omniture

Huawei Diiktiraf sebagai Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2025 untuk Pensuisan Pusat Data

HUAWEI
2025-04-08 01:28 11

SHENZHEN, China, 8 April 2025 /PRNewswire/ -- Gartner melancarkan Magic Quadrant 2025 untuk Pensuisan Pusat Data yang mana Huawei diiktiraf sebagai Peneraju. Huawei khususnya berada pada kedudukan paling jauh bagi "Kesempurnaan Visi".

Huawei Recognized as a Leader in the 2025 Gartner® Magic Quadrant for Data Center Switching
Huawei Recognized as a Leader in the 2025 Gartner® Magic Quadrant for Data Center Switching

Pada tahun 2025, Huawei akan terus menaik taraf rangkaian pusat datanya dalam tiga aspek berikut:

Xinghe Intelligent Fabric Solution Dinaik Taraf

Tatkala teknologi AI berkembang dan seni bina awan semakin maju, rangkaian pusat data mengalami transformasi yang ketara. Xinghe Intelligent Fabric Solution Huawei yang dinaik taraf dibina pada seni bina tiga lapisan: Otak AI, Sambungan AI dan NE AI.

  • Otak AI: Peta digital rangkaian eksklusif Huawei dan model besar rangkaian NetMaster memudahkan pelaksanaan proses automatik, simulasi keselamatan-rangkaian bersepadu dan resolusi automatik 80% kerosakan, meningkatkan kecekapan O&M dengan ketara.
  • Sambungan AI: Algoritma pengimbangan beban skala rangkaian (NSLB) yang inovatif mengoptimumkan perancangan laluan, menghapuskan halangan prestasi dan meningkatkan kecekapan latihan AI sebanyak lebih 10%. Di samping itu, teknologi keandalan tiga peringkat iReliable dan rintangan kehilangan saluran modul optik memastikan gangguan perkhidmatan sifar.
  • NE AI: Dengan memanfaatkan suis siri CloudEngine dan modul optik StarryLink, Huawei melaksanakan kesedaran trafik berkejituan tinggi dan pemantauan visual kehilangan dan kelewatan paket rangkaian.

Suis Siri CloudEngine Baharu

Huawei memperkenalkan suis Eternet tetap 128*800GE berketumpatan tertinggi dalam industri, CloudEngine XH9330, berserta suis tetap sejuk cecair 128*400GE pertama di dunia, CloudEngine XH9230. Dengan bilangan port berketumpatan tinggi yang utama dalam industri, suis ini mampu melepasi had kebolehskalaan kluster AI. Selain itu, teknologi iFlashboot proprietari Huawei mendayakan latihan berterusan walaupun sekiranya berlaku permulaan semula dan penaiktarafan yang tidak normal.

Modul Optik StarryLink

Di MWC 2025, Huawei melancarkan modul optik StarryLink untuk medan rangkaian pusat data yang menawarkan tiga keupayaan teras:

  • Jangkauan: Huawei menggunakan algoritma gandingan laluan optik yang unik untuk mengawal dan mengoptimumkan pengagihan kuasa isyarat, lalu memastikan kuasa transmisi maksimum. Ini dapat mencapai jarak transmisi yang dua kali ganda daripada purata industri.
  • Stabil: Teknologi penentududukan kehilangan pulangan optik jarak dekat proprietari Huawei membolehkan pengesanan pautan optik yang kotor dan longgar dalam beberapa minit, jauh lebih pantas daripada purata industri iaitu selama tiga jam. Selain itu, teknologi rintangan kehilangan saluran eksklusif mendayakan latihan berterusan walaupun sekiranya berlaku pemutusan sambungan.
  • Selamat: Keupayaan penyulitan lapisan fizikal PHYSEC yang eksklusif diintegrasikan ke dalam oDSP modul optik, memastikan penyulitan 100% kesemua paket dan menghapuskan sebarang risiko kebocoran data.

Mendorong Rangkaian Perusahaan Menuju Era Pintar Digital

Memandang ke hadapan, Huawei tetap komited untuk memajukan penyelidikan teknikal dan inovasi produk dalam sektor rangkaian pusat data. Dengan meluaskan portfolio suis pusat data CloudEngine dan memacu kemajuan teknologi, Huawei bersedia untuk membimbing perusahaan melalui landskap teknologi rangkaian yang semakin berkembang, meletakkan infrastruktur yang kukuh untuk mencapai transformasi pintar data perusahaan.

Penafian Gartner
Gartner, Magic Quadrant untuk Pensuisan Pusat Data, Oleh Andrew Lerner&Simon Richard&Nauman Raja&Jorge Aragon&Jonathan Forest, 31 Mac 2025
Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan dalam penyelidikannya, dan juga tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mendapat penarafan tertinggi atau designasi lain. Laporan penyelidikan Gartner mengandungi pendapat daripada organisasi penyelidikan dan perundingan Gartner, dan pendapat berkenaan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Berkenaan dengan kajian ini, Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. GARTNER ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau rakan-rakan sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa, MAGIC QUADRANT ialah tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau rakan-rakan sekutunya dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Source: HUAWEI
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things