![]() |
SINGAPURA, 26 Mei 2025 /PRNewswire/ -- ACEL Power Inc., penginovasi Kanada bagi pendorong marin elektrik, memeterai perjanjian pengedaran dengan En-Syst Equipment & Services Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura. Perkongsian strategik ini memberikan hak pengedaran kepada En-Syst untuk Singapura dan merentas pasaran ASEAN terpilih, termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan banyak lagi.
Kolaborasi ini menandakan kemasukan rasmi ACEL Power ke dalam sektor elektrifikasi marin Asia Tenggara yang berkembang pesat, lantas menyokong peralihan rantau ini kepada teknologi marin emisi sifar—terutamanya dalam segmen komersial, pengangkutan dan laluan air terlindung.
Momen Marin Elektrik Asia Tenggara
Sebuah kawasan kepulauan dengan berjuta-juta orang bergantung pada feri jarak dekat, teksi air, bot selam dan pengangkutan ulang-alik tempat peranginan setiap hari, rantau ini mewakili salah satu pasaran terbesar yang belum diusahakan bagi pendorong elektrik di peringkat global. Kerajaan-kerajaan di seluruh ASEAN memperkenalkan zon maritim emisi rendah, manakala pengendali pelancongan, pemilik armada dan kawasan perbandaran mencari kapal yang lebih senyap, lebih bersih dan cekap.
Satu kajian terbaru oleh International Renewable Energy Agency (IRENA) meramalkan bahawa sistem pendorong elektrik boleh membekalkan kuasa sehingga 50% kapal bersaiz kecil hingga sederhana di Asia Tenggara menjelang tahun 2035, tatkala kos jatuh dan standard emisi diperketat.
"Perkongsian bersama En-Syst ini merupakan satu lagi pencapaian utama bagi ACEL tatkala kami berkembang ke peringkat global," kata Natasha Chawla, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran di ACEL Power. "Menerusi pengalaman selama lebih tiga dekad membekalkan kuasa kepada infrastruktur misi kritikal di seluruh APAC, En-Syst mendapat tempat yang ideal untuk membawa teknologi kami ke pasaran dan membantu mempercepat peralihan kepada pengangkutan bot lestari."
Penyelesaian Siap Guna untuk Rantau ini
En-Syst akan mengedarkan seluruh portfolio ACEL, Siri Elektrik Pintar penuh, termasuk motor sangkut 50HP, 75HP, 150HP dan 250HP—setiap bahagian daripada sistem voltan tinggi yang bersepadu sepenuhnya ini menggabungkan pek bateri modular, kawalan pendikit digital, antara muka skrin sentuh dalam bot dan ketersambungan pintar. Motor ini memberikan kecekapan rangkaian kuasa sehingga 95.8%, manakala pek bateri LFP voltan tinggi membawakan seni bina boleh kembang yang menyokong kebolehskalaan sistem yang lancar untuk konfigurasi jarak lanjutan. Perisian canggih menyediakan diagnostik masa nyata, pemantauan jauh dan pengoptimuman prestasi, lalu memberikan pengalaman pintar sepenuhnya untuk operasi marin moden.
Selain daripada motor sangkut, penawaran ACEL diperluas kepada sistem dorongan dalam dan pemanjang jarak X-tend ACEL, penjana berkuasa gas dan diesel untuk aplikasi hibrid.
"Kami teruja dapat bekerjasama dengan ACEL Power untuk membawa pendorong marin generasi akan datang ke Asia Tenggara," kata Teo Han Leong, Pengarah En-Syst. "Rantau kami bersedia untuk melonjak ke hadapan dalam pendigitalan dan elektrifikasi. Bermula daripada pelancongan dan pengangkutan hinggalah kapal utiliti, permintaan terhadap penyelesaian marin yang lebih bersih dan lebih pintar semakin berkembang pesat. Sistem bersepadu ACEL menyediakan platform didayakan perisian dan andal yang sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh pelanggan kami hari ini—dan apa yang diperlukan oleh peraturan pada masa akan datang."
En-Syst akan mengekalkan inventori tempatan, menawarkan sokongan pemasangan dan teknikal, menggunakan bot demo dan mengetuai pengaktifan OEM serta inisiatif pameran perdagangan serantau bagi meluaskan penerimaan oleh wakil penjual dan pelanggan.
Latar Belakang ACEL Power
ACEL Power, beribu pejabat di Vancouver, Kanada, ialah pengilang perintis bagi sistem dorongan sangkut elektrik, menerajui industri marin dengan inovasi dan kelestarian. Dikenali kerana memperkenalkan motor elektrik 50 dan 75HP yang dikeluarkan secara besar-besaran yang pertama di dunia, ACEL Power komited untuk membentuk masa depan lestari melalui penciptaan ekosistem elektrik pintar. Dengan visi berpandangan jauh, ACEL bermatlamat untuk menawarkan rangkaian komprehensif daripada 1HP hingga 650HP, mewujudkan penanda aras baharu untuk pendorong marin bagi prestasi, keselamatan dan kelanjutan umur. Dengan memanfaatkan teknologi berpaten dan penyelesaian perisian bersepadu, ACEL Power memacu perubahan ke arah pengalaman pengangkutan bot yang lebih bersih dan lebih cekap.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.acelpower.com.
Lihat motor sangkut elektrik ACEL beraksi di sini.
Latar Belakang En-Syst
En-Syst mereka bentuk dan membekalkan sistem kuasa tersuai yang menyokong infrastruktur misi kritikal di seluruh Asia-Pasifik. Selama lebih 30 tahun lamanya, mereka membekalkan kuasa kepada industri dan perniagaan yang diharapkan oleh APAC. Dengan penyelesaian boleh skala dalam lingkungan antara 15 hingga 4,000 KVA, En-Syst dibina untuk masa kini dan bersedia mendepani masa depan.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://ensyst.com.sg
Pertanyaan Media:
ACEL Power Inc.
Natasha Chawla, Naib Presiden Jualan & Pemasaran
Emel: natasha@acelpower.com
En-Syst Equipment & Services Pte
Ho Kah Huat, Pengurus Jualan & Pemasaran
Emel: khho@ensyst.com.sg, sales@ensyst.com.sg