SINGAPURA, 4 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Gravity Game Hub (GGH) PTE. LTD., subsidiari GRAVITY Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY) dengan gembiranya mengumumkan secara rasmi bahawa Pelancaran Besar-besaran Gunbound, permainan strategi artileri legenda, kini berada di Amerika Latin dan Asia Tenggara! Susulan Ujian Beta Tertutup yang berjaya, versi penuh kini dibuka untuk semua pemain mulai 10 Jun 2025, lalu memberikan pengalaman yang diperbaharui dan padat dengan aksi untuk veteran dan juga pendatang baharu.
Gravity Game Hub Lancar Secara Rasmi Gunbound untuk Wilayah LATAM dan SEA
Gunbound memikat hati peminat di seluruh dunia menerusi ciri-ciri permainan strategik mengikut giliran, pilihan mudah alih yang dinamik dan ciri-ciri penyesuaian mendalam. Menerusi pelancaran rasmi ini, pemain-pemain kini boleh menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam pertarungan yang mendebarkan, mendaki kedudukan anak tangga yang kompetitif dan menikmati pengalaman ciri-ciri permainan yang ulung.
"Hasil daripada maklum balas yang bersemangat daripada komuniti global kami semasa fasa beta, kami bekerja keras untuk memberikan pengalaman Gunbound yang stabil dan menarik," kata Harry Choi, Presiden Gravity Game Hub (GGH). "Kami berasa sangat gembira kerana akhirnya dapat mengalu-alukan semua orang ke acara pelancaran rasmi."
Apa Menanti dalam Pelancaran Besar-besaran Gunbound?
1. Satu Pelayan Global untuk Asia Tenggara dan Amerika Latin
2. Kembalinya Permainan Klasik Paling Disukai: Versi Jaguh Dunia
3 .Kestabilan dan Prestasi Permainan yang Dipertingkat
Acara Pelancaran & Ganjaran Eksklusif
Bagi meraikan pelancaran besar-besaran kami, kami menyediakan barisan acara istimewa yang menarik dan ganjaran eksklusif yang direka khas untuk anda. Bersedialah untuk menyelami dan menikmati faedah-faedah yang hebat ini:
1. Cipta Watak Anda, Jadilah Pengguna Kuasa: Hanya dengan mencipta watak anda, anda akan mendapat status Pengguna Kuasa yang diidam-idamkan, memberikan anda akses kepada ciri-ciri dan faedah-faedah yang dipertingkat dari peringkat awal.
2. Log masuk untuk Barangan Avatar Segera: Hanya log masuk ke permainan dan anda akan menerima pelbagai avatar bergaya secara automatik bagi menyesuaikan penampilan anda. Inilah cara kami mengucapkan terima kasih kerana menyertai kami.
3. Tunai Bonus dengan Setiap Tambah Nilai: Maksimumkan mata wang dalam-permainan anda. Setiap tambah nilai yang anda buat semasa tempoh pelancaran akan didatangkan dengan ganjaran tunai bonus yang lumayan.
4. Avatar Jarang Jumpa Masa Terhad: Perhatikan avatar jarang jumpa yang unik dan amat dicari-cari yang hanya akan tersedia untuk tempoh masa yang terhad.
Cara Menyertai Gunbound Sekarang
Memulakan permainan cukup mudah:
Kekal Terhubung bersama Komuniti
Untuk segala perkembangan terkini, acara dan nota tampalan, ikuti kami di saluran rasmi kami
Latar Belakang Gravity Game Hub
Ditubuhkan pada tahun 2021, Gravity Game Hub (GGH) Pte. Ltd. ialah penerbit dan pembangun yang berdedikasi untuk menyampaikan pengalaman permainan dalam talian dan mudah alih yang mengasyikkan di seluruh Asia Tenggara.
Latar Belakang Softnyx
Ditubuhkan pada tahun 2001, Softnyx ialah pembangun asal Gunbound dan perintis dalam industri permainan dalam talian. Menerusi lebih 50 juta pemain di 60 negara, Softnyx menjadi daya penggerak dalam menyebarkan gelombang permainan Korea ke seluruh dunia.
Main perang tidak terbatas bagi avatar legenda, Gunbound.