Life-Space menamakan bintang badminton Goh Sze Fei sebagai Duta Jenama, menonjolkan kolaborasi terkini dan komitmen bersama terhadap pergerakan, kevitalan dan kesihatan usus demi kesejahteraan keseluruhan.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Life-Space, jenama probiotik Australia yang terkemuka, mengumumkan secara rasmi perkongsiannya bersama pemain badminton Goh Sze Fei sebagai Duta Jenama. Kolaborasi yang dinamik ini menggambarkan komitmen Life-Space dalam menyokong pergerakan, prestasi dan kesejahteraan keseluruhan — bermula dengan kesihatan usus.
Dengan para atlet mahupun individu pada setiap hari turut sama mula memahami perkaitan yang kritikal antara kesihatan pencernaan dan prestasi fizikal, Life-Space dengan bangganya mendapat tempat di persimpangan antara sains dan sukan.
Semangat juang tanpa henti, disiplin dan gaya hidup yang seimbang oleh Goh Sze Fei mencerminkan nilai-nilai yang menjadi teras dalam falsafah Life-Space. Sebagai seorang tokoh tersohor dalam arena badminton Malaysia dan penyokong kesejahteraan keseluruhan, Sze Fei ialah seorang wakil yang ideal untuk misi jenama ini: memperjuangkan kesihatan usus sebagai asas dalam kehidupan yang lebih baik. Pendekatannya terhadap latihan dan pemulihan benar-benar sejajar dengan kepercayaan Life-Space bahawa usus yang sihat menyokong prestasi, kebingkasan dan kesejahteraan dalam tempoh jangka panjang. Matlamat peranan duta bersama Goh Sze Fei ini adalah untuk menonjolkan hubungan penting antara kesihatan usus dan prestasi puncak.
"Sebagai seorang atlet profesional, pemulihan dan ketekalan adalah segala-galanya. Kesihatan usus memainkan peranan yang besar dari segi cara saya berlatih, perasaan saya dan prestasi saya. Saya berasa teruja untuk bekerjasama dengan Life-Space bagi memberikan kesedaran yang lebih tinggi kepada aspek kesejahteraan keseluruhan yang sering diabaikan ini," kata Goh Sze Fei, Duta Jenama Life-Space, Pemain Badminton Malaysia.
"Kolaborasi bersama Goh Sze Fei ini menggambarkan komitmen Life-Space Malaysia terhadap kecemerlangan profesional. Sebagai seorang atlet badminton profesional, ketepatan dan disiplin beliau sejajar dengan dedikasi kami terhadap sains kesihatan usus. Dengan bekerjasama melalui sukan kebangsaan Malaysia, kami bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran berhubung perkaitan penting antara kesihatan usus dan kesejahteraan keseluruhan — seterusnya memperkukuh peranan Life-Space sebagai perintis probiotik," kata Alan Yi, Pengurus Besar Life-Space Group.
Life-Space mengundang rakyat Malaysia untuk mengambil langkah pertama ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif. Ketahui bagaimana Life-Space Malaysia dan Goh Sze Fei memperjuangkan kesihatan usus demi prestasi yang lebih baik — cubalah probiotik mereka hari ini dengan mengunjungi laman web atau ikuti mereka di Facebook atau Instagram dan rasai kelainan dari dalam.