omniture

Cathay United Bank Dinobatkan Bank Terbaik untuk Kewangan Mampan bagi Pencapaian ESG Cemerlang

Cathay United Bank
2025-04-23 14:01 16

TAIPEI, 23 April 2025 /PRNewswire/ -- Cathay United Bank, penyokong sejak dahulu lagi bagi peralihan tenaga, baru-baru ini dinobatkan sebagai Bank Terbaik untuk Kewangan Mampan di ESG Investing Awards oleh Global Markets Media. Bank ini mengatasi petanding-petanding global yang terkemuka seperti Morgan Stanley, TD Bank Group dan Bank of Nova Scotia untuk dinamakan sebagai pemenang - satu-satunya perusahaan Asia yang mendapat gelaran sedemikian!

Cathay United Bank is a longstanding supporter of Earth Day, and was recently named Best Bank for Sustainable Finance.
Cathay United Bank is a longstanding supporter of Earth Day, and was recently named Best Bank for Sustainable Finance.

Sebagai jenama kewangan mampan yang terkemuka di Taiwan, Cathay United Bank mengasaskan dasar peralihan tenaganya pada Rangka Tindakan Ekonomi Rendah Karbon dan Rangka Tindakan Kelestarian Alam Sekitar – meliputi emisi Skop 1 hingga 3 dan penggunaan tenaga boleh baharu – menyokong sepenuhnya tema Hari Bumi 2025: "Kuasa Kita, Planet Kita". Selain menjadi yang pertama dalam sektor kewangan Taiwan yang melengkapkan peralihan tenaga pejabat besarnya pada tahun 2022, Bank ini membuka jalan menuju kelestarian, menyediakan penyelesaian kewangan kepada semua pelanggan dan pihak berkepentingan dalam mengejar matlamat sifar bersih.

Cathay United Bank menyatakan bahawa daripada melihat peralihan mampan sebagai satu risiko, ia harus dianggap sebagai kuasa positif yang memacu pertumbuhan dan transformasi perniagaan, sekali gus meningkatkan kebingkasan risiko perniagaan. Bank ini memperkenalkan beberapa inovasi semasa komitmennya terhadap pembangunan mampan, seperti menggalakkan penentuan harga karbon dalaman untuk peralihan tenaga dalaman dan memperkasakan pekerja untuk melibatkan diri dalam peralihan syarikat mereka melalui perkhidmatan gaji berkaitan prestasi kelestarian. Dengan banyak syarikat yang mendapat inspirasi, Bank ini semakin memfokuskan pada strategi peralihan dalam perancangannya, bertujuan untuk mencipta nilai jangka panjang yang saling menguntungkan untuk pihak berkepentingan.

Bagi berkongsi pengalaman dan meneroka penyelesaian untuk peralihan mampan bersama rakan kongsinya, Cathay United Bank mewujudkan model kolaborasi yang pelbagai. Sebagai contoh, Bank ini bekerjasama dengan CDP, sebuah organisasi bukan untung antarabangsa yang membantu syarikat-syarikat mendedahkan impak alam sekitar mereka, bagi membantu pelanggan memahami kepentingan sifar bersih dan pengurusan impak. Pada tahun 2024, hasil daripada usaha pakar dan kakitangan Bank, 121 daripada 150 syarikat yang diundang oleh Bank ini berjaya memperoleh skor CDP, dengan kadar respons soal selidik CDP melebihi 80 peratus – mencapai paras tinggi melebihi purata rantaian bekalan global sebanyak 50 peratus. Bank ini turut mengadakan forum dan bengkel dengan organisasi-organisasi yang terkenal untuk berkongsi ilmu bagi mencapai peralihan yang mampan.

Tambahan pula, Cathay United Bank bekerjasama dengan Metal Industries Research and Development Centre, agensi pengesahan jejak karbon pertama Taiwan untuk mempercepat peralihan sifar bersih dengan menawarkan teknologi peralihan kepada perniagaan. Bank ini turut mencipta model penglibatan yang disesuaikan dengan jenis industri pelanggan, skala perniagaan, tahap emisi karbon dan kemajuan pembangunan ESG yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pelanggan bagi melaksanakan peralihan sifar bersih. Dalam masa yang sama, Bank ini terus menyediakan pinjaman berkaitan kelestarian, deposit hijau, perkhidmatan gaji berkaitan prestasi kelestarian dan perkongsian kewangan mampan bersama perusahaan kecil-kecilan dan sederhana. Dengan menawarkan sokongan teknikal dan modal, Bank ini membantu pelanggan dalam mencapai matlamat kemampanan mereka.

Selain daripada mencapai pensijilan PAS 2060 untuk pejabat besarnya dan tiga cawangan hijau pada tahun 2024, Cathay United Bank menunjukkan selanjutnya peranannya sebagai tuan tanah "hijau" dengan menandatangani Perjanjian Pembelian Kuasa Korporat (CPPA). CPPA ini menawarkan pemajak dengan pilihan tenaga boleh baharu dan menyaksikan satu langkah lebih jauh ke arah mencapai kelestarian. Memandang ke hadapan, Bank ini tetap komited kepada idea "Kuasa Kita, Planet Kita" dan beraspirasi untuk menggunakan pengaruhnya bagi menghimpunkan pekerja, pelanggan dan pihak berkepentingan dalam mengejar matlamat sifar bersih – membina masa depan yang lestari.

Source: Cathay United Bank
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Awards Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research Cision Influencer List - ESG