omniture

TCL PV Tech Lancar Penyelesaian PV Kediaman Sehenti Komprehensif

TCL PV Tech
2025-06-13 10:00 53

SHANGHAI, 13 Jun 2025 /PRNewswire/ -- TCL PV Tech memperkenalkan Penyelesaian PV Kediaman Sehenti di SNEC 2025 yang direka untuk meluaskan jejaknya dalam pasaran PV kediaman. Pelancaran ini menonjolkan usaha berterusan oleh syarikat ini untuk memacu inovasi dalam sektor tenaga bersih global yang berkembang pesat.

Pasaran kediaman untuk PV dan storan tenaga kian berkembang pesat, namun dengan pertumbuhan yang dicapai, adanya kerumitan. Perniagaan yang ingin mengurangkan kos tenaga, menstabilkan operasi mereka dan beralih kepada kuasa yang lebih hijau berdepan dengan cabaran yang berterusan: kerumitan integrasi pemasangan dan sistem yang tinggi, ruang tersedia yang terhad, kebimbangan dalam hal keselamatan di persekitaran bandar berkepadatan tinggi dan keperluan terhadap penggunaan tenaga yang lebih pintar. Rintangan ini seringkali mengakibatkan berlakunya pelaburan berprestasi rendah atau saiz sistem yang terlalu besar, terutamanya bagi pemasang dan pembangun yang mengalami kekurangan capaian kepada penyelesaian yang fleksibel dan berprestasi tinggi.

TCL One-Stop Residential PV Solution
TCL One-Stop Residential PV Solution

TCL PV Tech melancarkan Penyelesaian Solar Rumah Terikat-Grid dan Penyelesaian Storan Tenaga Rumah yang mereplikasi model perniagaan kediaman domestiknya yang berjaya. Dengan mengintegrasikan sumber daripada kumpulan perniagaan tempatan luar negara TCL Home Appliance, TCL PV Tech menyampaikan penyelesaian setempat prajualan hingga pascajualan yang lancar yang pada dasarnya dapat menghapuskan masalah utama untuk pengedar dan pemilik rumah.

TCL One-Stop Residential PV Solution
TCL One-Stop Residential PV Solution

TCL PV Tech memperkenalkan Sistem Storan Tenaga Rumah Jenis-Pisah Tiga Fasa baharunya. Inovasi yang utama termasuk:

Pemasangan & Prestasi: Sistem ini membawakan modul bateri pasang-buta tanpa alat bagi tujuan pemasangan yang lebih pantas dan pendawaian yang dipermudah. Ia turut dilengkapi dengan modul pemanasan suhu rendah bagi memastikan operasi yang andal dalam iklim yang amat sejuk.

Keupayaan Penyongsang Hibrid: Ia memberikan kapasiti beban lampau 200% selama 10 saat dan mencapai pensuisan grid-ke-sandaran sub-10ms yang memastikan kuasa sandaran yang stabil dan andal untuk beban kritikal.

Reka Bentuk Industri: Sistem ini mengintegrasikan prinsip-prinsip reka bentuk peralatan rumah dengan lancar, lalu mencapai estetik yang ringkas dan sofistikated.

Pada masa ini, TCL merupakan satu-satunya perusahaan dalam industri fotovolta yang memiliki susun atur dibina sendiri yang meliputi seluruh rantaian bekalan. Berdasarkan asas ini, TCL PV Tech akan memanfaatkan kedudukan jenama global TCL dan saluran pengedaran yang mantap dalam sektor peralatan rumah bagi mengembangkan rangkaian pengedar B2B secara aktif. Pada masa yang sama, dengan memanfaatkan trafik luar talian/dalam talian TCL merentas platform peralatan rumah, TCL PV Tech akan menyasarkan pengguna akhir (B2C) dengan tepat, menyampaikan Penyelesaian PV Kediaman TCL Sehenti yang komprehensif untuk semua pelanggan TCL.

Kesemua inovasi ini adalah lebih daripada sekadar penaiktarafan teknikal—ia merupakan respons kepada keperluan pelanggan yang sebenar. Slogan pameran semasa TCL menggambarkan visi ini: "Penerokaan Karbon, Peralihan Tenaga Hijau." Melalui kecerdasan tenaga bersepadu, TCL PV Tech membawakan ekosistem kehidupan sifar bersih boleh skala – memperkasakan pemasang, pembangun dan pemilik hartanah untuk memaksimumkan pulangan sekali gus meminimumkan kerumitan operasi.

Menerusi pelancaran ini, TCL PV Tech memperkukuh peranannya sebagai penyedia penyelesaian — bukan sekadar perkakasan, tetapi penyelesaian bersepadu secara pintar yang sejajar dengan evolusi pasaran. Tatkala landskap tenaga Asia Tenggara terus mengalami pemencaran dan pendigitan, penyelesaian PV kediaman boleh skala dan andal bukan lagi suatu pilihan tetapi menjadi sesuatu yang diperlukan.

Source: TCL PV Tech
Keywords: Construction/Building Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Retail Utilities Trade show news