SINGAPURA, 28 April 2025 /PRNewswire/ -- Gravity Game Hub (GGH) PTE. LTD., subsidiari GRAVITY Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY), dengan gembiranya mengumumkan Ujian Beta Tertutup Kedua (CBT 2) untuk permainan artileri legenda, Gunbound. Susulan keterujaan CBT pertama, pusingan kedua dijangka akan dilancarkan mulai [28 April hingga 07 Mei 2025], menyalakan kembali semangat peminat di seluruh Amerika Latin dan Asia Tenggara.
Gunbound, yang digemari kerana corak permainan strategiknya dan pilihan penyesuaian yang mendalam, mengundang pemain yang kembali dan juga pemain baharu untuk mengalami kemas kini baharu, cabaran kompetitif dan ganjaran CBT 2 yang eksklusif.
"Kami berasa terharu dengan sambutan daripada komuniti kami semasa CBT pertama. Untuk CBT 2, kami memfokuskan untuk memperhalusi corak permainan dan membetulkan isu-isu utama bagi membolehkan pengalaman Gunbound yang unggul semakin hampir untuk dilancarkan," kata Harry Choi, Presiden Gravity Game Hub (GGH).
Apa yang Boleh Dijangkakan dalam Ujian Beta Tertutup Kedua?
CBT 2 membawakan penambahbaikan yang selanjutnya dan kandungan baharu yang menarik, termasuk:
Ganjaran dan Acara Eksklusif Semasa CBT 2
Para pemain yang menyertai CBT 2 boleh menantikan ganjaran dan acara komuniti yang lebih menarik:
Nota: Semua kemajuan, item dan karakter daripada CBT 2 akan DISET SEMULA sebelum pelancaran rasmi.
Cara Mengambil Bahagian dalam Gunbound CBT 2
Menyertainya begitu mudah! Ikut sahaja langkah-langkah di bawah:
Kekal Berhubung untuk Perkembangan Terkini
Dapatkan berita terkini, nota tampalan dan acara komuniti melalui saluran rasmi kami:
Latar Belakang Gravity Game Hub
Ditubuhkan pada tahun 2021, Gravity Game Hub (GGH) Pte. Ltd. ialah penerbit dan pembangun permainan yang memfokuskan pada permainan dalam talian dan mudah alih. Gravity Game Hub komited untuk menyampaikan pengalaman permainan interaktif dan mewujudkan komuniti dinamik untuk semua pemain di Asia Tenggara.
Latar Belakang Softnyx
Ditubuhkan pada April 2001, Softnyx menghabiskan tempoh selama 20 tahun yang lalu dengan mengeluarkan pelbagai jenis permainan dalam talian, termasuk Gunbound, Rakion dan WolfTeam. Syarikat mewujudkan dunia permainan unik yang dinikmati oleh 50 juta pengguna di 60 negara seluruh dunia. Sebagai perintis dalam pasaran permainan Amerika Latin, Softnyx mencetuskan gelombang Korea melalui semangatnya yang tidak henti-henti terhadap cabaran dan inovasi, lantas memperkukuh statusnya sebagai sebuah syarikat permainan bertaraf global.