omniture

Acara puji 'kegemilangan' budaya Hongshan

China Daily
2025-06-17 13:22 76

BEIJING, 17 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Laporan daripada China Daily

The official logo for "Hongshan culture" unveiled at the International Communication Conference on Hongshan Culture and the "Vision China".
The official logo for "Hongshan culture" unveiled at the International Communication Conference on Hongshan Culture and the "Vision China".

Warisan budaya berperanan sebagai jendela untuk melihat tradisi, budaya, malah tamadun sesebuah negara, maka menjadi satu keperluan untuk menggiatkan usaha penyelidikan bagi meningkatkan pemahaman tentang etos budaya China dan mendorong pembelajaran bersama antara tamadun Cina dan tamadun asing, menurut tetamu di sebuah acara kebudayaan yang utama.

Mereka membuat kenyataan ini di acara Persidangan Komunikasi Antarabangsa mengenai Budaya Hongshan dan Visi China pada hari Sabtu di Chaoyang, wilayah Liaoning.

Wang Xinwei, gabenor Liaoning, berkata wilayah tersebut akan mengambil beberapa langkah bagi melindungi, mewariskan dan membangunkan budaya Hongshan dengan lebih baik, agar warisan budaya berharga itu dapat bersinar dengan lebih gilang-gemilang dalam era baharu.

Budaya Hongshan, iaitu budaya Neolitik utama yang wujud sejak 6,500 hingga 5,000 tahun yang lalu, menjangkau apa yang dikenali pada hari ini sebagai wilayah Liaoning dan Hebei serta wilayah autonomi Mongolia Dalam.

"Kami akan meningkatkan komitmen kami terhadap misi kebudayaan dalam era baharu, terus memperdalam penyelidikan mengenai budaya Hongshan, mendorong permohonan sebagai status Warisan Dunia bagi tapak Niuheliang budaya Hongshan di Chaoyang, Liaoning dan meningkatkan pemahaman antarabangsa mengenai budaya Hongshan," katanya.

Di bawah tema "Menelusuri Asal-Usul Tamadun Cina: Tumpuan pada Budaya Hongshan", aktiviti ini menghimpunkan golongan profesional dalam kajian arkeologi, perlindungan peninggalan budaya dan penyelidikan tamadun, antara lain, untuk berkongsi pandangan mereka mengenai budaya Hongshan.

Qu Yingpu, penerbit dan ketua sidang pengarang China Daily, berkata: "Lembangan Sungai Liaohe Barat, berserta lembangan Sungai Kuning dan Sungai Yangtze, merupakan salah satu tempat bermula yang penting bagi tamadun Cina. Antara begitu banyak bintang yang bersinar dalam budaya Cina peringkat awal, Hongshan menonjol lantaran kegemilangannya."

Qu turut berkata, "Kita harus membina sebuah sistem simbol budaya Cina yang dapat dikenali bagi membantu dunia memahami China dan alam kerohanian masyarakat Cina dengan lebih baik", menambah bahawa teknologi moden harus digunakan bagi menghidupkan kisah-kisah kuno.

Bao Xianhua, ketua Jabatan Publisiti daripada Jawatankuasa Parti Komunis China Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, menekankan kerjasama antara Liaoning dan Mongolia Dalam bagi memperdalam pemahaman mengenai budaya Hongshan.

Mongolia Dalam akan terus mempererat kerjasama dengan Liaoning dan juga Hebei, meneroka pelbagai nilai dalam budaya Hongshan dan mendorong transformasi kreatif serta pembangunan inovatif budaya tradisional Cina yang baik, katanya.

Qiao Yunfei, timbalan pengarah Pentadbiran Warisan Budaya Negara, menggesa usaha yang berterusan bagi meneroka peranan penting budaya Hongshan yang berkaitan asal-usul dan pembangunan tamadun Cina, membuka muzium dan taman tapak arkeologi yang berkaitan dengannya serta membina budaya Hongshan agar menjadi simbol tamadun Cina yang memiliki pengaruh global.

Logo dikeluarkan

Persidangan ini mengeluarkan logo rasmi untuk budaya Hongshan. Menggabungkan unsur-unsur daripada tembikar Hongshan berhias, logo ini memaparkan dua corak "C" yang saling berpautan — dengan satu "C" mewakili "China" dan satu lagi mewakili "budaya" — bagi mencipta struktur berpusing yang melambangkan legasi budaya Hongshan yang lama bertahan sebagai salah satu asal-usul tamadun Cina.

Menonjolkan hubungan budaya Hongshan di luar China, Guo Dashun, pengarah kehormat Liaoning Provincial Institute of Cultural Relics and Archaeology, menyatakan bahawa tembikar berhias Hongshan mempunyai tiga corak: bunga mawar daripada Dataran Tengah China, motif naga yang berasal daripada Hongshan dan corak geometri, seperti grid berlian, daripada Asia Tengah.

"Reka bentuk ini menonjolkan cetusan daripada gabungan budaya Eurasia, menunjukkan bahawa kira-kira 5,000 atau 6,000 tahun yang lalu, jalan tembikar sudahpun wujud, yang terbentang dari selatan ke utara dan barat ke timur, dengan Lembangan Sungai Liaohe Barat berfungsi sebagai wadah tumpuan untuk kedua-dua budaya Asia Barat dan Timur," kata Guo yang telah menghabiskan masa selama beberapa dekad mengkaji budaya Hongshan.

Elizabeth Childs-Johnson, seorang ahli kaji cina AS yang mengkhusus dalam bidang seni dan arkeologi Cina, menyenaraikan sorotan budaya Hongshan dan menyatakan bahawa Hongshan ialah salah satu budaya terawal yang menggunakan jed sebagai lambang kuasa dan kekayaan.

Jiang Bo, seorang profesor di Institute of Cultural Heritage Shandong University dan bekas naib-presiden International Council on Monuments and Sites, berkata bahawa budaya Hongshan, dengan struktur batunya di tapak arkeologi, naga jed sebagai lambang budaya tradisional China dan patung serta arca yang menggambarkan sistem kepercayaan zaman awal, berpotensi untuk memperoleh status Warisan Dunia.

Dennis Schilling, seorang profesor falsafah di Renmin University of China di Beijing, berkata bahawa budaya Hongshan merupakan bahagian yang penting dalam "warisan dunia kemanusiaan".

"Ia mempunyai kepentingan bukan sahaja untuk sejarah budaya Cina kemudiannya, tetapi juga untuk pengetahuan kita mengenai pembangunan budaya dan sosial umat manusia itu sendiri," katanya.

Source: China Daily
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Publishing/Information Service