MERIDA, Mexico, 14 April 2025 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak Tech4Nature 2025 baru-baru ini, Huawei, Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan untuk Alam Semula Jadi (IUCN) dan rakan kongsi tempatan melancarkan Fasa Kedua projek Mexico Tech4Nature yang bertujuan untuk mengukuhkan perlindungan jaguar di Rizab Negeri Dzilam de Bravo dan mengkaji kesan perubahan iklim ke atas biodiversiti.
Bersama-sama Huawei dan IUCN, pelancaran ini disempurnakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli Mexico, Kerajaan Negeri Yucatán dan rakan kongsi tempatan C-Minds.
"Di Mexico, 42% daripada ekosistem negara kita menghadapi beberapa tahap degradasi yang kita perlu berusaha menyelesaikannya. Ini melibatkan pemantauan dan banyak kerja pemulihan, tetapi ia juga bererti sesuatu yang lebih penting, iaitu apa yang benar-benar kita lihat hasil daripada pakatan ini," kata Dr. Marina Robles García, Timbalan Setiausaha Biodiversiti dan Pemulihan Alam Sekitar untuk Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli di Mexico.
Selaras dengan inisiatif TECH4ALL Huawei dan IUCN Green List, Tech4Nature ialah satu perkongsian global yang dilancarkan oleh Huawei dan IUCN pada tahun 2020 untuk meningkatkan kejayaan dalam pemuliharaan alam semula jadi melalui inovasi teknologi.
"Hari ini kita meraikan visi bersama, iaitu visi yang memahami bahawa pemuliharaan tidak lagi boleh bergantung semata-mata pada niat yang baik atau dasar terpencil. Kita memerlukan sains, teknologi, masyarakat yang diperkasakan dan kerajaan yang komited," kata Joaquín Díaz Mena, Gabenor Yucatán di Mexico di Sidang Kemuncak Tech4Nature 2025.
Ekoran kehilangan habitat dan pemecahan, jaguar diklasifikasikan sebagai Hampir Terancam dalam IUCN Red List. Bagi menyumbang kepada pemuliharaannya, fasa pertama projek ini memasang 60 peranti audio dan lebih daripada 20 perangkap kamera di Rizab Negeri Dzilam de Bravo. Dengan menggunakan model AI terlatih, sistem ini mampu mengenali penyuaraan dan imej spesies yang mendiami rizab ini. Menjelang April 2025, penyelesaian ini telah dapat mengenal pasti sejumlah 147 spesies dan mengesahkan kehadiran sembilan ekor jaguar di wilayah ini.
Fasa kedua projek ini memfokuskan pada pengumpulan data mengenai taburan populasi jaguar dan menyediakan pandangan dipacu data untuk menyokong pembuatan keputusan dan penambahbaikan pengurusan rizab dengan tujuan untuk mewujudkan koridor biologi.
Sidang Kemuncak Tech4Nature 2025 menghimpunkan pakar, saintis dan pemimpin pemuliharaan dari seluruh dunia untuk berkongsi kemajuan dan strategi dalam pemuliharaan alam semula jadi yang dipacu teknologi.
"Teknologi digital menjadikan pemuliharaan biodiversiti lebih cekap dan membantu kerajaan dan penyokong pemuliharaan mengambil tindakan yang lebih pantas dan lebih bersasar," kata Tao Jingwen, Pengarah Lembaga dan Pengarah Jawatankuasa Pembangunan Mampan Korporat untuk Huawei. "Saya ingin menyeru lebih ramai rakan kongsi kami untuk menyertai inisiatif Tech4Nature bagi menjadikan teknologi digital sebagai alatan bersama demi pemuliharaan ekosistem global."
Selain Mexico, sidang kemuncak ini meninjau projek Tech4Nature Fasa Kedua di Brazil, China, Sepanyol, Kenya dan Türkiye, memaparkan sejauh mana teknologi digital dan analitis AI boleh disesuaikan dengan keperluan khusus ekosistem yang pelbagai.
"Berdasarkan momentum kami setakat ini, kami menantikan fasa kedua perkongsian ini dengan harapan yang tinggi. Lembaran baharu ini akan menumpukan pada enam negara, menggalakkan perubahan transformatif untuk spesies, ekosistem dan komunitinya," kata Úrsula Parrilla, Pengarah, Pejabat Serantau untuk Mexico, Amerika Tengah dan Caribbean (ORMACC) untuk IUCN. "Dengan mengintegrasikan teknologi ke dalam pemuliharaan berskala besar, kami menyumbang kepada matlamat global yang bertujuan untuk mengutamakan alam semula jadi dalam pembuatan keputusan demi pembangunan mampan."
Projek-projek fasa kedua Tech4Nature
Sidang Kemuncak Tech4Nature 2025 membuktikan bagaimana kolaborasi antara sektor teknologi, NGO, kerajaan, institusi akademik dan masyarakat tempatan mewujudkan paradigma baharu untuk melindungi biodiversiti dan ekosistem.
Latar Belakang TECH4ALL
TECH4ALL ialah inisiatif dan pelan tindakan rangkuman digital Huawei dalam tempoh jangka panjang. Didayakan oleh teknologi dan perkongsian inovatif, TECH4ALL direka untuk mengupayakan keterangkuman dan kemampanan dalam dunia digital.
Kunjungi laman web TECH4ALL Huawei di https://www.huawei.com/en/tech4all .
Ikuti kami melalui X di https://x.com/HUAWEI_TECH4ALL.
Ketahui lebih lanjut mengenai Tech4Nature: https://www.huawei.com/en/tech4all/stories/tech4nature-technology-nature-conservation.