omniture

CGTN: Bagaimana China percepat pembangunan AI, majukan kerjasama Selatan Global berkualiti tinggi

CGTN
2025-05-01 12:06 12

BEIJING, 1 Mei 2025 /PRNewswire/ -- CGTN menerbitkan artikel mengenai lawatan pemeriksaan Presiden China Xi Jinping di Shanghai, timur China. Dengan memfokuskan pada lawatannya ke inkubator AI dan New Development Bank, artikel ini menegaskan usaha China dalam membangunkan industri AI untuk memupuk inovasi teknologi dan kesediaannya untuk memperkukuh kerjasama projek dengan pihak bank dan memfokuskan pada pembangunan hijau, inovatif dan mampan demi mencapai lebih banyak hasil.

Platform ekosistem kecerdasan buatan yang digelar sebagai "pasar raya AI", membuat penampilan sulungnya di Shanghai pada bulan Februari bagi menyediakan akses sehenti kepada sumber AI seperti model DeepSeek, kuasa pengkomputeran subsidi kerajaan dan korpus yang berkualiti tinggi.

Inisiatif ini menyaksikan kemajuan yang terkini oleh Shanghai Foundation Model Innovation Center – inkubator model besar yang menempatkan lebih 100 perusahaan.

Menjangkau keluasan lebih 60,000 meter persegi, inkubator ini menyediakan sumber kepada pembangun untuk mencapai pertumbuhan ekosistem, termasuk 18 dasar sokongan seperti subsidi pengkomputeran, rangkaian pengumpulan dana dan platform data terbuka.

Melawat inkubator pada hari Selasa sebagai sebahagian daripada lawatan pemeriksaannya di Shanghai, Presiden China Xi Jinping menyeru bandar ini untuk menjadi peneraju dalam pembangunan dan tadbir urus AI serta mempercepat pembinaan pencapaian tinggi inovasi saintifik dan teknologi dengan pengaruh global.

Lawatan pemeriksaan ini dibuat empat hari selepas barisan kepimpinan China mengadakan sesi pengajian AI khusus, di mana Presiden Xi menyeru untuk mendapatkan kelebihan permulaan di hadapan dalam sektor yang strategik ini.

Pencapaian tinggi inovasi teknologi

Dilancarkan secara rasmi pada tahun 2023, pusat ini berperanan sebagai salah satu inkubator dan pemecut khusus yang pertama di China untuk model AI berskala besar. Ia bertujuan untuk memperkukuh usaha Shanghai dalam mewujudkan kluster industri AI yang bertaraf dunia dan kompetitif di peringkat global.

Bagi mengukuhkan asas untuk perusahaan mastautin, pusat ini mewujudkan lima platform fungsian utama bagi penghantaran kuasa pengkomputeran, data terbuka, perkhidmatan penilaian, perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan komprehensif, menyokong syarikat-syarikat dari segi korpus teks dan sumber komputer, dana pelaburan dan panduan pemfailan.

Sementara itu, ia juga melanjutkan sokongan dasar keutamaan tertinggi untuk mempercepat penampilan perdana dunia pelbagai model senario vertikal kecil dalam domain pengguna, hiburan, kewangan dan aplikasi utama yang lain, lalu mempercepat integrasi inovasi model besar dalam pelbagai industri.

"Teknologi AI berkembang dengan pesat dan memasuki fasa pertumbuhan yang mendadak," kata Xi, menggesa bandar ini untuk merumuskan kejayaan pengalaman dalam menginkubasikan industri AI dan menerajui pembangunan dan tadbir urus AI.

Dalam sebuah bangunan, perusahaan-perusahaan daripada seluruh rantaian industri model asas bertumpu, lalu mewujudkan persekitaran yang ideal untuk mencapai kolaborasi. Syarikat-syarikat yang memilih untuk bertapak di sini termasuk penyedia teknologi asas, pembangun aplikasi, pereka pemandangan, penyokong kuasa pengkomputeran dan pemasar produk.

Sebagai respons kepada pembangunan perusahaan mastautin yang pesat untuk memenuhi keperluan pusat ini terhadap lebih ramai bakat, Daerah Xuhui, Shanghai memperkenalkan pelan perekrutan global untuk bakat AI dan melancarkan West Bund International Talent Hub untuk membawakan bakat kepada perusahaan.

Hab bakat turut menempatkan Shanghai Emerging Industry Young Entrepreneurs Association, bagi menyokong selanjutnya bakat keusahawanan muda untuk mempelopori inovasi.

"AI ialah industri yang baru bertumbuh dan ia juga merupakan industri milik orang muda," kata Xi semasa menyertai salon bersama penginovasi muda, menggesa mereka untuk terus menunjukkan bakat dan kemahiran mereka bagi memajukan pemodenan Cina.

Pembangunan berkualiti tinggi Selatan Global

Pada hari yang sama, Presiden Xi turut melawat New Development Bank (NDB) dan bertemu dengan Dilma Rousseff, presiden institusi ini.

Menyedari bahawa kerjasama BRICS yang lebih luas telahpun memasuki peringkat pembangunan yang berkualiti tinggi, beliau berkata bank ini bersedia untuk memulakan dekad keemasan keduanya dalam mencapai pembangunan berkualiti tinggi.

Sebagai sebuah bank pembangunan pelbagai hala yang diasaskan oleh negara-negara BRICS, NDB meluluskan lebih 100 projek di semua negara anggota yang bernilai kira-kira $35 bilion menjelang akhir tahun 2023, melindungi pembangunan ekonomi negara-negara anggota dan menyumbang kepada penambahbaikan sistem tadbir urus ekonomi global.

Bermula daripada projek landasan kereta api bandar di India dan projek kuasa angin hijau di Brazil hinggalah projek lebuh raya di China, bank ini, menerusi model kerjasamanya yang cekap dan pragmatik, memperkaya amalan kerjasama Selatan-Selatan yang menjadi contoh kepada kerjasama pelbagai hala.

Menggelar bank ini sebagai "inisiatif perintis untuk perpaduan dan kemajuan kendiri Selatan Global," Xi menyeru NDB untuk mempertimbangkan keperluan pembangunan Selatan Global dan menyediakan pembiayaan infrastruktur yang lebih berkualiti tinggi, berkos rendah dan mampan.

Unilateralisme dan fahaman perlindungan (proteksionisme) melemahkan kestabilan rantaian industri dan bekalan, tegas Rousseff, menambah bahawa bank ini akan terus menyumbang kepada pembangunan negara-negara sedang membangun dan pasaran baru muncul.

Untuk maklumat lanjut, sila klik:

https://news.cgtn.com/news/2025-04-29/How-China-speeds-up-AI-development-advances-Global-South-cooperation-1CY5Xuxjp7O/p.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Artificial Intelligence