GUANGZHOU, China, 18 April 2025 /PRNewswire/ -- Mulai 15-19 April, Fasa 1 bagi Pameran Import dan Eksport China ke-137 (Pameran Canton), salah satu acara perdagangan yang terbesar di dunia, menampilkan zon-zon yang dijangkakan untuk peralatan elektrik rumah, elektronik pengguna dan produk maklumat. Zon Produk Kehidupan Pintar mencerminkan integrasi AI yang semakin meningkat dalam kehidupan seharian, dengan jenama-jenama yang mengambil bahagian mempersembahkan penyelesaian pintar yang direka untuk meningkatkan kemudahan, ketersambungan dan pengalaman pengguna.
Di zon produk, jenama-jenama teknologi rumah utama mempamerkan penyelesaian dikuasakan AI dalam pameran berskala besar.
Di bawah tema "AI Hidup Anda," Hisense menunjukkan bagaimana platform ConnectLife miliknya mengupayakan pengurusan rumah pintar yang lancar. Barisan produknya termasuk peti sejuk AI yang memantau bahan-bahan, Dish Designer dikuasakan AI yang menghasilkan resipi dan menghantarnya terus ke ketuhar dan mesin basuh pinggan mangkuk yang memilih secara automatik mod pembersihan optimum. Di ruang tamu, TV pintar bertindak sebagai hab kawalan, penyaman udara melaraskan aliran udara mengikut kedudukan pengguna dan integrasi skrin sentuh memastikan antara muka disatukan.
Haier mempamerkan pelbagai peralatan dipacu AI, termasuk peti sejuk yang dibenamkan dengan model DeepSeek AI. Sistem ini boleh menjawab soalan mengenai pemakanan, mencadangkan resipi dan berkoordinasi dengan peranti lain untuk pengurusan dapur yang cekap. Produk-produk tambahan seperti mesin basuh dan penyaman udara menggunakan AI untuk meningkatkan prestasi pembersihan dan keselesaan diperibadikan.
Changhong membawakan paparan berasaskan senario yang imersif daripada penyelesaian rumah dikuasakan AI. Persediaan termasuk televisyen AI, penyaman udara, peti sejuk dan sistem dobi pintar yang menggambarkan sejauh mana AI boleh disepadukan ke dalam pelbagai persekitaran isi rumah untuk interaksi yang diperkemas dan rutin harian yang lebih baik.
Dalam bidang teknologi boleh pakai, Cermin Mata AR Rokid menggamit perhatian atas reka bentuknya yang ringan dan kefungsian canggih. Dengan berat hanya 49 gram, cermin mata ini menampilkan diopter boleh laras dan sistem AI yang menyokong tayangan holografik, terjemahan masa nyata, pengecaman objek, keupayaan telepandu dan Soal Jawab interaktif, seterusnya meluaskan kebergunaannya dalam pelbagai senario peribadi dan profesional.
AI turut diaplikasikan pada produk berorientasikan kesejahteraan. Zhejiang Haozhonghao Health Products Co., Ltd., pembuat jenama iRest, mempersembahkan kerusi urut yang dikuasakan oleh sistem proprietarinya. Kerusi ini mempunyai modul AI yang dapat mengenal pasti meridian dan titik akupunktur (acupoint) dalam beberapa saat, menawarkan program urut yang disesuaikan berserta ciri-ciri seperti meditasi berpandu, diagnostik lidah AI dan terapi dalam talian.
Tatkala integrasi AI mentransformasikan kehidupan seharian, Pameran Canton terus berfungsi sebagai platform yang berkuasa untuk penginovasi Cina berhubung dengan pembeli global, menonjolkan teknologi terkini dan memimpin masa depan ekosistem rumah pintar.