SEOUL, Korea Selatan, 19 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Jenama makanan Korea global CJ Foods, bibigo mengumumkan bahawa ia telahpun memilih SEVENTEEN, salah satu kumpulan K-Pop yang paling popular, sebagai duta jenama pertamanya. Kolaborasi ini menyaksikan satu langkah yang besar dalam usaha bibigo untuk berinteraksi dengan pengguna Gen-Z di seluruh dunia. Sebagai jenama makanan Korea (K-Food) yang terkemuka, bibigo bermatlamat untuk membawa makanan Korea lebih dekat dengan khalayak antarabangsa dengan bekerjasama bersama SEVENTEEN yang pengaruhnya menjangkau ke seluruh dunia.
Kempen ini yang menumpukan pada slogan "Taste What's Beyond" ("Rasa Sesuatu Yang Lebih Lagi"), akan merangkumi pelbagai aktiviti yang menarik seperti:
Melalui perkongsian ini, CJ bermatlamat untuk berkongsi kisah unik bibigo dan rasa makanan Korea dengan pendekatan yang baharu dan kreatif.
SEVENTEEN ialah ikon K-pop yang membuat kemunculan sulungnya pada tahun 2015. CJ Foods memilih SEVENTEEN sebagai duta jenama globalnya lantaran tenaga kumpulan ini yang riang dan positif bersinergi dengan imej jenama bibigo yang menyeronokkan dan bersemangat.
Bagi memulakan kempen ini, bibigo akan menyiarkan video kempen di seluruh saluran Instagram, TikTok dan X (dahulunya Twitter) globalnya mulai 20 Mei. Video pendek ini menampilkan anggota-anggota SEVENTEEN menikmati pelbagai produk bibigo, termasuk gimbap, corn dog dan tteokbokki. Peminat juga boleh menonton video pada laman mikro bibigo | SEVENTEEN khusus yang dijangka akan disiarkan secara langsung di laman web rasmi jenama ini pada 23 Mei. Semasa penggambaran video kempen ini pada bulan Mac, SEVENTEEN membawa daya tarikan istimewa lagi ceria mereka ke set penggambaran, lantas mewujudkan suasana yang rancak dan menarik.
Kolaborasi ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Pada separuh kedua tahun ini, bibigo akan melancarkan produk kolaboratif di bawah kempen bibigo | SEVENTEEN di pasaran global. Selain itu, peminat dan pengguna boleh menantikan siri acara dalam talian dan luar talian di pasaran antarabangsa seperti Jepun dan Amerika Syarikat.
"Dengan bekerjasama bersama SEVENTEEN, kami berharap dapat berhubung dengan lebih ramai pengguna di seluruh dunia dan mendorong kesedaran yang ketara untuk jenama kami, bibigo," kata Stephan Czypionka, Ketua Pegawai Pemasaran Global CJ Foods. "Melalui kempen ini, kami bermatlamat untuk memperkenalkan bibigo dan makanan Korea kepada khalayak yang lebih luas dengan cara yang menyeronokkan dan menarik."
Latar Belakang bibigo
Dilancarkan pada tahun 2010, bibigo ialah jenama makanan Korea global daripada CJ Foods. Bertujuan untuk memperkayakan kehidupan hari ini yang sibuk dan mendesak, bibigo membawakan makanan dan budaya Korea ke meja makan di seluruh dunia di bawah slogan baharu "Live Delicious" ("Hidup Enak").
Barisan jenama ini merangkumi beraneka jenis penuh kudapan, pembuka selera dan item makanan. Produk bibigo dijual di sekitar 60 negara di peringkat global dan item istimewa jenama ini "Mandu" dijual di 6 benua. Diilhamkan oleh resipi asli, bibigo menjadikan citarasa masakan Korea boleh dicapai dengan tawaran popular di kebanyakan rangkaian kedai runcit utama.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.bibigo.com/en/at-home
Latar Belakang CJ Foods
CJ Foods, unit perniagaan CJ CheilJedang, ialah sebuah syarikat makanan global yang menyediakan pelbagai produk bermula daripada barang makanan dan makanan sejuk beku/makanan sejuk hinggalah pembuka selera. Sebagai syarikat makanan yang terbesar di Korea selama berdekad-dekad lamanya, CJ Foods kini menerajui globalisasi makanan Korea dengan jenama "bibigo" yang terkenal. Di bawah bibigo, ia menawarkan produk makanan Korea yang enak termasuk Mandu (ladu gaya Korea), ayam, beras proses, sos Korea, Kimchi, Gim (rumpai laut), roti gulung dan makanan jalanan Korea.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.cj.co.kr/en/aboutus/business/food