omniture

Huawei Intelligent Operations Majukan AI dan Gen-AI dalam ICT

HUAWEI
2025-05-30 11:18 14

BARCELONA, Sepanyol, 30 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Pengendalian rangkaian telekomunikasi dilihat menjadi semakin sukar. Rangkaian menjadi semakin bertumpu: kedua-dua rangkaian tetap dan mudah alih seringkali diperlukan untuk memberikan pengalaman perkhidmatan tertentu, sama ada set tindakan IoT atau penghirisan rangkaian hujung-ke-hujung.

Tatkala rangkaian menjadi lebih dipacu perisian, pengendalian rangkaian ini memerlukan kemahiran yang berbeza dalam aspek penyelenggaraan dan jaminan. Sebagai tambahan kepada kerumitan berkenaan ialah teknologi baharu seperti API berorientasikan perusahaan dan AI agentik. Teknologi ini dapat mengoptimumkan operasi rangkaian untuk pembezaan perkhidmatan butiran dan mengutamakan KPI perniagaan berbanding masa hidup yang ringkas. Menerusi seni bina dan amalan operasi yang betul, rangkaian dapat memenuhi keperluan set tindakan yang jauh lebih pelbagai dengan tahap keandalan yang lebih tinggi.

Huawei Boleh Membantu

Huawei Intelligent Operations bekerjasama erat dengan jurutera teknologi rangkaiannya sendiri serta badan piawaian industri untuk membimbing evolusi perkhidmatan rangkaian dan untuk memastikan ia menyokong semua amalan terbaik industri. Ia bekerjasama erat dengan TM Forum, mengkoordinasikan input pelanggan dan visi operasinya sendiri bagi mencipta metrik operasi bertumpukan perkhidmatan. Justeru itu, Huawei meluaskan sempadan AI dalam operasi telekomunikasi, menumpukan penyelidikan intensif terhadap kembar digital dan model asas telekomunikasi khusus. Selain itu, ia memberi maklum balas terhadap pengalaman luasnya dalam mengendalikan rangkaian telekomunikasi untuk amalan terbaik operasinya sendiri.

Contoh-contoh utama:

Di rantau Asia-Pasifik, Huawei berkolaborasi dengan pembawa untuk menganalisis impak perkhidmatan daripada tapak rosak. Kerja-kerja ini memanfaatkan algoritma Expected Demand Not Served daripada Huawei, yang mengenal pasti penggunaan perkhidmatan yang lebih rendah daripada biasa, mengenal pasti kerosakan yang mungkin membawa kepada penggunaan meleset dan mengutamakan pemulihan bagi mengembalikan rangkaian kepada fungsi tereka bentuknya. Hal ini dapat mengurangkan kehilangan trafik sebanyak 15% untuk pembawa ini.

Di Timur Tengah, Huawei Intelligent Operations meningkatkan ketepatan topologi dengan ketara untuk rangkaian FTTx, menggunakan seni bina rangkaian tahan lengah bagi mengurangkan arahan kerja tidak sah sebanyak 60% dan akhirnya, membawa kepada penurunan aduan pelanggan sebanyak 10%.

Di Eropah, Huawei menggunakan Gen-AI bagi meningkatkan MTTR sebanyak 25%. Kerja-kerja Huawei bersama pembawa berhubung copilot berasaskan peranan untuk kakitangan penyelenggaraan lapangan dan kolaborasi berbilang ejen bagi tujuan menyediakan olahan komprehensif terhadap senario yang kompleks.

Kevin Ye, President, Intelligent Operation Domain, Huawei
Kevin Ye, President, Intelligent Operation Domain, Huawei

"Huawei Intelligent Operations percaya bukan sahaja dalam membantu rakan kongsi CSPnya menakluki cabaran operasi sedia adanya, tetapi dalam membantu mereka memanfaatkan teknologi terkini bagi mendorong manfaat perniagaan yang baharu dalam seluruh syarikat" – Kevin Ye, Presiden, Domain Operasi Pintar, Huawei

Aplikasi dan Cabaran Gen-AI

Peningkatan AI generatif yang mendadak membawa kepada dua model operasi asas: copilot dan ejen. Copilot membantu pekerja manusia membuat pengekodan, mengkonfigurasikan sistem atau mengurus aliran data kualiti perkhidmatan dan tiket masalah. Ejen lebih menumpukan kepada set tugasan tertentu atau kebimbangan operasi dan boleh beroperasi secara berasingan di bawah pengawasan pekerja manusia.

Bagi menggunakan Gen-AI, alatan ini haruslah dapat menangani kebimbangan berikut:

  • Halusinasi. Umumnya, Gen-AI boleh memberikan maklumat yang salah. Justeru itu, latihan model, penjanaan dapatan semula-terimbuh, pengesahbetulan daripada sistem lain dan rel adang yang lain kesemuanya diperlukan untuk meminimumkan data dan tindakan yang salah.
  • Kos yang tinggi. Gen-AI boleh menjadi mahal. CSP memerlukan versi finop (operasi kewangan) AI yang meminimumkan kos sambil masih memperoleh manfaat daripada teknologi baharu ini. Umpamanya, rakan kongsi perkhidmatan boleh menentukan versi terendah LLM yang masih menghasilkan output yang diingini dan sistem boleh direka bentuk untuk meminimumkan penggunaan token.
  • Integrasi dengan sistem sedia ada. AI Agentik sudahpun menunjukkan bahawa antara muka Gen-AI digandingkan dengan kembar digital rangkaian dapat menghasilkan automasi yang berkuasa. Namun begitu, pengintegrasian sumber data dan sistem BSS/OSS merupakan tugas yang kompleks.
  • Transformasi dan pengurusan data. Pembinaan kembar digital perlu memecahkan silo data, membersihkan dan menormalkan data tidak baik serta mengumpulkan format dan sumber data berbeza dalam satu repositori. Ini memerlukan pengalaman dan perkhidmatan profesional yang mantap.
  • Latihan. Tanpa latihan daripada pakar domain, LLM tidak dapat memahami dokumentasi CSP, tiket masalah, proses operasi dan sebagainya.

Huawei Intelligent Operations boleh membantu.

DeepSeek: Gen-AI Generasi Akan Datang

Pengenalan DeepSeek pada Januari 2025 membuktikan bahawa Gen-AI dapat menyediakan kesemua keupayaan semasanya dengan model yang jauh lebih cekap. Penyelidikan Huawei menunjukkan bahawa penyediaan kelebihan oleh DeepSeek seperti pembinaan dan aplikasi pengetahuan domain, penjanaan kod, analisis data dan pemprosesan tiket pintar mempunyai aplikasi terus kepada operasi CSP. Huawei berada di barisan hadapan dalam mengaplikasikan model baharu ini pada infrastruktur telekomunikasi.

Visi Huawei untuk Operasi ICT

Huawei percaya bahawa teknologi ICT akan terus memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi digital, dengan teknologi baharu bertindak sebagai pemecut pintar. Operasi rangkaian yang andal dan operasi pintar akan terus menjadi semakin penting. Huawei terus melabur dengan banyak dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) demi menyokong kemajuan ini dan akan terus mempercepat transformasi ke arah operasi pintar.

Baru-baru ini, Huawei berkolaborasi dengan TM Forum dan pembawa yang terkemuka untuk mengeluarkan versi tahunan New-Generation Intelligent Operations White Paper 3.0. yang memberikan pandangan  berharga tentang amalan perniagaan yang terkini dan aplikasi teknologi baharu.

Source: HUAWEI
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Survey, Polls & Research Artificial Intelligence