Penyelesaian Bersepadu bagi Memantau Audio Imersif pada Fon Kepala
BERLIN, 5 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Pakar audio profesional Jerman, Neumann dengan bangganya mengumumkan pelancaran RIME (Reference Immersive Monitoring Environment), penyelesaian perisian baharu untuk fon kepala Neumann. RIME membolehkan penerbit lagu dan jurutera adun memantau format imersif seperti Dolby Atmos dari segi kualiti rujukan, memberikan alternatif yang sangat baik apabila persediaan pembesar suara berbilang saluran tidak tersedia atau apabila bertugas semasa dalam perjalanan.
RIME (Reference Immersive Monitoring Environment) a newly launched software solution for Neumann headphones
"Audio imersif merupakan standard yang baharu. Perkhidmatan penstriman mengutamakan kandungan yang boleh dinikmati dalam format audio ruangan seperti Dolby Atmos atau Sony 360 Reality. Semakin banyak DAW yang kini menawarkan keupayaan audio imersif sementara jurutera, penerbit serta pemuzik sama-sama tidak sabar untuk meneroka kemungkinan baharu ini. Pemantauan yang andal penting untuk tujuan ini," kata Yasmine Riechers, Ketua Pegawai Eksekutif Neumann. "Dengan RIME, kami menawarkan penyelesaian bersepadu yang dapat memenuhi keperluan yang semakin berkembang ini, menyediakan alternatif yang lebih berkesan kos dan mudah alih kepada penyelesaian pemantauan berasaskan pembesar suara. Fon kepala NDH kami mempunyai bunyi yang diseimbangkan dengan teliti sama seperti monitor KH studio dalam studio kami, lantas menjadikannya mudah untuk bertukar-tukar antara kedua-duanya. Dengan RIME, manfaat unik ini juga dapat diperluas kepada pemantauan yang imersif."
RIME ialah pemalam untuk semua DAW utama pada Mac serta PC (VST3/AU/AAX) dan biasanya digunakan pada output atau bus pantau. Ia menukar format berbilang saluran kepada audio binaural, mengekalkan maklumat saluran keliling dan ketinggian, seterusnya membolehkan pengguna memantau dan mengadunkan kandungan dalam format seperti Dolby Atmos menggunakan fon kepala.
RIME merangkumi bilik studio dibina khas yang sebenar menggunakan peralatan Neumann berkualiti rujukan secara keseluruhannya. Persediaan imersif pembesar suara dan subwufer Neumann KH Line dipasang oleh pakar akustik dan ditala dengan teliti menggunakan penjajaran monitor automatik MA 1. Medan bunyi tiga dimensi dirakam menggunakan mikrofon kepala binaural KU 100 legenda yang disambungkan kepada antara muka audio MT 48 Neumann yang dipuji yang mempunyai teknologi praamp dan penukar termaju. Persediaan yang canggih ini memastikan kualiti bunyi yang asli dalam seluruh rantai isyarat.
"Memandangkan RIME dibuat untuk fon kepala Neumann secara eksklusif, rantai isyarat yang sempurna ini dapat diperluas tanpa batasan kepada pengguna," jelas Pengurus Produk Jorma Marquardt. "Fon kepala NDH 20 dan NDH 30 kami dihasilkan dengan toleransi yang amat ketat. Sudah tentunya, kami tahu kesemua parameter akustiknya. Menggunakan algoritma AMBEO rintis, kami berupaya merealisasikan imersi sebenar dengan kekonsistenan sonik yang tiada tandingan dan penyetempatan 3D yang amat tajam."
Tidak seperti penyelesaian pesaing yang mengelirukan pengguna dengan pelbagai pilihan dan ruang maya bunyi yang berbeza, RIME mudah digunakan dan menghasilkan semula satu bilik rujukan sebagai sumber kebenaran tunggal "RIME bukanlah satu simulasi tetapi merangkumi bilik kawalan optimum dengan kualiti terunggul. RIME berbunyi nyata kerana ia memang benar-benar nyata!" ujar Marquardt.
Bagi realisme tambahan, RIME menyokong peranti penjejak kepala yang serasi dengan OSC bagi mencipta pengalaman mendengar yang bertindak balas kepada pergerakan kepala pengguna. Selain itu, RIME juga boleh digunakan untuk main balik stereo bagi menikmati pengalaman mendengar seperti pembesar suara tanpa penyetempatan dalam kepala yang biasanya dikaitkan dengan fon kepala. Ciri ini membolehkan pengguna memeriksa rakaman adun mereka untuk keserasian pembesar suara menggunakan fon kepala Neumann yang membolehkan mereka mengadun dengan yakin bahawa lagu mereka akan diterjemahkan dengan sempurna kepada semua sistem main balik.
Menerusi pelancaran RIME, Neumann terus menyediakan perkhidmatan kepada komuniti audio dengan inovasi perintis. RIME menjadikan audio imersif boleh diakses dan mudah dikendalikan. Akhir sekali, jurutera adun boleh bekerja dari mana-mana sahaja. Begitu juga dengan artis yang kini boleh memberi persetujuan berhubung rakaman adun imersif menggunakan fon kepala NDH, tanpa perlu pergi ke studio fizikal.
RIME kini sudahpun dilancarkan dan boleh didapati daripada wakil penjual Neumann yang sah. Lesen RIME juga boleh dibeli terus daripada kedai web Neumann (negara-negara tertentu sahaja).
Harga: EUR 99.00 / USD 99.95 / GBP 85.00
Keperluan Sistem
Mac: macOS 10.15 dan ke atas, Intel dan Apple Silicon natif
PC: Windows 10 dan ke atas
Format pemalam: VST3, AU, AAX
Serasi dengan DAW utama seperti Pro Tools, Pyramix, Logic, Reaper, Cubase/Nuendo
Maklumat lanjut: www.neumann.com/en-gb/products/software/rime