omniture

AGENDA KEMAHIRAN SERANTAU DITONJOLKAN TATKALA KEMBOJA SAMBUT HARI TVET NEGARA

Human Resource Development Corporation
2025-06-19 11:26 16

PHNOM PENH, Kemboja, 19 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Kemboja menyambut Hari TVET Negara pada 15 dan 16 Jun 2025 sebagai sokongan untuk AYOS 2025 yang melaluinya Ketua Pegawai Strategi Human Resource Development Corporation (HRD Corp), Malaysia, Dr. Rony Ambrose Gobilee dijemput sebagai ahli panel bagi menekankan keperluan untuk menjajarkan pendidikan mengikut permintaan pasaran buruh ASEAN.

Chief Strategy Officer of Human Resource Development Corporation (HRD Corp), Dr. Rony Ambrose Gobilee (right) presented with a momento by H.E. Hing Sideth, Director General of Technical and Vocational Education and Training Ministry of Labour and Vocational Training (MLVT), The Kingdom of Cambodia during the 8th National TVET Day, Phnom Penh, Cambodia.
Chief Strategy Officer of Human Resource Development Corporation (HRD Corp), Dr. Rony Ambrose Gobilee (right) presented with a momento by H.E. Hing Sideth, Director General of Technical and Vocational Education and Training Ministry of Labour and Vocational Training (MLVT), The Kingdom of Cambodia during the 8th National TVET Day, Phnom Penh, Cambodia.

Dr Rony yang juga merupakan Pengerusi ASEAN Year of Skills (AYOS) 2025, berkata menjadi satu hal yang amat mustahak untuk TVET memainkan peranan yang lebih penting dalam menghubungkan kelayakan akademik dengan kemahiran dunia sebenar.

"Di seluruh rantau ini, adanya ruang untuk memperkukuh hubungan antara kelayakan akademik dan kemahiran praktikal. TVET menyediakan jambatan yang berkesan - responsif, praktikal dan berfokuskan masa depan," kata Dr. Rony.

Hari TVET Negara ke-8 yang diadakan di bawah tema "TVET: Mencipta Peluang Pekerjaan dan Membina Harapan buat Belia" dirasmikan oleh T.Y.T. Dr Hang Chuon Naron, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, Belia dan Sukan yang mewakili T.Y.T. Samdech Thipadei Hun Manet, Perdana Menteri Kemboja.

Jemputan yang berprestij ini menggambarkan kolaborasi serantau yang kukuh melalui inisiatif AYOS, dengan HRD Corp berada di barisan hadapan bagi usaha Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KESUMA) dalam memperjuangkan pembangunan kemahiran serantau.

Apa yang penting, International Labour Organization (ILO) bertindak sebagai penasihat teknikal untuk AYOS, seterusnya membantu negara-negara ASEAN membina perkongsian rentas sempadan dan memacu platform unggulan daripada inisiatif ini.

Acara ini menonjolkan penyertaan yang aktif oleh kerajaan Kemboja dalam inisiatif AYOS 2025 dan memperkukuh pengiktirafan seluruh ASEAN terhadap acara ini sebagai sebahagian daripada kalendar rasmi AYOS.

Penyertaan Malaysia menekankan komitmennya untuk memajukan TVET sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi, kebingkasan tenaga kerja dan pembangunan yang inklusif. Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menerajui AYOS, satu inisiatif bercita-cita tinggi sepanjang tahun yang didorong oleh KESUMA melalui HRD Corp dan mendapat sokongan daripada Sekretariat ASEAN (ASEC) serta ILO.

AYOS 2025 membawakan tujuh platform utama—termasuk AHCDIS, NTW, ATMC, Persidangan TVET ASEAN, NHCCE, GSF dan AFMM-HCD —yang dicipta untuk meningkatkan pembangunan kemahiran, memupuk kolaborasi dan menjajarkan strategi modal insan di seluruh ASEAN.

Menteri Sumber Manusia Malaysia (KESUMA), Yang Berhormat Steven Sim Chee Keong, menekankan kepentingan kerjasama serantau dalam pembangunan kemahiran serta mengesahkan sekali lagi kesediaan Malaysia untuk melabur dalam masa depan bersama ASEAN.

"Buat julung kalinya, kami akan meluaskan peluang latihan yang berkualiti tinggi ini melangkaui sempadan kami sendiri kepada rakan-rakan kami di seluruh ASEAN. Ini merupakan pelaburan Malaysia dalam ASEAN dan pembangunan modal insan. Cita-cita kami adalah untuk menjadikan ASEAN sebagai rantau yang paling mahir di dunia melalui perkongsian yang lebih mendalam dan lebih bermakna bersama negara-negara anggota kami," kata Menteri Steven Sim.

Komitmen Malaysia terhadap pembaharuan TVET terbukti di peringkat nasional melalui penubuhan Majlis TVET Negara dan usaha yang berterusan bagi menubuhkan Suruhanjaya TVET demi memperkemas tadbir urus dan memperkukuh hubung kait industri yang disokong oleh agensi-agensi utama seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

"Inilah semangat ASEAN - bukannya persaingan, sebaliknya kolaborasi," kata Dr. Rony. "Kita boleh mencipta sebuah ekosistem kemahiran bersepadu secara beriringan yang dapat memperkasakan belia, memacu inovasi serta mempercepat pertumbuhan untuk semua."

Untuk maklumat lanjut mengenai AYOS 2025 dan inisiatif-inisiatif serantaunya, kunjungi www.aseanyearofskills.org.

Source: Human Resource Development Corporation
Keywords: Workforce Management/Human Resources Contracts Licensing/marketing agreements