NEWARK, California, 5 Jun 2025 /PRNewswire/ -- TRIBIT, jenama bertaraf global yang menyasarkan untuk menjadikan audio yang berkualiti tinggi boleh dicapai oleh semua, dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telahpun menerima pensijilan Mesra Ikrar Iklim (Climate Pledge Friendly) di Amazon, satu pengiktirafan berprestij yang mengesahkan dedikasi syarikat ini terhadap amalan lestari:
Pensijilan boleh dilihat di sini.
"Misi kami sememangnya untuk menyampaikan bunyi yang sungguh luar biasa dan dalam masa yang sama turut berbuat baik kepada planet ini," kata Sam Liu, Naib Presiden TRIBIT. "Dengan memperoleh lencana Mesra Ikrar Iklim mengesahkan usaha kami yang berterusan bagi menjadikan kelestarian sebahagian daripada cara kami beroperasi dan berinovasi."
Diperakui demi masa depan lebih hijau:
Barisan produk teras TRIBIT termasuklah pembesar suara yang popular seperti XSound Go, XSound Plus 2, StormBox 2, StormBox Blast, StormBox Blast 2, StormBox Micro 2 dan StormBox Lava kini diperakui oleh Global Recycled Standard (GRS). Ini dapat memastikan produk-produk dibuat dengan bahan kitar semula yang diperoleh secara bertanggungjawab, bahan kimia yang lebih selamat dan memberi tumpuan yang kukuh terhadap kesejahteraan pekerja.
Bahan kitar semula: Bergantung pada model, 35–55% daripada bahan yang digunakan, termasuk ABS, TPU dan plastik PC boleh dikitar semula.
Pembungkusan mesra alam: Semua pembungkusan luar dan karton kiriman diperbuat daripada 100% bahan kertas yang boleh dikitar semula dan lestari.
Kimia selamat: Produk memenuhi atau melangkaui piawaian keselamatan alam sekitar yang ketat termasuk CA65, ROHS dan REACH.
Bateri diperakui: Semua bateri mematuhi perintah (EU) 2023/1542 dan ROHS.
Mengutamakan manusia dan planet:
TRIBIT melampaui pematuhan dengan memupuk persekitaran kerja yang bertanggungjawab yang melaluinya pekerja mendapat manfaat daripada insurans sosial, dana perumahan dan aktiviti kesejahteraan seperti seminar kesihatan dan acara pembinaan pasukan secara berkala.
Tabiat hijau digalakkan melalui "Cabaran Ulang-Alik Hijau" dalam seluruh syarikat bagi memperkukuh peranan TRIBIT dalam mendorong pilihan yang peka terhadap alam sekitar dalam kalangan tenaga kerjanya.
Logistik Mampan:
TRIBIT mengurangkan jejak karbonnya dengan mengutamakan pengiriman muatan laut dan tergabung berbanding pengangkutan udara, memperuntukkan yang keduanya hanya untuk penghantaran segera.
Latar Belakang TRIBIT:
TRIBIT ialah jenama perintis yang berdedikasi untuk memberikan penyelesaian audio berkualiti tinggi dan inovatif yang dapat meningkatkan pengalaman setiap hari. Dengan fokus diberikan pada bunyi yang unggul, reka bentuk bergaya dan kemampuan, TRIBIT terus mentakrifkan semula sempadan audio mudah alih.