omniture

Techman Robot, CSBC dan AMET Tandatangani MOU Bangunkan Penyelesaian Kimpalan Pintar untuk Industri Pembinaan Kapal

Techman Robot Inc.
2025-04-09 10:00 26

TAIPEI, 9 April 2025 /PRNewswire/ -- Pengeluar robot kolaboratif yang terkemuka Techman Robot, pembina kapal terbesar Taiwan CSBC Corporation dan AMET Inc., peneraju A.S. bagi teknologi kimpalan pintar, telahpun menandatangani MOU secara rasmi. Ketiga-tiga pihak akan berkolaborasi untuk membangunkan robot yang disesuaikan untuk persekitaran pembinaan kapal, mempercepat peralihan industri kepada pembuatan pintar dan meningkatkan kecekapan serta kualiti kimpalan.

Techman Robot provides intelligent welding solutions by AI-powered cobot
Techman Robot provides intelligent welding solutions by AI-powered cobot

Bekerjasama dengan Pemimpin Global untuk Merintis Era Baharu Kimpalan Pintar

Techman Robot komited untuk menyediakan penyelesaian kimpalan pintar dan Robot Kolaboratif Kimpalan AI TM telahpun diterima pakai secara meluas dalam industri-industri yang memerlukan kimpalan berkejituan tinggi, termasuk pembinaan kapal, struktur keluli berskala besar untuk terminal lapangan terbang dan kuasa angin luar pesisir. Teknologi ini membantu industri-industri menangani kekurangan pengimpal mahir global.

Dengan bekerjasama bersama AMET dan CSBC, Techman Robot bermatlamat untuk memacu inovasi yang selanjutnya dalam automasi pembinaan kapal.

  • AMET Inc., peneraju A.S. bagi teknologi kimpalan pintar, membawa kepakaran yang luas dalam industri aeroangkasa, pembinaan kapal, tenaga dan automotif.
  • CSBC Corporation, pembina kapal terbesar Taiwan, menyumbang kepakaran pembinaan kapal dunia sebenar dan pengalaman aplikasi, memastikan penyelesaian yang dibangunkan memenuhi keperluan industri praktikal.

Dengan memanfaatkan kekuatan gabungan mereka, ketiga-tiga syarikat ini akan mengembangkan pasaran kimpalan berkuasa AI global dan mempercepat transformasi pintar dalam industri pembinaan kapal.

Memperkasakan Industri Pembinaan Kapal dengan Kimpalan Berkuasa AI untuk Kecekapan Maksimum

Sebagai pembina kapal terkemuka Taiwan, CSBC akan memfokuskan untuk membangunkan robot kimpalan dipacu AI kompak yang direka untuk pengangkut pukal besar dan kapal kontena. Penyepaduan teknologi kimpalan AI akan meningkatkan ketepatan kimpalan dan kecekapan pengeluaran dengan ketara, membawa kepada kitaran pembinaan yang lebih pendek dan kos buruh yang lebih rendah. Kolaborasi ini akan mengukuhkan lagi daya saing global Taiwan dalam industri pembinaan kapal.

Asia Tenggara, khususnya Thailand, Vietnam, Indonesia dan Malaysia mengalami pertumbuhan yang pesat dalam industri pembinaan kapal dan projek infrastruktur berskala besar, lalu memacu permintaan yang semakin meningkat terhadap teknologi kimpalan automatik berkejituan tinggi. Melalui kolaborasi ini, AI dan penyelesaian kimpalan pintar akan memastikan kestabilan proses yang lebih tinggi, kecacatan kimpalan yang berkurangan dan automasi yang dipertingkat merentas sektor-sektor perindustrian.

Tambahan pula, memandangkan sektor maritim, tenaga dan infrastruktur di Asia Tenggara terus berkembang, penyelesaian kimpalan AI Techman Robot akan membantu industri-industri tempatan meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos pengendalian dan meningkatkan daya saing antarabangsa. Selain daripada pembinaan kapal, teknologi kimpalan pintar ini juga akan diaplikasikan pada struktur keluli berskala besar, pembinaan jambatan, industri maritim dan pembuatan industri berat, seterusnya membawakan kemajuan pembuatan pintar yang komprehensif ke pasaran Asia Tenggara.

Source: Techman Robot Inc.
Keywords: Computer/Electronics Maritime/Shipbuilding Mining/Metals Transportation Contracts Licensing/marketing agreements Artificial Intelligence