SHANGHAI, 22 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Susulan penampilannya di GITEX Dubai pada Oktober 2024, MWC Barcelona pada Mac 2025 dan GITEX Asia pada April, iFLYTEK, iaitu syarikat pertuturan pintar dan AI yang terkemuka di China, meneruskan jangkauan globalnya dengan memperkenalkan portfolio produk dan penyelesaian dikuasakan AI yang komprehensif di MWC Shanghai 2025. Sebagai salah satu pameran teknologi yang paling berpengaruh dalam ekosistem terhubung Asia, MWC Shanghai menyediakan platform yang penting untuk iFLYTEK bagi menunjukkan kemajuan teknologi dan penjajaran strategiknya dengan transformasi digital global.
Aspek teras pameran iFLYTEK ialah set penyelesaian komunikasi berbilang bahasa komprehensif yang ditawarkan dalam pelbagai format. Satu sorotan ialah Penterjemah Dwiskrin iFLYTEK 2.0 generasi baharu yang dijadualkan untuk dilancarkan di peringkat global dalam bulan Ogos. Direkayasa dengan teknologi pembatalan hingar yang utama dalam industri dan dikuasakan oleh model interpretasi suara masa nyata Spark proprietari daripada iFLYTEK, peranti ini memastikan ketepatan terjemahan yang luar biasa, walaupun dalam persekitaran dengan hingar tinggi. Menyokong interpretasi langsung dalam 42 bahasa dan terjemahan imej dalam 34 bahasa, ia mengintegrasikan kamera resolusi-tinggi 16MP untuk pengecaman visual segera, lalu menjadikannya sesuai khususnya untuk persidangan atau pembentangan perniagaan berbilang bahasa.
Tatkala komunikasi rentas sempadan menjadi semakin rancak merentas wilayah-wilayah seperti Asia Tenggara dan Timur Tengah—pusat kepada hab acara baru muncul seperti Singapura, Dubai, Bangkok dan Kuala Lumpur, Sistem Tafsir Serentak Berbilang Bahasa iFLYREC yang turut dipamerkan di acara ini, menyediakan penyelesaian andal kepada penganjur acara yang dapat memastikan komunikasi lancar dan cekap dalam suasana berbilang bahasa. Sistem ini mengupayakan transkripsi, terjemahan dan sari kata masa nyata dalam 13 bahasa, termasuk bahasa Cina, bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Thai, sekali gus menyokong interaksi berbilang bahasa secara hibrid mahupun jarak jauh.
Inovasi-inovasi lain yang ditampilkan termasuk Perakam Suara Luar Talian iFLYTEK S8, edisi Perakam Pintar iFLYTEK 702 dikuasakan Spark LLM dan iFLYTEK AINOTE Air 2—pad nota digital berbantu AI termaju yang menyokong transkripsi dalam 15 bahasa dan terjemahan dalam sepuluh bahasa. AINOTE Air 2 mendapat tarikan yang mantap di pasaran-pasaran seluruh Asia dan Timur Tengah, seterusnya memantapkan kedudukannya sebagai produk menonjol bagi penyelesaian produktiviti berbilang bahasa.
Apabila landskap digital di wilayah-wilayah Asia Tenggara dan Timur Tengah berkembang pesat, perniagaan di wilayah-wilayah ini memerlukan penyelesaian AI yang teguh, selamat dan fleksibel yang boleh diintegrasikan dengan lancar dalam operasi mereka. Hal ini dapat menjelaskan mengenai populariti penyelesaian Semua-dalam-Satu Spark LLM daripada iFLYTEK semasa berlangsungnya acara ini. Penyelesaian ini menawarkan sistem AI yang berautonomi sepenuhnya, selamat dan boleh skala, lantas menjadikannya pilihan yang ideal untuk perniagaan yang memerlukan beberapa sistem pasang-dan-pakai yang menggabungkan perkakasan dan perisian pra-teroptimum untuk penggunaan segera dalam persekitaran pejabat.
Melalui penyertaannya di MWC Shanghai, iFLYTEK memperkukuh komitmennya terhadap inovasi dikuasakan AI dan pengembangan jejak globalnya yang berterusan. Berdasarkan kekuatan terasnya dalam suara pintar dan teknologi AI asas, jenama ini dijangka akan membangunkan lebih banyak penyelesaian AI yang disesuaikan dengan industri ini. Dengan tumpuan pada kebolehskalaan dan integrasi silang sektor, iFLYTEK akan terus memperkenalkan portfolio produk yang diperluas, menyokong keperluan pasaran antarabangsa yang semakin berkembang dan memperkukuh peranannya sebagai rakan kongsi teknologi yang dipercayai di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.iflytek.com/en/index.html .