GUANGZHOU, China, 17 April 2025 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Wanglaoji Great Health Industry Co.Ltd. (seterusnya dirujuk sebagai "Wanglaoji"), sebuah perusahaan minuman herba asli Cina yang terkemuka, mempercepat pengembangan pasaran Asia Tenggaranya dengan menandatangani perjanjian dengan rakan kongsi di Kuala Lumpur, Malaysia bagi mempererat kerjasama pasaran. Wanglaoji memperkenalkan identiti jenama Inggerisnya, WALOVI dan memeterai perjanjian perkongsian strategik antarabangsa dengan Baosteel Packaging Co., Ltd. (seterusnya dirujuk sebagai "Baosteel Packaging") di Kuala Selangor, Malaysia yang menyaksikan langkah-langkah awal dalam membina rangkaian rantaian bekalan luar negaranya.
Malaysia ialah rakan dagang kedua terbesar China dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN, manakala China mengekalkan kedudukannya sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut. Menerusi pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang semakin mendalam, tahun ini, bertepatan dengan ulang tahun ke-15 Kawasan Perdagangan Bebas China - ASEAN (CAFTA), menyaksikan momentum teguh disuntik ke dalam perdagangan dua hala. Dengan memanfaatkan dasar pengurangan tarif di bawah CAFTA 3.0, syarikat-syarikat Cina seperti Wanglaoji kini boleh mengakses pasaran Asia Tenggara dengan lebih cekap.
Pada pagi 12 April, Wanglaoji dan Baosteel Packaging menandatangani perjanjian kerjasama strategik di Kilang Pembuatan-Tin Baosteel di Kuala Selangor. Kedua-dua pihak menjalin kerjasama yang mendalam dalam tiga aspek: sinergi rantaian bekalan luar negara, pengembangan pasaran antarabangsa serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) inovasi pembungkusan. Pakatan kuasa besar ini bermatlamat untuk meningkatkan pengaruh jenama di luar negara dan menyampaikan produk unggul kepada pengguna di seluruh dunia.
Minuman herba Wanglaoji, yang terkenal di China kerana formula herba aslinya dengan fungsi mencegah "haba dalaman" yang berlebihan, kini boleh didapati di lebih 100 negara dan wilayah di seluruh dunia. Baosteel Packaging, peneraju bagi bahan pembungkusan logam untuk sektor barangan pengguna China yang bergerak pantas, mewujudkan barisan pengeluaran di Vietnam, Malaysia dan wilayah-wilayah lain sejak tahun 2012, mempunyai keupayaan pengeluaran setempat yang cekap dan rantaian bekalan yang fleksibel. Sudahpun berkolaborasi di peringkat domestik selama lebih sedekad lamanya, kedua-dua syarikat kini meningkatkan perkongsian mereka ke peringkat strategik global.
Petang itu, Wanglaoji menganjurkan majlis pelancaran jenama Inggeris WALOVI di Kuala Lumpur dan menandatangani perjanjian kerjasama pengembangan - pasaran strategik dengan Baida International Trading Sdn. Bhd., "penyedia perkhidmatan Asia Tenggara yang terkemuka untuk jenama-jenama Cina yang berkembang ke luar negara". Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengukuhkan usaha jualan dan pemasaran di Malaysia, seterusnya mengejar pertumbuhan perniagaan yang lebih besar bersama-sama. Melangkah ke hadapan, produk WALOVI akan menembusi pasaran Malaysia melalui saluran terpelbagai yang meliputi outlet runcit arus perdana dan senario pengguna.
Fang Dafeng, Pengurus Besar Wanglaoji, menyatakan bahawa Malaysia berperanan bukan sahaja sebagai kubu yang utama untuk promosi-jenama Wanglaoji di Asia Tenggara tetapi juga sebagai hab penting dalam strategi globalisasinya. "Kami membangunkan Model Nilai Global PCBC—memfokuskan pada 'Produk, Saluran, Jenama dan Budaya'—bagi menyesuaikan produk untuk pasaran luar negara, mewujudkan rangkaian saluran setempat, mempromosikan jenama Inggeris WALOVI dan memupuk integrasi budaya. Dengan memperjuangkan falsafah kesihatan Cina, kami bermatlamat untuk mengangkat Wanglaoji menjadi jenama minuman super bertaraf global," tegasnya.