omniture

Connecting Care with Clicks 2025 Tarik Kehadiran Penuh Pemimpin Penjagaan Kesihatan ke Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak Inovasi Sehari

Medical Channel Asia
2025-06-23 17:03 47

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Para profesional penjagaan kesihatan, pemimpin dasar dan penginovasi kesihatan digital telah berkumpul sempena Connecting Care with Clicks 2025 (CCC 2025), sebuah sidang kemuncak selama sehari di InterContinental Kuala Lumpur yang mengetengahkan trend utama yang sedang membentuk masa depan sektor penjagaan kesihatan di Asia Tenggara.

Connecting Care with Clicks 2025 Tarik Kehadiran Penuh Pemimpin Penjagaan Kesihatan ke Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak Inovasi Sehari
Connecting Care with Clicks 2025 Tarik Kehadiran Penuh Pemimpin Penjagaan Kesihatan ke Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak Inovasi Sehari

Acara anjuran Medical Channel Asia ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Dr. Mahesh Appannan, Ketua Kesihatan Digital di Kementerian Kesihatan Malaysia, bersama Datuk Dr. Kuljit Singh, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) dan Pengarah Perubatan Prince Court Medical Centre, yang menetapkan nada perbincangan kolaboratif dan berpandangan ke hadapan sepanjang hari.

Dr. Mahesh menyeru penilaian semula dan penerimagunaan pendekatan yang baharu. "Kini, kita perlukan reformasi baharu dalam sektor kesihatan digital. Kita perlukan pemikiran baharu yang boleh membantu kita terus memperbaiki sistem yang ada."

Sesi-sesi Healthcare Content Creator Playbook (Panduan Pencipta Kandungan Penjagaan Kesihatan) menampilkan pempengaruh kesihatan terkenal seperti Dr. Amanda binti Elli (Dr. Unicorn), Dr. Lim Ing Kien (Dr. Ingky) dan Dato' Dr. Tikfu Gee – yang bersama ahli panel lain membincangkan bagaimana ketulenan dan profesionalisme boleh membina kredibiliti atas talian dan meningkatkan kepercayaan pesakit.

CCC 2025 turut mendapat sokongan padu daripada rakan industri. Keterlibatan yang tinggi sepanjang acara ini mengukuhkan lagi peranannya sebagai jambatan antara inovasi, kepimpinan dan transformasi digital dalam penjagaan kesihatan.

Datuk Dr. Kuljit berkongsi pemerhatiannya. "Saya rasa ini adalah antara platform terbaik di mana semua pihak boleh duduk semeja, bertukar idea, sambil berhubung dan belajar daripada mereka yang mempunyai pendekatan berbeza."

"Tiada satu pendapat pun yang salah mahupun betul. Kita semua belajar bersama-sama. Setiap suara membawa pandangan yang boleh membina masa depan penjagaan kesihatan di Malaysia."

Untuk liputan acara yang lengkap, baca artikel di Medical Channel Asia.

Latar Belakang Connecting Care With Clicks:

Dilancarkan pada tahun 2024, Connecting Care With Clicks ialah persidangan utama Medical Channel Asia yang menghubungkan penjagaan kesihatan dan pemasaran digital. Menekankan kepentingan kolaborasi dan perkongsian ilmu, ia membantu golongan profesional penjagaan kesihatan agar sentiasa mengikuti trend perubatan dan membina kehadiran digital yang kukuh dalam landskap yang sentiasa berubah-ubah.

Latar Belakang Medical Channel Asia:

Ditubuhkan pada tahun 2020, Medical Channel Asia dicipta untuk membantu pengguna mengakses maklumat perubatan daripada sumber yang boleh dipercayai dan golongan profesional penjagaan kesihatan. Sejak itu, Medical Channel Asia telah mendekati lebih 65 juta pengguna melalui platform media sosial dan digital, seterusnya memantapkan kedudukannya sebagai platform media penjagaan kesihatan yang terbesar di rantau ini.

Source: Medical Channel Asia
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet Pharmaceuticals Trade show news