omniture

Coway Umum Keputusan Kewangan bagi S1 TF2025

Coway Co., Ltd.
2025-05-12 12:36 51

SEOUL, Korea Selatan, 12 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," hari ini melaporkan keputusan kewangannya bagi suku pertama tahun 2025.

Coway Financial Results
Coway Financial Results

"Coway mencapai keputusan yang kukuh baik dalam pasaran domestik dan mahupun global," kata Soon Tae Kim, Ketua Pegawai Kewangan Coway. "Pencapaian ini didorong oleh pelancaran berterusan kami terhadap produk baharu yang inovatif dan berpusatkan pelanggan serta pengukuhan aktiviti pemasaran strategik kami. Dalam suku kedua, kami akan terus kekal tangkas dalam pasaran yang sentiasa berubah-ubah sambil meningkatkan daya saing produk dan perkhidmatan kami serta mempercepat pengembangan perniagaan penjagaan warga emas kami, Coway Life Solution, demi memastikan pertumbuhan yang mantap dalam tempoh jangka panjang."

Coway melaporkan perolehan yang berikut:

- Hasil suku pertama: KRW 1,174.9 bilion (+17.3% YoY)
- Untung kendalian suku pertama: KRW 211.2 bilion (+9.0% YoY)

* Angka-angka yang dilaporkan diambil daripada penyata K-IFRS (Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa) disatukan.  

Perniagaan domestik Coway mencatatkan hasil suku pertama sebanyak KRW 678.6 bilion, menyaksikan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 10.8%. Pertumbuhan ini didorong oleh kenaikan sebanyak 63.0% tahun ke tahun dalam penambahan akaun sewa bersih yang berjumlah 103,000 dalam S1. Ia turut didorong oleh jualan kukuh daripada pelancaran produk baharu seperti Looloo Double Care Bidet 2 dan siri Pembersih Udara NOBLE 2.0, selain populariti yang berterusan daripada barisan produk yang utama termasuk siri Penulen Air Icon serta barisan tilam dan kerusi urut BEREX.

Subsidiari-subsidiari luar negara Coway mencatatkan hasil suku pertama sebanyak KRW 446.7 bilion, meningkat 25.8% daripada tempoh yang sama tahun lalu. Subsidiari Malaysia bagi syarikat ini mencapai hasil sebanyak KRW 328.9 bilion yang mengagumkan, menyaksikan peningkatan 22% tahun ke tahun, manakala subsidiari-subsidiari Amerika Syarikat dan Thailand juga mengekalkan pertumbuhan yang mantap, masing-masing mencatatkan hasil sebanyak KRW 60.0 bilion (+33.7% YoY) dan KRW 42.9 bilion (+43.9% YoY).

Coway juga mengumumkan rancangannya untuk membeli semula saham perbendaharaan bernilai KRW 110 bilion pada tahun ini sebagai sebahagian daripada Corporate Value-Up Plan (Rancangan Penambahan Nilai Korporat) miliknya. Saham belian balik ini dijangka akan meningkatkan nilai pemegang saham menerusi tindakan-tindakan seperti pembatalan.

Untuk butiran tambahan mengenai prestasi kewangan Coway, sila kunjungi halaman Perhubungan Pelabur syarikat ini.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. BEREX, jenama syarikat bagi tidur dan kesejahteraan, bertujuan untuk memperbaiki tidur dan meningkatkan kesejahteraan melalui tilam dan kerusi urut yang canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini membuktikan dedikasi kepada inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Pada tahun 2025, syarikat melancarkan Coway Life Solution, platform penjagaan warga tua premium yang menawarkan penyelesaian penjagaan diperibadikan yang disusun khusus untuk peringkat hidup yang berbeza. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240 Korea:021240.KS
Keywords: Banking/Financial Service Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Earnings