KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 April 2025 /PRNewswire/ -- Menjelang Connecting Care With Clicks 2025, Medical Channel Asia (MCA) telah memperkenalkan barisan penceramah tambahan dan mengumumkan Pusat Perubatan Prince Court sebagai Rakan Hospital Rasmi bagi Penglibatan Profesional Penjagaan Kesihatan (HCP) dalam acara ini. Berlangsung pada 21 Jun 2025 di InterContinental Kuala Lumpur, persidangan sehari ini dijangka akan menjadi acara pemasaran penjagaan kesihatan digital yang terbesar di Asia.
Barisan Penceramah Tambahan
Para hadirin boleh mengharapkan perspektif baharu daripada para penceramah seperti Dato' Dr. Colin Lee, Pengasas Alpha IVF Group & KL Wellness City dan Datuk Dr. Kuljit Singh, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM). Para penceramah luar negara seperti En. Samuel Ho, Pengarah Pembangunan Pasaran (APAC), Pulsenmore dari Australia akan turut menawarkan pandangan mereka.
Para penceramah yang kembali seperti Dr. Mahesh Appannan, Ketua Kesihatan Digital, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Dr. Lim Ing Kien (Dr. Ingky), pempengaruh perubatan tempatan bagi penjagaan kulit, juga akan bersama-sama di atas pentas.
Pusat Perubatan Prince Court Sebagai Rakan Kongsi
Sebagai Rakan Hospital untuk Penglibatan HCP, Prince Court akan menonjolkan kepimpinan mereka dalam inovasi dan capaian penjagaan kesihatan sepanjang acara ini. Sebagai salah satu hospital yang paling dipercayai dan eksklusif di Asia, ia komited untuk melayani pesakit melalui kemudahan moden, teknologi dan perkhidmatan yang berdedikasi.
Peluang Baharu untuk Pembangunan Profesional
Para hadirin akan diberikan 8 mata CPD, selain daripada peluang rangkaian eksklusif, cerapan pemasaran penjagaan kesihatan digital dan bengkel interaktif.
Daftar sekarang di https://medicalchannelasia.com/events/ccwc2025/. Promosi Pelanggan Awal masa terhad sebanyak RM80 bagi setiap tiket berakhir pada 31 Mei. Acara ini terbuka khusus untuk profesional penjagaan kesihatan sahaja.
Pas media dan peluang wawancara bersama penceramah utama tersedia atas permintaan.
Latar Belakang Connecting Care With Clicks:
Dilancarkan pada tahun 2024, Connecting Care With Clicks ialah persidangan utama Medical Channel Asia yang menghubungkan penjagaan kesihatan dan pemasaran digital. Dengan menekankan kepentingan kolaborasi dan perkongsian ilmu, acara ini bertujuan membantu golongan profesional penjagaan kesihatan mengikuti perkembangan trend perubatan dan membina kehadiran digital yang kukuh dalam dunia teknologi yang sentiasa berubah.
Latar Belakang Medical Channel Asia:
Ditubuhkan pada tahun 2020, Medical Channel Asia diwujudkan untuk membantu pengguna mengakses maklumat perubatan yang dipercayai daripada sumber yang sah dan ahli profesional penjagaan kesihatan. Sejak itu, Medical Channel Asia mencapai lebih daripada 65 juta pengguna melalui media sosial dan platform digital, lantas memantapkan kedudukannya sebagai platform media penjagaan kesihatan yang terbesar di rantau ini.