omniture

Ragnarok Landverse: Genesis Pelancaran Besar-besaran Ditetapkan pada 29 Mac 2025

Maxion Pte. Ltd.
2025-04-02 04:31

SINGAPURA, 2 April 2025 /PRNewswire/ -- Penantian hampir berakhir! Ragnarok Landverse: Genesis, versi dipertingkatkan Web3 MMORPG legenda Ragnarok Online, secara rasminya melancarkan Pelancaran Besar-besarannya pada 29 Mac 2025, pada jam 14:00 UTC+7. Dibangunkan dalam perkongsian antara GRAVITY, MAXION, SKY MAVIS dan ZENTRY, keluaran yang sangat dinanti-nantikan ini menjanjikan gabungan nostalgia Ragnarok klasik dengan teknologi blok rantai, menawarkan pemain pemilikan digital sebenar bagi aset dalam permainan.

Ragnarok Landverse Genesis Grand Launch
Ragnarok Landverse Genesis Grand Launch

Era Baharu Ragnarok Bermula 

Ragnarok Landverse: Genesis menyasarkan untuk membawa dunia Ragnarok Online kesukaan ramai ke dalam ekosistem Web3, memberikan pemain peluang menarik untuk memperoleh, berdagang dan mengumpul aset dalam permainan yang berharga melalui penyepaduan blok rantai. Pelancaran ini mewakili peristiwa penting dalam permainan terpencar, yang mana pemain boleh melibatkan diri sepenuhnya dalam sistem Main-untuk-Peroleh (Play-to-Earn, P2E) sambil menikmati mekanik biasa MMORPG klasik.

Ciri Teras Ragnarok Landverse: Genesis 

Dengan Pelancaran Besar-besaran ini, pemain boleh mengharapkan pelbagai ciri menarik yang meningkatkan pengalaman permainan tradisional dan ekosistem Web3:

1. Episod 4.0 & Pengalaman Ragnarok Klasik 

  • Pemain akan memasuki garis masa Episod 4.0 (kelas 2-1), menampilkan dunia MMORPG yang mengasyikkan yang dipenuhi dengan lokasi nostalgia, raksasa klasik dan mekanik permainan asli.
  • Grafik dan mekanik permainan yang dipertingkat memastikan pengalaman yang lebih lancar dan dinamik sambil mengekalkan semangat Ragnarok Online yang asli.

2. Integrasi Web3 & Blok Rantai

  • Pemain boleh membeli, menjual dan memperdagangkan aset dalam permainan dengan nilai dunia sebenar melalui pasaran yang dikuasakan oleh blok rantai yang selamat.
  • Ekonomi terpencar memastikan urus niaga yang adil dan pemilikan barangan, haiwan peliharaan dan banyak lagi.
  • Peralihan kepada blok rantai RONIN menyediakan kebolehskalaan yang dipertingkat, yuran transaksi yang lebih rendah dan peningkatan keselamatan untuk semua pemain.

3. Mod Sistem Automatik – Main Semasa AFK! 

  • Kekal produktif walaupun jauh! Mod Sistem Automatik membolehkan watak bertempur, bertani dan mengumpul rampasan tanpa input pemain yang berterusan.
  • Sesuai untuk pemain kasual dan tegar, memastikan kemajuan berterusan walaupun ketika anda berada di luar talian.

4. Perang Emperium – Pertempuran Perikatan Epik 

  • Terlibat dalam peperangan Guild mlwn. Guild (GvG), tempat perikatan yang berkuasa berjuang untuk mengawal istana. Dengan kumpulan hadiah yang sangat besar sebanyak $300,000 melalui kejohanan atau atas nama ROLC2025.
  • Perikatan yang menang menuntut lokasi strategik sebagai ibu pejabat, memperoleh prestij dan faedah dalam permainan sepanjang tahun.

5. Acara dan Ganjaran Eksklusif 

  • Pencarian Genesis Airdrop berjalan sehingga 31 Mei 2025, membenarkan pengguna awal memperoleh ganjaran eksklusif, mata papan pendahulu dan bonus berkaitan Web3.
  • Acara pelancaran dalam permainan khas akan menyediakan pemain dengan peralatan masa terhad, koleksi dan rangsangan mata wang untuk memulakan perjalanan mereka.

Persediaan Prapelancaran – Cara Menyertai Pengembaraan 

Dengan Ragnarok Landverse: Genesis memasuki fasa OBT, pemain boleh membuat persediaan dengan mengambil langkah berikut:

  1. Daftar untuk Pelancaran Besar-besaran: Lawati laman web rasmi di https://rolg.maxion.gg/ untuk mendaftar akaun.
  2. Kekal Dengan Kemaskini Terkini: Ikuti saluran media sosial rasmi untuk kemas kini dan pengumuman masa nyata:
    Facebook: https://www.facebook.com/ROLGenesis  ○ Twitter (X): https://twitter.com/ROL_Genesis  ○ Discord: https://discord.com/invite/rolgenesis
  3. Sediakan Dompet Anda: Memandangkan Ragnarok Landverse: Genesis menampilkan elemen blok rantai, pemain harus menyediakan dompet RONIN untuk menyimpan dan berdagang aset digital dengan selamat.

Sertai Pengembaraan – Bab Seterusnya Sedang Menanti! 

Jangan ketinggalan untuk mengikuti Pelancaran Besar-besaran Ragnarok Landverse: Genesis! Sama ada anda seorang pemain veteran Ragnarok Online atau pendatang baharu yang mencari pengalaman MMORPG yang inovatif, inilah peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada pengembaraan rintis.

 

 

 

Source: Maxion Pte. Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services Blockchain