Pelopori Peremajaan Kulit Semula Jadi dengan Biorangsangan Kolagen
KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Linerase, bioperangsang kolagen lanjutan yang diyakini oleh doktor-doktor estetik (kecantikan) di seluruh dunia, telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Direka cipta untuk merangsang penghasilan kolagen semula jadi badan, Linerase ialah produk keluaran oleh Venusys Medical Sdn. Bhd. yang membawakan pendekatan serba maju kepada peremajaan kulit, dengan mengembalikan keanjalan, ketegangan dan keserian menerusi kaedah biorangsangan berlandaskan kajian saintifik.
[Dari kiri ke kanan] Dr. Lim Ting Song, pakar perubatan estetik dan Pengarah Perubatan di Clique Clinic; Dr. Katerina Gkouvi, Pakar Dermatologi dari Greece; Profesor Andrea Corbo, Pengasas Linerase dan Pakar Dermatologi dari Itali; Mr Carlo Berardini, Pengurus Besar Linerase
Di majlis pelancaran tersebut, pakar antarabangsa Profesor Andrea Corbo, Pengasas Linerase dan Pakar Dermatologi dari Itali dan Dr. Katerina Gkouvi, Pakar Dermatologi dari Greece, berkongsi maklumat berharga tentang sains di sebalik Linerase dan penggunaan uniknya. Program ini diakhiri dengan pembentangan hasil kajian klinikal tempatan oleh Dr. Lim Ting Song, pakar perubatan estetik dan Pengarah Perubatan di Clique Clinic, yang menunjukkan peningkatan nyata dari segi kualiti, keanjalan dan daya ketahanan kulit selepas rawatan dengan Linerase.
Sains di Sebalik Linerase
Berbeza daripada rawatan tradisional yang menambah isi atau menyelindungi penuaan secara sementara, Linerase menyasarkan fibroblas kulit, iaitu sel yang bertindak sebagai kilang kolagen di dalam kulit. Selepas didedahkan kepada Linerase, fibroblas ini dirangsang untuk menggandakan selnya. Di samping itu, Linerase juga membekalkan asid amino kepada fibroblas yang baru terbentuk, dan digunakan sebagai bahan mentah dalam pembentukan kolagen baharu. Semua kesan ini secara bersama meningkatkan pengeluaran kolagen Jenis III dengan ketara di dalam kulit. Proses ini membantu mengekalkan ketegangan kulit, menambah baik tekstur dan menyokong penghasilan semula kulit dalam jangka panjang. Antara kelebihan pentingnya termasuk:
Dirumuskan dengan Kolagen Heterologous Jenis I (HTIC) yang dihasilkan daripada sumber ekuin (kuda), Linerase terurai menjadi asid amino dan tripeptida selepas hidrolisis. Tripeptida merangsang pembentukan fibroblas baharu dan menyekat enzim yang menyebabkan kemerosotan kolagen, manakala asid amino menyokong penghasilan kolagen Jenis III. Hasilnya ialah keserasian biologi yang luar biasa, menggalakkan pemulihan luka yang berkesan, dan menyokong penjanaan semula dermo-epidermal — kesemua kesan ini dihasilkan sambil mengekalkan profil keselamatan kukuh tanpa sebarang tindak balas imun yang dilaporkan.
Linerase nyata cemerlang dalam bidang estetik regeneratif, dengan merangsang pengeluaran kolagen Jenis III — satu komponen kritikal pemulihan tisu, keanjalan kulit dan neopemvaskularan. Formula berat molekul rendah (di bawah 1 kiloDalton) mengurangkan risiko tindak balas alahan dan pembentukan granuloma dengan ketara, jauh di bawah ambang 10 kiloDalton yang lazimnya dikaitkan dengan tindak balas sedemikian. Berbeza daripada banyak perangsang kolagen yang terutamanya menyasarkan kolagen Jenis 1 — yang boleh mengakibatkan tisu lebih tebal dan fibrotik — Linerase menggalakkan penghasilan semula kolagen Jenis III, yang berkait rapat dengan keadaan kulit yang berdaya pulih dan muda berseri. Pendekatan bersasar ini menghasilkan keputusan yang lebih bersifat semula jadi dan lembut, mengukuhkan kedudukan Linerase sebagai penyelesaian lebih selamat dan serba maju dalam perubatan estetik.
"Di Linerase, kami percaya pemulihan dan peremajaan kulit sebenar bukan sekadar menyelindungi ketidaksempurnaan, tetapi juga mengembalikan struktur semula jadi dan keserian kulit. Dengan Linerase, kami membantu memulihkan, meremajakan dan memastikan kulit berada dalam keadaan paling sihat," kata Prof. Andrea Corbo dalam sesi perkongsiannya.
Dr Katerina, yang menyuarakan pendapat sama berkata, "Linerase merapatkan jurang penting dalam perubatan estetik moden — menawarkan rawatan yang bukan sahaja menangani tanda-tanda penuaan jelas pada pesakit tetapi juga melakukannya dengan cara yang selamat semula jadi dan berlandaskan sains. Ini bakal membuka lembaran baharu dalam kesihatan kulit di Malaysia."
Piawaian Baharu dalam Kesihatan Kulit
Berbekalkan kajian selama 30 tahun yang dilaksanakan oleh syarikat pengeluarnya dari Itali CSD, dan disokong piawaian ISO 9001 dan ISO 13485, Linerase menerajui bidang estetik regeneratif. Keberkesanannya yang terbukti secara saintifik, biokeserasian dan hasil semula jadi yang berpanjangan menetapkan penanda aras baharu dalam kaedah pemulihan dan peremajaan kulit bukan invasif.
Untuk maklumat lanjut mengenai Linerase, sila layari www.linerase.com.
Mengenai LINERASE
Linerase ialah rawatan perangsang kolagen yang dibangunkan oleh CSD, sebuah syarikat Itali yang diasaskan pada 1997 dengan warisan kukuh dalam bidang sains, penyelidikan dan perubatan estetik. Berbekalkan persijilan ISO 9001 dan ISO 13485, CSD telah berusaha bersungguh-sungguh dalam tempoh tiga dekad lepas untuk memajukan teknologi biopemulihan kulit, mengkhusus dalam formula inovatif menggunakan Kolagen jenis 1.
Linerase memberikan komitmen kukuh untuk memperlahankan proses penuaan dengan memulihkan semula struktur kulit, lantas meningkatkan keanjalan, tekstur dan keseriannya. Direka cipta untuk membaiki dan membalikkan tanda-tanda penuaan kulit, Linerase menawarkan pendekatan terkini kepada rawatan estetik dengan merangsang pengeluaran kolagen badan sendiri.
Berpandukan sains dan kreativiti, CSD terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, meluaskan portfolio produk dalam penyelesaian biorangsangan dermis dan anti-penuaan. Menerusi rangkaian pengedaran global, pendidikan berterusan bagi pengamal perubatan dan tumpuan kukuh terhadap keselamatan dan inovasi, Linerase sedang mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin dalam pasaran bioregenerasi di seluruh dunia. Di Linerase, sains dan seni disepadukan— membawakan hasil yang selamat, berkesan dan semula jadi untuk kulit yang lebih remaja.
Mengenai Venusys Medical
Venusys Medical ditubuhkan pada 2005. Syarikat ini telah merintis pengedaran peralatan berkaitan laser dan cahaya dan sistem berbilang teknologi lain bagi pemasaran estetik dan pembedahan. Kami berbangga kerana semua kelengkapan perubatan kami berdaftar dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memenuhi keperluan ketat industri perubatan. Portfolio kami memberi tumpuan kepada dua bahagian – peralatan estetik dan produk penyelidikan sains. Kami sentiasa meneroka cara baharu untuk menangani isu dan cabaran paling besar masyarakat dalam bidang estetik.
Misi kami ialah untuk memenuhi permintaan semakin meningkat bagi pesakit dan juga pengamal perubatan. Venusys Medical mempunyai kedudukan pasaran kukuh dalam bidang dermatologi estetik, kosmetik & pembedahan plastik. Kami memasarkan produk kami secara aktif di kebanyakan hospital, pusat perubatan swasta dan pejabat pakar perubatan estetik di Malaysia.
Laman Web: www.linerase.com
Facebook: www.facebook.com/profile.php?id=61556731348025
Instagram: www.instagram.com/linerase_sgmy