omniture

Logitech Bawa Perubahan kepada Mesyuarat Kompleks dengan Rally Board 65

Logitech
2025-05-27 11:00 18

Penyelesaian video semua-dalam-satu memuatkan keupayaan termaju dalam peranti persidangan mudah alih yang ringkas

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Logitech (SIX: LOGN) (NASDAQ: LOGI), mengumumkan pada hari ini Rally Board 65, penyelesaian sidang video mudah alih semua-dalam-satu yang menggabungkan audio dan video pintar dengan paparan skrin sentuh 65". Rally Board 65 cukup mudah untuk ditolak dengan troli ke pejabat satelit, namun begitu sofistikated untuk memuatkan rangkaian ciri dikuasakan AI, penghunian dan pengesanan persekitaran ke dalam bilik mesyuarat tradisional.

Rally Board 65 in Open Spaces
Rally Board 65 in Open Spaces

Perniagaan menghadapi dilema ini setiap hari: mereka mahu menyediakan alat sidang video moden untuk tenaga kerja hibrid mereka, tetapi pasukan IT bergelut dengan peningkatan beban kerja apabila persekitaran teknologi mereka menjadi lebih rumit.

"Tenaga kerja hibrid hari ini menuntut setiap ruang—sama ada kawasan terbuka, bilik mesyuarat tradisional atau zon kolaborasi—yang didayakan video dan bersedia untuk kolaborasi spontan," kata Sharon Seah, Ketua Jualan (Singapura, Malaysia, Vietnam), Logitech for Business. "Tanggapan tersebut membuatkan kami bertanya: bagaimanakah caranya untuk menyampaikan kecerdasan persidangan gred perusahaan tanpa kekusutan berkaitan penggunaan? Rally Board 65lah jawapan kami—platform pasang-dan-pakai yang fleksibel, yang dapat menghapuskan kerumitan yang dihadapi oleh syarikat-syarikat."

Penyelesaian sidang video semua-dalam-satu yang hebat ini boleh beroperasi dalam beberapa minit melalui mod Android, PC atau BYOD, sama ada pasukan menggunakan Microsoft Teams, Zoom atau Google Meet*. Hanya tolak Rally Board 65 dengan troli ke ruang terbuka dan balikkan peranti 180 darjah untuk menyesuaikan kamera pada paras mata, atau pasangkannya di dalam bilik mesyuarat dengan kamera di atas atau di bawah skrin–semuanya dengan sokongan IT yang sangat sedikit.

Berdasarkan video 4K yang luar biasa tajam, Rally Board 65 dimuatkan dengan teknologi audio visual dikuasakan AI RightSight 2 dan RightSound 2 yang menjadi ciri bar video Logitech. Bagi memperhalusi lagi pengalaman ini, Zon Kamera mengehadkan pembingkaian visual manakala Zon Mikrofon meminimumkan penangkap bunyi dalam ruang tentuan. Teknik Depth Blur baharu mengaburkan persekitaran, kesan yang serupa dengan kabur latar belakang yang sudah biasa digunakan oleh orang ramai pada peranti atas meja mereka semasa panggilan video.

"Fikirkan trio ini sebagai kepompong digital untuk mesyuarat di ruang terbuka," kata Henry Levak, Naib Presiden Produk, Logitech for Business. "Rally Board 65 menggunakan teknologi pemetaan ruang 3D untuk memfokuskan tindakan dalam mesyuarat, bukannya gangguan luar."

Penderia dalam Rally Board 65 mengesan kehadiran orang supaya pasukan IT boleh mendapatkan bacaan yang tepat berkenaan bagaimana dan bila pekerja menggunakan ruang video. Penderia ini juga menganalisis data persekitaran seperti kelembapan, suhu dan paras CO2, menetapkan kesihatan bilik dan kemudiannya, akan memberikan skor tenaga bilik, seterusnya menyampaikan pengesyoran untuk meningkatkan pengudaraan, waktu rehat atau mengurangkan bilangan tempat duduk di dalam bilik.

Cerapan disuapkan ke dalam Logitech Sync, platform terpusat untuk pasukan IT mendapatkan tinjauan umum mengenai organisasi mereka, menganalisis butiran mengenai prestasi bilik tertentu serta menempah dan melepaskan bilik secara automatik.

Pendekatan kepada Kelestarian
Menggunakan prinsip-prinsip Reka Bentuk untuk Kelestarian kami, Rally Board 65 direkayasa untuk meminimumkan impak alam sekitar, menggunakan sehingga 41%* plastik hayat seterusnya, aluminium rendah karbon, fabrik kitar semula dan pembungkusan diperakui FSC.

Faedah-faedah alam sekitar melangkaui reka bentuk fizikal. Sistem radar dalam Rally Board 65 membolehkan peranti bertukar secara automatik kepada keadaan kuasa yang lebih rendah apabila tiada sesiapa berada di kawasan—fungsi yang dapat mengurangkan penggunaan kuasa bangunan komersial pelanggan dengan ketara.

Harga dan ketersediaan
Rally Board 65 akan tersedia pada Jun 2025 melalui wakil penjual dan penjual semula yang sah.

Keupayaan penghunian, kesihatan bilik dan pengesanan tenaga juga tersedia dalam peranti kendiri, Logitech Spot.

* Butiran pensijilan di sini 

** Grafit: 41%, Putih pudar: 27%

Latar Belakang Logitech
Logitech mereka bentuk penyelesaian perkakasan yang didayakan perisian yang membantu perniagaan berkembang maju dan menyatukan orang ramai apabila bekerja, mencipta, bermain permainan dan menstrim. Sebagai titik perhubungan antara manusia dan dunia digital, misi kami adalah untuk meluaskan potensi insan semasa bekerja dan bermain, dengan cara yang bagus untuk manusia dan planet ini. Ditubuhkan pada tahun 1981, Logitech International ialah sebuah syarikat awam Switzerland yang tersenarai di SIX Swiss Exchange (LOGN) dan Nasdaq Global Select Market (LOGI). Dapatkan Logitech dan lebih banyak produk perniagaan dan penyelesaian perusahaannya di www.logitech.com/business, blog syarikat, Logitech Business atau @LogitechBiz

Logitech dan tanda Logitech yang lain ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Logitech Europe S.A. dan/atau sekutunya di A.S. dan negara-negara lain. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing. Untuk maklumat lanjut mengenai Logitech dan produk-produknya, kunjungi laman web syarikat di www.logitech.com

LOGIIR

Front View of Rally Board 65 without cart
Front View of Rally Board 65 without cart

 

Camera Zones in Rally Board 65 powered by RightSight2
Camera Zones in Rally Board 65 powered by RightSight2

 

Source: Logitech
Related Stocks:
Nasdaq:LOGI
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Telecommunications New products/services