KUALA LUMPUR, Malaysia10 April 2025 /PRNewswire/ -- Satu tinjauan baharu* yang dijalankan oleh Haleon, peneraju global dalam kesihatan pengguna, mendedahkan kebimbangan besar dalam kesihatan awam di Malaysia, iaitu gigi sensitif. Daripada 248 rakyat Malaysia yang disoal selidik, sebanyak 69% mengalami gigi sensitif secara berterusan, dan sebanyak 61.8% memilih untuk bertahan dengan ketidakselesaan itu berbanding dengan mendapatkan rawatan pergigian. Sensodyne, jenama ubat gigi nombor satu untuk gigi sensitif di Malaysia*, kini memperkenalkan semula ubat gigi Fresh Mint dengan rumusan baharu yang ditambah baik untuk kelegaan berpanjangan - menyeru rakyat Malaysia supaya tidak lagi "bertahan" dan mula menikmati hidup yang lebih selesa tanpa gangguan gigi sensitif. Sebabnya – mengapa terus bertahan?
Sensodyne Tangani Gigi Sensitif yang Meluas di Malaysia dengan Pelancaran Fresh Mint dan Kempen "A Happy Mouth is...a Happy Mind" Seluruh Negara sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia!
Tinjauan yang memfokuskan pada kumpulan usia 18 hingga 40 tahun ini menunjukkan bahawa generasi muda paling terkesan dengan isu ini. Sebanyak 38.4% responden terdiri daripada mereka yang berumur antara 26 hingga 40 tahun, manakala 34.6% berada dalam lingkungan umur 18 hingga 25 tahun, membuktikan keperluan untuk meningkatkan kesedaran dan mencari penyelesaian berkesan terhadap masalah gigi sensitif untuk semua peringkat umur.
Gigi sensitif menjejaskan rutin harian kebanyakan rakyat Malaysia, dengan makanan sejuk (58.5%) dikenal pasti sebagai punca utama, diikuti oleh makanan manis dan minuman panas. Keadaan ini menyebabkan ramai tidak dapat menikmati keseronokan hidangan harian secara sepenuhnya. Lebih membimbangkan, hanya sebanyak 13.1% responden mengambil tindakan menangani sensitiviti seperti memberus gigi untuk mengurangkan ketidakselesaan, sekali gus menunjukkan tahap kesedaran yang masih rendah terhadap amalan terbaik.
Sebagai respons terhadap isu yang meluas ini, Sensodyne mengumumkan pelancaran Sensodyne Fresh Mint - ubat gigi baharu dengan rumusan dipertingkatkan untuk membantu rakyat Malaysia hidup tanpa rasa risau terhadap gigi sensitif. Sensodyne Fresh Mint menawarkan pelbagai manfaat untuk menangani sensitiviti:
Keberkesanan Sensodyne turut disahkan oleh kajian Real-World Evidence yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health (IJERPH). Kajian tersebut, yang berjudul Dentine Hypersensitivity Experience Questionnaire (DHEQ), mengenal pasti bahawa:
"Terlalu ramai rakyat Malaysia menahan ketidakselesaan yang berpunca daripada gigi sensitif, sehingga terlepas momen-momen kecil yang indah dalam hidup - seperti menikmati kopi ais atau ais krim. Ramai yang hanya menunggu rasa ngilu itu hilang, tanpa berusaha menangani punca sebenar. Penemuan ini menekankan betapa perlunya penyelesaian yang berkesan dan kesedaran yang lebih tinggi terhadap masalah sensitiviti. Inilah sebabnya Sensodyne, bersama-sama Persatuan Pergigian Malaysia, memperhebat usaha kesedaran dan menggalakkan intervensi awal – kerana jika dibiarkan tidak dirawat, sensitiviti boleh membawa kepada masalah pergigian yang lebih serius," kata Law Chen, Pengarah Pemasaran Haleon untuk Malaysia, Singapura dan Brunei.
Dr Mohd Salman bin Masri, Periodontis wakil Persatuan Pergigian Malaysia, turut bersetuju: "Sensitiviti gigi bukan isu kecil - ia boleh menandakan masalah kesihatan mulut yang lebih mendalam. Namun, ramai rakyat Malaysia hanya bertahan tanpa menyedari sejauh mana sensitiviti menjejaskan kehidupan seharian mereka. Kajian terkini yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health menunjukkan bahawa 93% responden menyatakan bahawa sensitiviti mengurangkan nikmat makan dan minum, malah memberikan impak kepada keselesaan fizikal dan kesejahteraan emosi. Oleh yang demikian, penting untuk menangani sensitiviti seawal mungkin, iaitu sebaik sahaja rasa ngilu itu muncul. Jika diabaikan, sensitiviti boleh membawa kepada masalah yang lebih besar pada masa hadapan."
Sempena sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia, Sensodyne melancarkan kempen seluruh negara "A Happy Mouth is...A Happy Mind" untuk menyatukan rakyat Malaysia. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Sensodyne dengan kerjasama Persatuan Pergigian Malaysia menawarkan pemeriksaan gigi percuma selama sebulan di lebih 500 klinik di seluruh negara, dari 21 April hingga 21 Mei 2025.
Sensodyne Fresh Mint kini boleh didapati di seluruh negara termasuk di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya, pasar raya besar dan kedai runcit.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari www.sensodyne.com.my atau ikuti akaun rasmi Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia.
-Tamat-
*"Pengiraan oleh GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn. Bhd. sebahagiannya berdasarkan data yang dilaporkan oleh NIQ melalui Perkhidmatan Indeks Runcitnya bagi segmen Sensitiviti dalam kategori Ubat Gigi bagi tempoh 12 bulan yang berakhir pada April 2023, untuk Pasaran Keseluruhan Malaysia. (Hak Cipta © 2023, NIQ.)"
Tadjoedin et al. A Real-World Study on the Quality of Life of Consumers with Dentine Hypersensitivity and the Benefits of Hypersensitivity Toothpaste Use. Int. J. Environ. Res. Public Health 2025, 22, 175. https://doi.org/10.3390/ijerph22020175
Perihal Haleon
Haleon (LSE: HLN) ialah peneraju global dalam bidang kesihatan pengguna, dengan matlamat untuk meningkatkan kesihatan harian yang lebih baik dengan sentuhan kemanusiaan. Portfolio produk Haleon merangkumi lima kategori utama – Kesihatan Mulut, Kelegaan Sakit, Kesihatan Pernafasan, Kesihatan Penghadaman dan Vitamin, Mineral dan Suplemen (VMS). Antara jenama Haleon termasuk Advil, Sensodyne, Panadol, Voltaren, Theraflu, Otrivin, Polident, parodontax dan Centrum – kesemuanya dibangunkan berasaskan sains yang kukuh, inovasi, dan pemahaman yang mendalam terhadap keperluan manusia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.haleon.com
Perihal Haleon Malaysia
Haleon (LSE: HLN) ialah peneraju global dalam bidang kesihatan pengguna, dengan rangkaian jenama yang dipercayai oleh jutaan pengguna di seluruh dunia. Di Malaysia, Haleon menggaji lebih 500 orang kakitangan yang berdedikasi dalam merealisasikan misi untuk menjadikan kesihatan harian lebih baik dengan sentuhan kemanusiaan. Sebagai peneraju pasaran dalam penjagaan mulut, kelegaan kesakitin dan kesejahteraan, kami bekerjasama erat dengan ahli farmasi, pengamal perubatan dan peruncit untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu serta kebimbangan kesihatan harian di samping menekankan kepentingan penjagaan kendiri. Tapak operasi Haleon di Hulu Kelang, Kuala Lumpur turut memainkan peranan penting dalam membekalkan produk kesihatan pengguna yang inovatif dan berkualiti tinggi ke pelbagai pasaran global, seperti Panadol, ENO dan Polident.