omniture

POWERCHINA Perkukuh Komitmen terhadap Perlindungan Kepelbagaian Ekologi di Laos

POWERCHINA
2025-06-01 19:28 18

BEIJING, 31 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Power Construction Corporation of China ("POWERCHINA" atau "Syarikat"), melalui beberapa amalan ekologi yang masih berjalan di Laos dan seluruh dunia, Syarikat ini bertindak balas secara aktif kepada Kerangka Biodiversiti Global Kunming-Montreal dan menyumbang kepada matlamat biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Project owner, POWERCHINA team, and local villagers are installing warning barriers around the protected area within the Monsoon wind farm construction zone.
Project owner, POWERCHINA team, and local villagers are installing warning barriers around the protected area within the Monsoon wind farm construction zone.

Laos, sebuah negara bergunung-ganang yang kaya dengan biodiversiti, mencakupi empat daripada 200 ekowilayah keutamaan Global WWF, termasuk sebahagian daripada Banjaran Annamite dan lembangan Sungai Mekong. Negara ini menetapkan 33 kawasan lindungan negara yang meliputi keluasan kira-kira 3.86 juta hektar—sekitar 16.68% daripada jumlah kawasan daratnya. Lebih 8,100 spesies tumbuhan dan hampir 2,000 spesies haiwan sudahpun dikenal pasti dengan lebih daripada 10% disenaraikan sebagai terlindung di bawah kerangka pemuliharaan negara atau antarabangsa. Kekayaan ekologi yang luar biasa ini menarik perhatian antarabangsa yang semakin meningkat terhadap usaha pemuliharaan biodiversiti di rantau ini.

Perlindungan biodiversiti POWERCHINA berjalan

Projek Hidrokuasa Don Sahong di Laos yang dibina oleh POWERCHINA, menggambarkan komitmen Syarikat untuk melindungi biodiversiti dan populasi ikan Sungai Mekong. Sebelum pembinaan, pakar mengkaji migrasi dan tingkah laku ikan bagi mengelakkan gangguan pembiakan. Terusan ikan gaya semula jadi dibina di atas anak sungai bagi mengekalkan laluan migrasi dan habitat. Langkah-langkah ini mendapat pujian daripada pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan, lantas dapat mengurangkan kebimbangan dan membantu memelihara keseimbangan ekologi sungai sekali gus memajukan matlamat pembangunan mampan.

Projek Kuasa Angin Monsun Laos POWERCHINA, projek yang pertama di Laos dan juga projek angin darat terbesar di Asia Tenggara, menjangkau keluasan 68,000 hektar. Sebelum pembinaan, Syarikat ini menilai impak ke atas biodiversiti, termasuk bunyi bising, penggunaan air dan tumbuh-tumbuhan. Melalui perundingan komuniti dan tinjauan lapangan, ia menumpukan pada lebih 10 isu ekologi. Semasa fasa pembinaan, POWERCHINA mengenal pasti spesies terlindung seperti Salamander api, Katak berkaki penyodok bermata kuning, Bredia (sp) dan Rhododendron (sp) bagi mendorong perlindungan terhadap habitat, laluan migrasi dan perubahan reka bentuk bagi menyokong kemandiriannya.

POWERCHINA menjadikan perlindungan biodiversiti sebagai tonggak teras dalam operasinya di Laos, dengan melindungi ikan sungai dan spesies darat. Dengan kehadiran selama hampir tiga dekad di negara ini, Syarikat ini memperoleh pengalaman luas dalam reka bentuk kawasan terlindung dan pelaksanaan projek ekologi. Sebagai penyumbang awal dan berkesan kepada perlindungan biodiversiti, POWERCHINA terus memajukan usaha ekologi setempat yang sejajar dengan ESG dalam seluruh jejak antarabangsanya.

Melalui beberapa langkah inovatif dan komitmen dalam tempoh jangka panjang, POWERCHINA melindungi kepelbagaian ekologi tempatan secara aktif dan menyumbang kepada pembangunan mampan Laos. Sementara itu, POWERCHINA juga mengamalkan konsep perlindungan ekologi secara terus-menerus pada skala global. Di UAE, syarikat ini komited untuk melindungi ekosistem padang pasir dan mempromosikan projek tenaga hijau. Di Brazil, ia mengambil bahagian secara aktif dalam aspek perlindungan persekitaran akuatik dan penggalakan biodiversiti bagi membantu mengekalkan keseimbangan ekologi tempatan. Di Tanzania, POWERCHINA membantu rizab hidupan liar menyelamatkan lima ekor gajah dengan jayanya yang terjatuh ke dalam lubang secara tidak sengaja, satu tindakan yang sangat dipuji oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Hidupan Liar Tanzania dan kerajaan tempatan. POWERCHINA mengamalkan konsep pembangunan mampan dengan aktif di beberapa negara dan wilayah di serata dunia, bekerja tanpa jemu bagi membina sebuah pusat ekologi global yang lebih baik.

 

Source: POWERCHINA
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Conservation/Recycling