BEIJING, 9 April 2025 /PRNewswire/ -- Hannover Messe 2025 yang melabuhkan tirai baru-baru ini, pameran perdagangan perindustrian yang terkemuka di Jerman, mengetengahkan topik-topik terkini, seperti kecerdasan buatan (AI), tenaga hijau dan transformasi digital, menarik lebih daripada 3,800 peserta pameran dari sekitar 60 negara dan wilayah.
Syarikat-syarikat Cina membentuk sebahagian besar daripada peserta, dengan sekitar 1,000 peserta pameran, lalu menjadikan China sebagai kumpulan peserta pameran kedua terbesar selepas negara tuan rumah Jerman, menurut pihak penganjur.
Reruai Shaanxi Blower (Group) Co., Ltd. (Shaangu Group) dikelilingi oleh aliran pengunjung. Syarikat ini telah mencapai kemajuan daripada pengeluar peralatan kepada penyedia penyelesaian sistem dan perkhidmatan melalui laluan inovatif melibatkan kombinasi antara pembuatan, perkhidmatan dan operasi.
"Apabila melibatkan peralatan yang sangat besar dan berkuasa tinggi, pelanggan kami lebih mengambil berat tentang prestasi sistem dan kecekapan penghantaran mereka," kata Fan Xiaolong, ketua R&D Shaangu Europe, subsidiari Shaangu Group di Jerman. Fan menambah bahawa dalam kes ini, syarikat ini menyediakan penyelesaian sehenti bermula daripada pembuatan peralatan, kejuruteraan siap guna, perkhidmatan perindustrian, intelligentization kepada operasi tenaga, dan bukannya peralatan tulen.
Pada masa ini, Shaangu Group mempunyai 28 syarikat luar negara dan subsidiari perkhidmatan di negara-negara termasuk Jerman, Republik Czech, India dan Indonesia yang membentuk satu sistem global yang membawakan kombinasi antara peralatan, perkhidmatan dan operasi.
Syarikat ini memperoleh EKOL, pengeluar turbin yang terkemuka di Republik Czech, bagi menjalankan R&D di kawasan setempat untuk bertindak balas kepada permintaan industri tempatan, manakala Indonesia menyaksikan projek pengasingan udara terbesar yang dibina oleh Shaangu Group.
"Globalisasi bukanlah proses salin-tampal yang mudah, tetapi suatu pembentukan semula dan pembinaan semula keupayaan," kata Fan, menambah bahawa syarikat ini cuba untuk mencapai penyetempatan di setiap rantau dan bertindak balas dengan cepat kepada keperluan pelanggan.
Pembangunan Shaangu Group hanyalah satu contoh unggul bagaimana syarikat-syarikat Cina berintegrasi ke dalam rangkaian inovasi perindustrian global dengan cara yang lebih matang dan sistematik, daripada bidang sistem tenaga, pembuatan fleksibel kepada robotik dan pencetakan farmaseutikal.
Dalam satu temu bual semasa berlangsungnya acara ini, Stefan Hartung, pengerusi lembaga pengurusan Robert Bosch GmbH, turut mengetengahkan kepimpinan China dalam peralihan hijau dan pembuatan pintar, menekankan peranannya yang semakin penting dalam membentuk masa depan industri global.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/345106.html