SUBIC, Filipina, 13 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 12 Mei 2025, pangkalan pengeluaran modul Gstar Subic di Filipina melancarkan modul jenis-N pertama dengan jayanya. Pencapaian ini menandakan operasi rasmi kilang ini yang melambangkan babak baharu dalam pembuatan solar Filipina sekali gus menggariskan komitmen Gstar terhadap industri PV dan kekuatannya dalam pembuatan padu serta penyampaian modul berkecekapan tinggi yang andal.
Modul Jenis-N Mendahului dengan Pengeluaran Pintar
Modul pertama yang dikeluarkan oleh Gstar Subic menampilkan sel 183.75mm jenis-N dalam format dwikaca dwimuka 72-sel, mengintegrasikan teknologi seperti penurisan tak memusnah laser, teknologi SMBB dan pengkapsulan berketumpatan tinggi. Dengan mengecilkan jarak sel dan memaksimumkan kawasan aktif, modul ini mencapai output puncak 595W dan kecekapan penukaran 23.03%. Kedwimukaan yang dipertingkat, pekali suhu yang lebih rendah dan tindak balas cahaya malap yang lebih baik meletakkannya sebagai antara tawaran peringkat teratas dalam kelasnya. Ia sesuai untuk kegunaan komersial dan perindustrian, stesen janakuasa berskala besar dan pelbagai senario "PV+", memberikan penjanaan kuasa sistem yang lebih tinggi dan LCOE yang lebih rendah, memenuhi permintaan global yang semakin meningkat untuk modul solar berkecekapan tinggi dan berkuasa tinggi.
Proses-proses utama dalam barisan pengeluaran modul berciri automatik sepenuhnya. Semasa fasa reka bentuk, keselamatan, kestabilan, kecerdasan dan kecekapan dipertimbangkan secara menyeluruh. Susulan pengoptimuman berbilang dimensi, kemudahan ini dibangunkan menjadi kilang bersepadu pintar yang menampilkan ciri keselamatan tinggi, automasi, penggunaan tenaga yang rendah dan keserasian yang kukuh. Kilang ini menyokong pensuisan jenis modul yang fleksibel sambil mengekalkan output yang tinggi dan kos yang lebih rendah, demi memastikan pengeluaran berskala besar bagi modul kecekapan tinggi.
Penanda Aras Baharu untuk Industri PV Filipina
Gstar telahpun menyelesaikan pembinaan pangkalan, seterusnya menunjukkan keupayaan pelaksanaan projek yang kukuh dan kecekapan operasi. Dengan fasa pertama modul 1GW dan sel 1.5GW yang telahpun siap, Gstar mempercepat pembinaan fasa kedua, iaitu projek modul 2GW yang bertujuan untuk mewujudkan hab industri PV yang terkemuka dan dipercayai di Filipina dan seluruh Asia Tenggara.
Kilang ini memperoleh pensijilan antarabangsa yang utama: ISO 9001 untuk pengurusan kualiti, ISO 14001 untuk pengurusan alam sekitar dan ISO 45001 untuk kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang menunjukkan operasi standard global. Gstar juga giat memajukan proses pendaftaran untuk D-U-N-S® Number bagi meningkatkan lagi kredibiliti antarabangsa, ketelusan rantaian bekalan dan reputasi perniagaan.
Pengeluaran besar-besaran dijangka bermula pada 18 Mei. Ini akan merapatkan jurang dalam pembuatan modul PV Filipina, membawakan keupayaan pengeluaran termaju untuk meningkatkan industri solar tempatan dan menawarkan pasaran global dengan pilihan rantaian bekalan yang lebih terpelbagai.
Susun Atur Global Diperkukuh dengan Daya Saing Dipertingkat
Filipina, sebagai pasaran baru muncul, mengalami pertumbuhan yang konsisten dalam kapasiti terpasang solar. Menurut Pelan Tenaga Filipina 2020–2040, negara ini menyasarkan untuk meningkatkan bahagian tenaga boleh baharunya kepada lebih 35% menjelang tahun 2030 dan lebih 50% menjelang tahun 2040. Penubuhan dan operasi kilang Gstar akan memberikan dorongan yang kuat untuk pembangunan ini.
Gstar menggunakan model susun atur strategik global "1+N" yang meliputi rangkaian pangkalan pembuatan dan pusat perkhidmatan. Strategi pemilihan tapaknya benar-benar selaras dengan keperluan pasaran tempatan dan pertimbangan perdagangan eksport dalam tempoh jangka panjang. Perniagaan Gstar kini merangkumi A.S., India, Thailand, Indonesia, Laos, Filipina, UAE dan Mesir. Kejayaan pelancaran kilang Filipina menyaksikan satu lagi pencapaian dalam jejak global Gstar, melengkapkan lagi susun atur industrinya seterusnya, meningkatkan daya saing dalam industri solar global.
Gstar Mengadakan Pameran di Solar & Storage Live Philippines
Tatkala mempercepat pembuatan setempat, Gstar terus mempererat kerjasama dengan rakan kongsi global. Bertempat di Solar & Storage Live Philippines (19–20 Mei) yang akan datang, Gstar akan mempamerkan rantaian bekalan PV penuh dan penyelesaian sistemnya di Reruai 1-AA29—termasuk rod silikon, wafer, sel, bingkai, modul dan sistem storan tenaga. Pakar industri, rakan kongsi dan pelanggan diundang untuk membincangkan tentang trend terkini dan peluang pembangunan.