omniture

CCTV+: Mutiara Hikmah: Legasi Akuakultur Deqing Peroleh Pengiktirafan Global

CCTV+
2025-05-23 20:40 61

BEIJING, 23 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Pada mahkota warisan pertanian global, permata baharu telah ditatahkan. Tanggal 19 Mei, berita mula tersebar daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa Sistem Perikanan Komposit Kupang Mutiara Air Tawar Deqing Zhejiang, yang dikenali sebagai "Sistem Mutiara Deqing" telahpun dimasukkan ke dalam senarai Sistem Warisan Pertanian Penting Global (GIAHS) bagi tahun 2025. Ia menjadi projek warisan budaya pertanian bertaraf dunia yang pertama di China dalam bidang akuakultur.

Warisan di bawah Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar, merupakan bidang yang paling awal direkodkan bagi penternakan mutiara air tawar. Seawal Dinasti Song Selatan lagi, ia telah mencapai penternakan mutiara air tawar buatan.

Di Xiaoshanyang, Jalan Fuxi, ikan berenang laju dan kupang tinggal berdiam dalam air yang jernih. Makanan ikan lebihan dan najis ikan menggalakkan pertumbuhan alga plankton yang menjadi makanan Kupang yang mengandungi mutiara dan menulenkan air sebagai balasan, lalu membentuk satu kitaran ekologi. Pakar FAO Aicha Bammoun berkata sistem ini merupakan model yang menggabungkan kebijaksanaan pertanian dengan pemuliharaan moden, lantas mencerminkan kevitalan tamadun pertanian Cina yang lama bertahan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Deqing mempromosikan integrasi rantaian-industri-penuh "pearl+". Pada masa ini, industri pemprosesan mendalam mutiara Deqing menjana nilai keluaran tahunan sebanyak lebih 7 bilion yuan, menyumbang sebanyak kira-kira satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan negara dan menyediakan peluang pekerjaan untuk hampir 20,000 orang.

Pada penghujung tahun 1970-an yang lalu, Deqing memulakan penyelidikan sistematik mengenai asal usul penternakan mutiara air tawar. Selepas lebih 30 tahun menjalankan penyelidikan literatur dan tinjauan lapangan, ia memberikan beberapa hasil seperti "Bukti Asal-usul Penternakan Mutiara Buatan Berskala Besar di China Purba". Pada Jun 2017, sistem ini diiktiraf secara rasmi sebagai Warisan Budaya Pertanian Penting China oleh Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar. Pada September tahun yang sama, Deqing melancarkan permohonan untuk GIAHS. Pada tahun 2019, ia memasuki Senarai Persediaan GIAHS. Pada April tahun ini, pakar FAO menjalankan penilaian di lapangan yang bertempat di Deqing dan akhirnya mengesahkan kemasukannya.

"Sebagai projek GIAHS pertama China dalam bidang akuakultur, Sistem Mutiara Deqing membina jambatan baharu untuk kebijaksanaan pertanian tradisional Cina bagi mencapai peringkat global dan mempunyai kepentingan yang boleh dicontohi," kata Min Qingwen, ketua Jawatankuasa Pakar GIAHS di bawah Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar. Beliau menambah bahawa kejayaan permohonan warisan hanyalah permulaan dan penerokaan serta promosi berterusan terhadap nilai sistem ini diperlukan.

 

 

 

Source: CCTV+
Keywords: Agriculture Art Environmental Products & Services Publishing/Information Service Conservation/Recycling New products/services