omniture

Cathay United Bank Cambodia Lancar "Portal Pautan Pembayaran CUBC", Upayakan Transaksi Lancar dan Selamat untuk Industri Pelancongan

Cathay United Bank Cambodia
2025-04-23 09:28 21

SIEM REAP, Kemboja, 22 April 2025 /PRNewswire/ -- Cathay United Bank (CUB) telahpun menyediakan perkhidmatan kewangan yang inovatif dan mudah di Kemboja sejak tahun 2023 melalui kepakarannya dalam kewangan digital. Sebagai respons kepada permintaan yang semakin meningkat dalam industri pelancongan Kemboja, Cathay United Bank Cambodia (CUBC) bekerjasama dengan Mastercard untuk melancarkan "Portal Pautan Pembayaran CUBC (CPL)", platform pembayaran yang selamat dan mesra pengguna yang membolehkan penyedia hospitaliti menerima bayaran secara dalam talian melalui Mastercard dan Visa, tanpa perlu menyediakan laman web atau aplikasi mudah alih mereka sendiri. Dengan hanya melog masuk ke portal perkhidmatan, pautan pembayaran boleh dijana dengan cepat, dengan fokus untuk berkolaborasi dengan penyedia penginapan.

Menurut Kementerian Pelancongan Kemboja, negara ini mengalu-alukan 6.7 juta pengunjung antarabangsa pada tahun 2024, melangkaui paras prapandemik dan menunjukkan pemulihan yang kukuh dalam industri pelancongan. TripAdvisor, platform pelancongan yang terbesar di dunia, turut menyenaraikan Siem Reap dan Phnom Penh sebagai antara "25 Destinasi Pelancongan Terkemuka di Asia." Kawasan pantai dan wilayah Kemboja mendapat populariti dalam kalangan pengunjung antarabangsa atas peluang eko-pelancongannya yang membolehkan pengembara meneroka keindahan alam semula jadi dan kekayaan warisan budaya negara ini.

CUBC telah memerhatikan trend ini. En. Kevin Yeh, Presiden CUBC, menyatakan bahawa lebih ramai pengembara kini memilih untuk menempah jadual perjalanan tersuai—seperti lawatan pasar tempatan, kelas memasak atau perjalanan berbasikal—sebelum tiba ke destinasi. Sementara itu, penyedia hospitaliti umumnya lebih suka menerima bayaran lebih awal untuk menjamin tempahan. Walau bagaimanapun, platform tempahan yang utama tidak selalu dapat memenuhi keperluan ini. Bagi merapatkan jurang ini, CUBC memperkenalkan CPL bagi membolehkan penyedia hospitaliti menawarkan pakej pelancongan yang disesuaikan dan menerima bayaran antarabangsa secara dalam talian. Mereka juga boleh menawarkan faedah tempahan langsung yang eksklusif, seperti naik taraf bilik atau rawatan spa percuma, membantu mereka kekal berdaya saing dalam industri pelancongan Kemboja.

Selain itu, CPL menawarkan ciri-ciri tambahan yang disesuaikan dengan penyedia hospitaliti. Pengguna boleh membuat dan mengurus senarai produk, menghapuskan keperluan untuk memasukkan butiran perkhidmatan secara manual untuk setiap transaksi. Platform ini turut menampilkan pemberitahuan automatik, menghantar butiran tempahan dan pengesahan pembayaran kepada perniagaan dan juga pelanggan melalui e-mel atau aplikasi pemesejan. Di samping itu, papan pemuka CPL membolehkan perniagaan menjejak tempahan dan status pembayaran melalui peranti atas meja, tablet atau peranti mudah alih, bagi memastikan pengurusan pesanan dan hasil yang cekap.

CUBC berada di barisan hadapan dalam transformasi digital, meningkatkan perkhidmatannya secara berterusan untuk menyokong perniagaan dan pelanggan. Pada tahun 2023, ia melancarkan aplikasi mBanking baharu CUBC yang membolehkan pengguna memindahkan dana dan membuat pembayaran KHQR. Kini, dengan CPL pada tahun 2025, perniagaan boleh menjana pautan pembayaran yang selamat tanpa perlu menyediakan laman web atau halaman pembayaran mereka sendiri. Pautan ini boleh dihantar terus kepada pelanggan melalui aplikasi pemesejan, e-mel atau SMS, demi memastikan transaksi yang lancar. Pembayaran yang dibuat melalui CPL dilindungi oleh pengesahan EMV 3DS 2.0, menawarkan perlindungan penipuan dan keselamatan yang dipertingkat.

CUBC bersungguh-sungguh mempelawa perniagaan hospitaliti untuk memohon CPL dan memanfaatkan pasaran pelancongan Kemboja yang semakin berkembang. Perkhidmatan ini menawarkan operasi yang mudah untuk perniagaan dan transaksi yang selamat untuk pengembara. Perniagaan yang mendaftar sebelum akhir tahun ini boleh menikmati tawaran promosi yang eksklusif. Untuk butiran lanjut, sila kunjungi mana-mana cawangan CUBC atau www.cathaybk.com.kh/business/merchant-services.

CUBC Payment Link facilitates merchants to accept 3D online Mastercard & Visa card payment without website or mobile app, just 3 steps to complete the transaction. CUBC Payment Link Portal is featured with setting product list in advance, checking order status, and financial reconciliation   which is ideally for back office operations. (Picture/Provided by CUBC)
CUBC Payment Link facilitates merchants to accept 3D online Mastercard & Visa card payment without website or mobile app, just 3 steps to complete the transaction. CUBC Payment Link Portal is featured with setting product list in advance, checking order status, and financial reconciliation which is ideally for back office operations. (Picture/Provided by CUBC)

 

 

Source: Cathay United Bank Cambodia
Keywords: Banking/Financial Service