TAIPEI, 9 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada siri acara bagi meraikan ulang tahun ke-20 Cathay United Bank Cawangan Ho Chi Minh (CUBHCM), bank ini mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa "Elevated Tree Program" ke-17 di Quang Nam College. Semasa berlangsungnya acara ini, CUBHCM menyokong pelajar-pelajar kurang berkemampuan dengan menganugerahkan 360 biasiswa yang berjumlah VND 360 juta. Melalui sumbangan yang berasingan dan penting, Cathay Life menyediakan sendiri 100 biasiswa tambahan yang bernilai VND 100 juta. Lantarannya, melalui usaha gabungan daripada kedua-dua organisasi, sejumlah 460 biasiswa dengan nilai keseluruhan bernilai VND 460 juta dianugerahkan kepada pelajar-pelajar yang layak. Dimulakan pada Oktober 2008, "Elevated Tree Program" berperanan sebagai satu inisiatif tahunan utama yang merangkum tanggungjawab sosial korporat CUBHCM yang kukuh. Program ini menggambarkan komitmen pihak bank untuk menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan menyokong pelajar-pelajar kurang berkemampuan di seluruh negara. Setakat ini, ia menjadi usaha kemanusiaan tahunan yang utama dan memberi impak daripada bank ini.
Cathay United Bank Ho Chi Minh Branch (CUBHCM), the bank held the 17th "Elevated Tree Program" Scholarship Award Ceremony at Quang Nam College. During the event, CUBHCM supported underprivileged students by awarding 360 scholarships, amounting to a total of VND 360 million. (Photo provided by Cathay United Bank)
Sehingga tahun 2024, program biasiswa CUBHCM menyokong dengan teguh sektor pendidikan Vietnam, memperkasakan lebih 22,000 orang pelajar kurang berkemampuan yang menunjukkan prestasi akademik yang mantap. Jumlah pembiayaan yang diberikan mencecah hampir VND 13 bilion. Selain daripada bantuan material, program ini memainkan peranan penting dalam memupuk keyakinan dan memberi dorongan kepada pelajar-pelajar ini untuk mengatasi halangan dan meneruskan perjalanan intelektual mereka dengan teguh.
Majlis penyampaian anugerah biasiswa di Quang Nam mendapat penghormatan menerusi penyertaan daripada kalangan rakan kongsi strategik CUBHCM, termasuk Cathay Life Insurance Vietnam Co. Ltd (Cathay Life), Cathay Insurance (Vietnam) dan Quang Nam Association for Promoting Education.
Berucap di majlis ini, En. Lu Wei Chieh, Pengurus Besar CUBHCM, menekankan: "Sepanjang operasi kami selama 20 tahun di Vietnam, CUBHCM sentiasa mengutamakan pembinaan perniagaan yang mampan selain memenuhi tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat. Kami benar-benar percaya bahawa pelaburan dalam pendidikan merupakan laluan paling praktikal dan berkesan untuk membina masa depan yang lebih cerah buat negara. Keyakinan ini mendorong kami untuk memulakan dan meneruskan "Elevated Tree Program" sejak 17 tahun yang lalu, dengan matlamat untuk menyokong berpuluh-puluh ribu pelajar mengatasi kesusahan dan terus menyemai impian dan aspirasi mereka untuk menuntut ilmu."
Dalam kalangan pelajar yang menerima biasiswa di Quang Nam College, Nguyen Ngoc Le Giang, seorang pelajar gred sembilan di Sekolah Menengah Chu Van An di Bandar Tam Ky, dilihat berasa terharu. Berkongsi rasa syukurnya, Giang menyatakan, "Biasiswa ini menawarkan sokongan penting kepada kami dan keluarga kami dalam meringankan sedikit kesusahan kami dan membolehkan kami untuk terus bersekolah," dan berjanji untuk menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pelajaran demi masa depan yang lebih cerah.
Selain daripada geran biasiswa yang penting, majlis penyampaian anugerah biasiswa "Elevated Tree Program" ke-17 juga memberi penekanan yang kukuh untuk mencipta pengalaman pendidikan yang komprehensif buat para pelajar. Pertandingan ilmu pengetahuan "Ring the Golden Bell" muncul sebagai sebuah platform intelektual yang menarik bagi menggalakkan para pelajar untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan mereka, memupuk kemahiran kerja berpasukan dan membangunkan pemikiran logik. Dalam pada itu, aktiviti "Elevated Dreams" menyediakan ruang yang bermakna untuk pelajar-pelajar menyatakan dengan jelas aspirasi dan cita-cita mereka, seterusnya menginspirasikan motivasi dan hala tuju masa depan. Kedua-dua aktiviti ini bukan sahaja menjadi sorotan acara ini bahkan turut menekankan komitmen mendalam pihak penganjur terhadap pembangunan holistik para pelajar.
Tahun 2025 menandakan ulang tahun ke-20 operasi CUBHCM di pasaran Vietnam, satu peristiwa penting yang disambut dengan beberapa acara bermakna dan aktiviti sosial menerusi nilai kumpulan syarikat induk Cathay Financial Hodings "Lebih Baik bersama-sama" ("Better together"). CUBHCM dan rakan-rakan kongsinya komited terutamanya terhadap pengembangan "Elevated Tree Program" secara berterusan baik dari segi skala mahupun bilangan yang bertujuan untuk terus menyokong kanak-kanak dalam meneroka bakat mereka, memupuk motivasi pembelajaran dan meningkatkan keyakinan diri mereka. Selain daripada pengagihan biasiswa di Quang Nam, CUBHCM merancang untuk meneruskan komitmennya dengan menganugerahkan biasiswa bernilai VND 360 juta kepada pelajar-pelajar yang menghadapi tahap kesukaran luar biasa yang memiliki rekod akademik yang mantap di Bandar Raya Ho Chi Minh lewat tahun ini. Inisiatif ini bukan sahaja mengesahkan sekali lagi dedikasi CUBHCM dalam menyokong pelajar-pelajar untuk mengatasi kesusahan tetapi turut menunjukkan skala dan jangkauan bantuannya yang semakin meluas untuk generasi muda di seluruh Vietnam.