MUNICH, 13 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju global bagi teknologi hijau, hari ini memperkenalkan inovasi terkininya — Sistem Penukaran Kuasa (PCS) EN ACSkid-10000 — di Smarter E Europe 2025. Direka untuk memenuhi keperluan yang semakin berkembang bagi grid berkuasa tenaga boleh baharu, EN ACSkid-10000 menetapkan penanda aras baharu untuk keupayaan pembentukan grid, kebingkasan alam sekitar dan kecekapan prestasi.
"Dengan memanfaatkan kepakaran elektronik kuasa selama 16 tahun dan rekod prestasi terbukti dalam menyampaikan lebih 100 GW merentas lebih 20 negara, EN ACSkid-10000 daripada Envision dibina khusus untuk menyokong projek tenaga boleh baharu dan storan berskala utiliti generasi seterusnya," kata Kevin Huang, Naib Presiden Kanan dan Presiden Barisan Produk Storan Tenaga di Envision Energy, "Peralihan kepada masa depan dikuasakan tenaga boleh baharu menuntut teknologi yang bukan sahaja berprestasi tinggi bahkan turut menyokong grid dan bingkas dalam semua keadaan. EN ACSkid-10000 ialah penyelesaian pengubah keadaan yang memperkasakan pengendali untuk menstabilkan grid, mempercepat integrasi tenaga boleh baharu dan membawakan rantaian nilai baharu melalui perkhidmatan grid termaju."
Kecemerlangan Pembentukan Grid
EN ACSkid-10000 memberikan keupayaan pembentukan grid termaju, termasuk inersia sintetik untuk menstabilkan frekuensi dan mengurus alihan pantas, kapasiti litar pintas yang dipertingkat dan kestabilan grid untuk penempuhan kerosakan dan bentuk gelombang voltan stabil yang menyekat ayunan setempat dan antara kawasan. Dengan keupayaan Black Start dan perkhidmatan grid sedia-pengewangan, EN ACSkid-10000 mengupayakan pemulihan grid autonomi yang pantas dan membawakan aliran hasil baharu daripada fungsi-fungsi kestabilan termaju seperti tindak balas inersia dan sokongan frekuensi pantas.
Kebingkasan Alam Sekitar dan Operasi Bunyi Rendah
Direkayasa untuk persekitaran yang mencabar, EN ACSkid-10000 beroperasi pada hanya 56 dB(A) menggunakan komponen bunyi rendah tersuai dan penebatan bunyi termaju— ideal untuk tapak sensitif-bunyi. Dengan perlindungan IP65 dan penarafan antikakisan C5, sistem ini mampu bertahan daripada semburan garam, habuk dan keadaan yang sukar. Pendinginan cecair yang jitu memastikan prestasi yang konsisten dan andal dalam suhu yang melampau.
Prestasi Tinggi dan Sokongan Kestabilan Grid
EN ACSkid-10000 memberikan ketumpatan kuasa terbaik dalam kelasnya, menyediakan 5.05 MW setiap PCS yang utama dalam industri, memaksimumkan penggunaan tapak dan meminimumkan jejak. Ia menawarkan 4 hingga 20 saat sokongan inersia dan mampu bertahan daripada arus litar pintas terkadar 1.5× selama 10 saat, memastikan kestabilan grid dipertingkat, keupayaan penempuhan kerosakan yang mantap dan prestasi andal untuk aplikasi pembentuk grid.
EN ACSkid-10000 ialah pilihan yang utama untuk memajukan sistem tenaga boleh baharu yang lebih kukuh, lebih pintar dan lebih bingkas di seluruh dunia.
- Tamat -
Latar Belakang Envision Energy
Envision Energy ialah syarikat teknologi hijau yang terkemuka di dunia, berdedikasi untuk menjadi rakan kongsi teknologi sifar bersih untuk perusahaan global, kerajaan dan institusi. Memfokuskan pada turbin angin pintar, storan tenaga dan penyelesaian hidrogen hijau, Envision Energy menyampaikan penyelesaian bersepadu bagi mempercepat penyahkarbonan. Syarikat ini turut mengurus Envision-Hongshan Carbon-Neutral Fund dan memiliki pasukan Envision Racing Formula E, yang menakluki kejuaraan pasukan Formula E pada tahun 2023.
Menerusi rangkaian global dengan lebih 20 cawangan dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta 50 kemudahan pembuatan merentas negara-negara termasuk China, Jerman, Perancis, UK, Sepanyol, Denmark, UAE, India dan sebagainya, Envision mencapai keneutralan karbon dalam operasi globalnya menjelang tahun 2022 dan komited untuk mencapai emisi sifar bersih menjelang tahun 2040 di bawah inisiatif Science Based Targets "Cita-cita Perniagaan untuk 1.5°C" ("Business Ambition for 1.5°C"). Diiktiraf atas sumbangannya kepada peralihan tenaga hijau global, Envision Energy dipaparkan dalam senarai 2024 TIME 100 Most Influential Companies dan senarai Change the World 2024 Fortune. Ia juga diberi penghormatan sebagai salah satu Majikan Terbaik Forbes China (2022, 2024) dan memperoleh pengiktirafan atas usaha kemampanannya, termasuk Pingat Emas EcoVadis dan "A-List" CDP.