![]() |
SHANGHAI, 30 April 2025 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Forum Iklim Antarabangsa Samarkand sulung telahpun diadakan dengan jayanya di Uzbekistan. Acara ini menghimpunkan orang-orang kenamaan antarabangsa termasuk presiden lima negara Asia Tengah dan presiden Majlis Eropah. Dr Long Jisheng, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SUS ENVIRONMENT diundang untuk menyampaikan ucapan.
Dalam ucapannya, Dr. Long berkongsi bagaimana bandar-bandar China mencapai faedah sinergistik dalam penukaran sisa-kepada-tenaga berserta kemajuan ekonomi, alam sekitar dan sosial melalui teknologi WtE.
"Sisa-kepada-tenaga dapat mengurangkan emisi karbon dengan menggantikan kambus tanah dan bahan api fosil, lalu memudahkan pembangunan masa depan sifar-bersih," tegas Dr Long. "SUS ENVIRONMENT memudahkan transformasi hijau di lebih banyak negara seluruh dunia melalui teknologi yang cekap, mesra alam, pintar, rendah karbon dan kitar-semula-sumber."
Di bawah perjanjian rangka kerja dengan Almaty, Republik Kazakhstan, SUS ENVIRONMENT akan melancarkan projek WtE 2,000 tan sehari pada tahun ini. Projek ini akan menjana kira-kira 60 Megawatt elektrik hijau. SUS ENVIRONMENT akan membantu Almaty meningkatkan kadar rawatan sisanya kepada 80% menjelang tahun 2029.
Sebagai penanda aras untuk perusahaan perlindungan alam sekitar Cina yang berkembang ke peringkat global, jejak hijau SUS ENVIRONMENT menghubungkan dunia pada "Kelajuan China" ("China Speed"). Pada masa ini, SUS ENVIRONMENT menjadi pelabur WtE terbesar di Asia (tidak termasuk China, Jepun dan Korea) dari segi kapasiti pengendalian projek berkontrak.
Latar Belakang SUS ENVIRONMENT
SUS ENVIRONMENT ialah penyedia peralatan dan teknologi penunuan sisa yang terbesar di dunia, serta salah satu daripada tiga pelabur dan pengendali terkemuka bagi projek sisa-kepada-tenaga (taman Eko-industri rendah karbon) di peringkat global.
Setakat Disember 2024, SUS ENVIRONMENT menubuhkan 11 pusat pengurusan di seluruh dunia, menyediakan perkhidmatan alam sekitar dan tenaga kepada lebih 100 juta orang. Ia melabur dan membina 89 projek sisa-kepada-tenaga (taman Eko-industri rendah karbon), dengan kapasiti pemprosesan harian mencapai hampir 120,000 tan sisa pepejal bandaran dan penjanaan kuasa hijau tahunan mencecah kira-kira 18,000 GWj. Peralatan dan teknologinya diaplikasikan dalam 287 loji sisa-kepada-tenaga di seluruh dunia yang terdiri daripada 532 saluran penunuan, dengan kapasiti harian mencapai lebih 300,000 tan sisa pepejal bandaran.
* Data daripada Open Data of AVP Research (Skala Reka Bentuk Keseluruhan)