesahan mudah dan output bebas ralat.

Aurora juga mengandungi kawalan akses yang teguh, membolehkan firma menguruskan berbilang profil entiti, menugaskan peranan kepada pasukan dalaman atau pelanggan dan memperkemas persediaan, serta menyemak aliran kerja dengan keselamatan terbina dalam.

"Aurora membantu mengalihkan tumpuan daripada kemasukan data manual kepada semakan strategik. Kini, para akauntan boleh melengkapkan lima pemfailan MBRS dalam masa yang suatu masa dahulu hanya berupaya melengkapkan satu pemfailan," tambah Rashmi Ravindran, Naib Presiden Jualan – APAC, DataTracks.

Maklumat Tentang DataTracks

Baru-baru ini DataTracks diiktiraf sebagai pemenang Perisian Terbaik G2 dalam kategori Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan (GRC) untuk tahun 2025, serta telah menyediakan penyelesaian pelaporan pematuhan selama lebih 20 tahun. Selain Aurora, baru-baru ini DataTracks melancarkan DataTracks Oxbow, platform berkuasa untuk keperluan pelaporan FATCA/CRS, di seluruh dunia.

Penyelesaian tindanan penuh DataTracks telah menyokong lebih 30,000 pelanggan di 25+ negara dalam menavigasi pelbagai rejim kawal selia global dengan mudah.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.datatracks.com.

Untuk Pertanyaan Perniagaan:
E-mel:
 enquiry@datatracks.my
Malaysia: +60 3-2706 0185

Hubungan Media: mediarelations@datatracks.com 

Penafian: Pernyataan berkenaan prestasi produk adalah berdasarkan penilaian dalaman dan maklum balas pelanggan. Keputusan mungkin berbeza-beza. DataTracks bukan sekutu dengan atau disokong oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2643353/DataTracks_Aurora_Reporting_Solution.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/663546/DataTracks_Logo.jpg?p=medium600

Source: DataTracks
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Data Analytics Financial Technology Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things