![]() |
KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Jun 2025 /PRNewswire/ – Siemens Healthineers Malaysia telah diiktiraf atas kecemerlangannya dalam reka bentuk tempat kerja apabila memenangi kategori Reka Bentuk Dalaman Pejabat Terbaik (Malaysia) di Asia Pacific International Property Awards 2024–2025 yang berlangsung di Bangkok. Pejabat baharu syarikat ini, yang direka bentuk melalui kerjasama dengan firma reka bentuk dan binaan tempat kerja global, Space Matrix, mencerminkan pendekatan yang teliti dan berpandangan jauh terhadap persekitaran kerja moden.
(L–R) Nitiakaran Leo Selvaraj (Head of Marketing-Communications), Jan Tiedermann (Finance Director), and Azri Adenan (Procurement Manager) of Siemens Healthineers, with Shimin Wong (Interior Designer, Space Matrix),
Pengiktirafan ini bukan sekadar tentang estetika visual. Ia menonjolkan kejayaan pelaksanaan pendekatan "Healthineers Human Centric Collaboration" – satu inisiatif global yang menekankan fleksibiliti, kerjasama, pendigitalan dan budaya kerja yang mengutamakan kakitangan. Daripada stesen kerja boleh suai kepada teknologi intuitif dan ruang yang direka khusus untuk pekerja, pejabat ini menyokong cara kerja moden yang dinamik.
"Ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap reka bentuk. Ia mencerminkan cara kami bekerja dan nilai yang kami pegang sebagai sebuah syarikat penjagaan kesihatan global," kata Jan Tiedermann, Pengarah Kewangan Siemens Healthineers Malaysia. "Pejabat ini mencerminkan identiti kami: inovatif, berfokuskan insan dan berakar umbi dalam budaya tempatan. Yang paling penting, ia menyokong misi kami: 'We Pioneer Breakthroughs in Healthcare. For everyone. Everywhere. Sustainably'."
Antara ciri utama pejabat baharu ini termasuklah zon kolaborasi terbuka, stesen kerja fleksibel, dan Pusat Pengalaman Pelanggan Siemens Healthineers yang pertama di Malaysia. Salah satu ruang yang paling menonjol ialah "Work Café", yang sering digelar sebagai "denyut nadi sosial" pejabat. Direka bentuk untuk perbualan santai mahupun perhimpunan seluruh kakitangan syarikat, ruang modular ini mampu menampung pelbagai acara – daripada pertemuan spontan hinggalah ke sesi "townhall" dan sambutan perayaan.
Penceritaan budaya turut memainkan peranan penting dalam reka bentuk ruang ini. Mural yang diinspirasikan oleh seni jalanan Malaysia, bilik mesyuarat yang dinamakan sempena mercu tanda tempatan, serta pelbagai sentuhan tempatan lain memberikan rasa kekitaan dan kepunyaan yang mendalam. Setiap elemen direka dengan teliti berdasarkan prinsip "place follows function" (ruang dibentuk mengikut fungsi) – menyokong cara kakitangan Healthineers bekerja, berhubung dan berinovasi.
"Mereka bentuk pejabat Siemens Healthineers Malaysia merupakan satu perjalanan kolaboratif yang sangat bermakna," kata Angela Chang, Pengarah Urusan, Asia Tenggara di Space Matrix. "Sejak dari awal, matlamat kami adalah untuk mencipta ruang yang menggabungkan warisan Jerman Siemens Healthineers, budaya Malaysia dan inovasi dalam penjagaan kesihatan. Anugerah ini membuktikan apa yang boleh dicapai apabila reka bentuk dipacu oleh tujuan dan dibentuk oleh insan yang menjayakannya."
Anugerah ini menandakan pencapaian penting bagi Siemens Healthineers Malaysia, mengiktiraf kepimpinannya dalam inovasi penjagaan kesihatan dan reka bentuk tempat kerja. Pejabat baharu ini menetapkan penanda aras baharu untuk ruang kerja dalam sektor penjagaan kesihatan di Malaysia dan rantau ini.
Siaran akhbar dan gambar media tersedia di sini: https://www.siemens-healthineers.com/en-my/press-room/press-features/best-office-interior
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Siemens Healthineers
Nitiakaran (Leo) Selvaraj
Head of Marketing-Communications and Digital Engagement/Govt Affairs
+6012 393 2789 ; nitiakaran.selvaraj@siemens-healthineers.com
Space Matrix
Anjani Prakash
Global Marketing Director
+9198103-6365 ; anjani.prakash@spacematrix.com
A photo of the Work Cafe at Siemens Healthineers Headquarters
A photo of the Siemens Healthineers Experience Centre in Kuala Lumpur