omniture

Cathay United Bank Dinamakan "Bank Pengurusan Kekayaan Terbaik di Taiwan" oleh The Asian Banker!

Cathay United Bank
2025-03-20 09:52 27

TAIPEI, 20 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Cathay United Bank telah lama menyatakan komitmennya untuk membantu pelanggan bernilai bersih tinggi bagi merebut peluang pelaburan antarabangsa. Dengan memanfaatkan teknologi digital dan inovasi kewangan, serta berkolaborasi dengan institusi-institusi yang terkemuka di dalam dan luar negara, Bank ini terus meningkatkan perkhidmatan pengurusan kekayaannya, melancarkan pelbagai jenis alatan dan produk pengurusan kekayaan yang membolehkan pelanggan bertindak balas secara fleksibel terhadap perubahan dalam pasaran kewangan global dan mengurangkan risiko. Awal tahun ini, Bank ini dengan bangganya mengumumkan bahawa ia dinamakan sebagai "Bank Pengurusan Kekayaan Terbaik di Taiwan" oleh The Asian Banker, jurnal kewangan terkenal di peringkat antarabangsa.

The Asian Banker menilai calon berdasarkan prestasi mereka dalam 10 bidang, termasuk transformasi digital, kawalan risiko, impak pasaran, pembangunan bakat dan strategi korporat, serta dipandang tinggi dalam industri kewangan global. Dengan pengalaman selama berdekad-dekad dalam pasaran Taiwan, Cathay United Bank berjaya menggunakan data raya untuk menganalisis keperluan kumpulan pelanggan yang berbeza dalam era teknologi digital yang semakin maju dengan pesat. Selain itu, Bank ini terus melancarkan pelbagai alatan pengurusan kekayaan, seperti produk pendapatan tetap, dana ekuiti persendirian dan produk pelaburan lain - membantu pelanggan menyesuaikan diri dengan landskap kewangan antarabangsa yang bergolak dan mengurangkan risiko pelaburan.

Di samping itu, dengan teknologi digital dan AI memacu Cathay United Bank ke hadapan, pengalaman pelanggan benar-benar ditingkatkan oleh teknologi kewangan (fintech). Dengan adanya carta visual daripada CUBE App, pelanggan boleh memantau status kewangan mereka pada masa nyata dan mengoptimumkan peruntukan aset, meningkatkan kecekapan dan kefleksibelan keputusan kewangan. Inovasi ini merealisasikan strategi berpusatkan pelanggan oleh Bank, lalu membolehkan Bank mencapai pertumbuhan dua angka dalam bilangan pelanggan bernilai bersih tinggi dan juga aset bawah pengurusan (AUM), seterusnya merancakkan pasaran pengurusan aset Taiwan.

Cathay United Bank menonjolkan potensi besar pasaran pengurusan aset Taiwan yang belum diterokai, mencatatkan peningkatan bilangan pelanggan dengan portfolio aset terpelbagai. Apabila polisi menjadi mudah dan persekitaran cukai berubah, permintaan terhadap khidmat nasihat profesional bagi peruntukan aset pasti akan meningkat. Bagi masa depan, Bank akan terus mengintegrasikan sumbernya, baik di dalam mahupun luar negara untuk menawarkan rangkaian produk pelaburan yang semakin bertambah. Digabungkan dengan pasukan pakar profesional, khidmat nasihat diperibadikan dan platform transaksi dalam talian yang kukuh, pelanggan akan mendapat akses kepada saluran pelaburan yang memberi ganjaran. Dengan mengukuhkan perkongsian merentas saluran yang berbeza, Bank ini berdedikasi untuk mengukuhkan kedudukan Taiwan sebagai salah satu hab pengurusan aset yang utama di Asia, seterusnya mencipta nilai kewangan yang lebih besar untuk pelanggannya.

Cathay United Bank was named the “Best Wealth Management Bank in Taiwan” by The Asian Banker. Senior Executive Vice President Kevin Hu accepted the award on behalf of the Bank. (Picture provided by Cathay United Bank)
Cathay United Bank was named the “Best Wealth Management Bank in Taiwan” by The Asian Banker. Senior Executive Vice President Kevin Hu accepted the award on behalf of the Bank. (Picture provided by Cathay United Bank)

Source: Cathay United Bank
Keywords: Banking/Financial Service Awards