omniture

Envision Energy Peroleh Pensijilan Bureau Veritas untuk Loji Ammonia Hijau Chifeng

Envision Energy
2025-05-23 13:19 19

ROTTERDAM, Belanda, 23 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju global bagi teknologi hijau, mengumumkan pada hari ini di Sidang Kemuncak Hidrogen Sedunia bahawa fasa awal projek hidrogen dan ammonia hijau Envision di Chifeng telah diberikan Pensijilan Ammonia Boleh Baharu Bureau Veritas, lantas menjadikannya salah satu kemudahan ammonia hijau pertama di dunia yang memenuhi kriteria ketat Bureau Veritas. Sementara itu, Envision sedang berusaha untuk memperoleh pensijilan ISCC Plus pertama China bagi ammonia cecair hijau, seiring dengan penyata pematuhan RFNBO.

Envision Energy Obtained Bureau Veritas Certification for Chifeng Green Ammonia Plant
Envision Energy Obtained Bureau Veritas Certification for Chifeng Green Ammonia Plant

Pensijilan Ammonia Boleh Baharu Bureau Veritas ialah akreditasi antarabangsa yang mengiktiraf kecemerlangan loji dalam aspek keselamatan, kelestarian dan pengeluaran hidrogen rendah karbon dengan jejak karbon yang amat rendah. Pensijilan ini mengesahkan bahawa loji Chifeng menghasilkan ammonia sepenuhnya daripada hidrogen boleh baharu dan memenuhi piawaian ketat untuk emisi karbon, keselamatan dan impak alam sekitar. Projek ini menggunakan teknologi alat elektrolisis termaju Envision, dikuasakan oleh angin dan solar bagi menghasilkan 300,000 tan ammonia hijau setiap tahun, seterusnya menjadikannya salah satu projek komersial yang pertama dan terbesar di dunia seumpamanya. Dengan mencapai pensijilan Bureau Veritas pada fasa awal, Envision Energy menunjukkan bahawa walaupun pada skala industri, hidrogen dan ammonia boleh baharu dapat dihasilkan dengan selamat dan lestari dengan mematuhi sepenuhnya piawaian antarabangsa.

"Penerimaan pensijilan ini menyaksikan satu pencapaian penting untuk Envision Energy," kata Frank Yu, Naib Presiden Envision Energy. "Ia merupakan bukti bagaimana inovasi dan kelestarian dapat berjalan seiring – bermula daripada teknologi alat elektrolisis canggih kami hinggalah penggunaan 100% kuasa boleh baharu, kami mentakrifkan semula apa yang mungkin dicapai dalam pengeluaran hidrogen dan ammonia hijau. Dengan mematuhi standard Bureau Veritas yang ketat, kami memperkukuh komitmen Envision terhadap kecemerlangan dan membina kepercayaan bahawa bahan api berasaskan hidrogen kami benar-benar hijau. Envision akan terus menerobos sempadan inovasi bagi mempercepat peralihan tenaga global."

Laurence Boisramé, Pengarah Hidrogen Global di Bureau Veritas, mengulas: "Pencapaian oleh Envision Energy merupakan langkah perintis untuk industri hidrogen. Ia menunjukkan bahawa pengeluaran hidrogen dan ammonia berasaskan kuasa boleh baharu yang berskala besar dapat mematuhi piawaian antarabangsa tertinggi dan memenuhi keperluan kualiti, kelestarian dan keselamatan. Dengan memperoleh pensijilan ini, Envision membantu menetapkan penanda aras baharu untuk industri – penanda aras yang menggalakkan ketelusan dan kepercayaan dalam projek-projek hidrogen hijau di seluruh dunia mengikut strategi Bureau Veritas Leap | 28 yang bertujuan untuk memperluas perkhidmatan Kumpulan dan memantapkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri Pengujian, Pemeriksaan dan Pensijilan untuk sektor tenaga boleh baharu dan penjanaan kuasa."

Pensijilan Bureau Veritas bukan sahaja mengesahkan bahawa operasi loji Chifeng selamat dan lestari, bahkan turut meningkatkan kebolehbankkan projek dan kredibiliti antarabangsa, seterusnya membuka jalan kepada penerimaan ammonia hijau yang lebih meluas sebagai pembawa bahan api dan tenaga yang bersih. Pensijilan ini adalah lebih daripada pengiktirafan terhadap pencapaian Envision Energy; ia merupakan petanda kepada industri bahawa pengeluaran hidrogen boleh skala dan lestari dapat dicapai hari ini.

 

Source: Envision Energy
Keywords: Alternative Energies Chemical Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards