omniture

Black Sesame Technologies Pamer Inovasi Robotik di Asia Tech x Singapore

Black Sesame Technologies
2025-05-30 22:19 71

SINGAPURA, 30 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Mulai 27-29 Mei, Black Sesame Technologies (Kod Saham: 2533.HK), penyedia bagi SoC komputan gred automotif dan penyelesaian kenderaan pintar berasaskan Soc yang terkemuka, membuat penampilan sulungnya secara besar-besaran di Asia Tech x Singapore (ATxSG) bertempat di Singapore EXPO Convention Center. Di zon TechXLR8Asia (Reruai 4N2-5) khususnya untuk AI, IoT dan pengkomputeran pinggir, syarikat ini mempamerkan penyelesaian tindanan penuhnya untuk robotik, sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) dan kecerdasan pinggir.

Black Sesame Technologies Exhibition Booth
Black Sesame Technologies Exhibition Booth

Dengan memanfaatkan kepakaran dalam industri automotif selama bertahun-tahun lamanya, Black Sesame Technologies berkembang dalam bidang robotik dan pengkomputeran pinggir melalui teras IP proprietari, algoritma dan ekosistem perisian. Rangkaian cip Huashan A1000/A2000 dan Wudang C1200 daripada syarikat ini memberikan prestasi yang tinggi, keandalan dan kecekapan kos, selain berfungsi sebagai enjin komputan teras untuk ADAS, robotik, AI pinggir dan barangan elektronik pengguna. Penyelesaian ini telahpun memperkasakan OEM automotif global yang terkemuka dan pembekal Tahap 1.

Di pameran ini, Black Sesame Technologies menonjolkan penyelesaian robotiknya yang komprehensif:

  • Papan SOM prareka bentuk: Dikuasakan oleh cip Huashan A1000/Wudang C1200, menyediakan asas perkakasan boleh skala dan cekap tenaga yang dapat mengurangkan kitaran pembangunan
  • Kit Pembangun/ Papan Penilaian: Platform sedia digunakan dengan keserasian ROS1/ROS2 yang mendayakan pemprototaipan pantas bagi pengemudian SLAM dan lakuran berbilang penderia
  • Penyelesaian Siap Guna: Perkhidmatan hujung-ke-hujung bermula daripada pemilihan cip hinggalah pembuatan struktur
  • LLM AI sisi-pinggir: Penyelesaian yang pertama dalam industri yang mendayakan inferens setempat dan pembuatan keputusan berautonomi

Sejak menubuhkan subsidiari Singapura pada tahun 2018, Black Sesame Technologies membina sebuah pasukan yang meliputi penyelidikan dan pembangunan (R&D), sokongan teknikal dan pembangunan perniagaan. Sebagai hab operasi bertaraf global, pasukan Singapura memberikan sokongan kitaran hayat penuh untuk pelanggan Asia Tenggara bermula daripada integrasi hinggalah penerimagunaan cip.

"Asia Tenggara ialah perbatasan baru muncul untuk aplikasi robotik yang mendapat permintaan kukuh dalam automasi industri, logistik pintar dan mobiliti bandar," kata Dr. Xu Jin, Pengurus Besar Black Sesame Technologies Singapore. "Kami bukan sahaja memberikan perkakasan berprestasi tinggi, tetapi juga pengoptimuman algoritma dan penyelesaian tersuai demi membantu pelanggan mengatasi cabaran yang rumit."

Black Sesame Technologies akan terus meluaskan perkongsian di seluruh Asia Tenggara bagi menskalakan aplikasi robotik dalam pembuatan pintar, robotik perkhidmatan dan bandar pintar. Syarikat ini turut mendemonstrasikan prototaip robot logistik dikuasakan oleh cip Wudang C1200 yang menawarkan pengemudian berautonomi yang didayakan oleh LLM-pinggir.

Hubungi
Untuk pertanyaan perniagaan atau teknikal:
Black Sesame Technologies Pte. Ltd. (Singapore)
Alamat: 01 Fusionopolis Walk, #04-05/06, Solaris South Tower, Singapura 138628
Tel: +65 6908 2986
Emel: sg@bst.ai
Laman web: https://www.blacksesame.com.cn

Source: Black Sesame Technologies
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things