omniture

QFIIs Peroleh Capaian kepada Opsyen ETF Dalam Pesisir Tatkala Pembukaan Pasaran saham-A Semakin Dalam

E Fund Management
2025-06-26 00:33 19

GUANGZHOU, China, 26 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Qualified Foreign Institutional Investors (QFIIs) akan dibenarkan untuk memperdagangkan opsyen ETF dalam pesisir mulai 9 Oktober, eksklusif bagi tujuan perlindungan nilai, menurut Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China. Ini menyaksikan satu lagi langkah yang besar dalam pembukaan pasaran modal China, susulan pengenalan niaga hadapan dan opsyen komoditi yang dipercayai dapat menarik modal asing dalam tempoh jangka panjang untuk diperuntukkan kepada saham-A dengan memperluas alatan pengurusan risiko dan meningkatkan kestabilan pasaran. Antara produk-produk layak ialah E Fund STAR 50 ETF (Kod: 588080), E Fund ChiNext ETF (Kod: 159915) dan E Fund SZSE 100 ETF (Kod: 159901) yang diurus oleh E Fund Management (E Fund), pengurus dana amanah yang terbesar di China.

  • SSE STAR 50 Index, menjejaki 50 saham terbesar dan paling cair di STAR Market, tertumpu secara strategik pada semikonduktor. Dana berhubungannya meningkat kepada AS$ 25.4 Bilion, menjadikannya sebagai indeks pasaran luas keempat terbesar bagi pasaran saham-A.
  • ChiNext Index terdiri daripada 100 firma berpertumbuhan tinggi daripada ChiNext Board, dengan 92% pendedahan kepada sektor-sektor strategik seperti teknologi maklumat generasi baharu, kenderaan tenaga baharu dan penjagaan kesihatan. Sejak tahun 2021, konstituennya memberikan hasil yang kukuh dan CAGR keuntungan bersih masing-masing sebanyak 21% dan 14%.
  • Shenzhen 100 Index mengagregatkan 100 peneraju perdana daripada Bursa Saham Shenzhen dan menekankan sektor-sektor seperti pembuatan termaju, ekonomi digital dan tenaga hijau yang menyumbang sebanyak 73% wajaran secara kolektif.

Data daripada Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing Negara China mendedahkan bahawa modal rentas sempadan bagi sektor-sektor bukan perbankan menyaksikan aliran masuk bersih sebanyak AS$ 33 bilion dalam bulan Mei 2025, dengan pemegangan asing bagi saham domestik semakin meningkat bulan ke bulan, lalu menggambarkan keyakinan pelabur asing yang semakin meningkat dan integrasi lebih mendalam bagi saham-A dengan pasaran global.

Dengan barisan produk ETF yang luas dan fi pengurusan yang rendah, E Fund memantapkan kedudukannya sebagai rakan kongsi pilihan untuk pelabur asing. Menurut Wind, mulai Januari 2024 hingga April 2025, aset-aset ETF daripada E Fund meningkat sebanyak AS$ 53.5 bilion, dengan aliran masuk bersih berjumlah AS$ 41.2 bilion yang kedua-duanya menduduki kedudukan pertama di pasaran.

Latar Belakang E Fund 

Ditubuhkan pada tahun 2001, E Fund ialah pengurus dana amanah komprehensif yang terkemuka di China dengan aset di bawah pengurusan melebihi RMB 3.5 trilion (USD 497 bilion). Ia menawarkan penyelesaian pelaburan kepada pelanggan dalam pesisir dan luar pesisir, bagi membantu pelanggan mencapai prestasi pelaburan mampan dalam tempoh jangka panjang. Pelanggan E Fund melibatkan individu dan juga institusi, bermula daripada bank pusat, dana kekayaan negara, dana keselamatan sosial, dana pencen, syarikat insuran dan insurans semula, hinggalah syarikat korporat dan bank. Berorientasikan jangka panjang, ia memfokuskan pada perniagaan pengurusan pelaburan sejak ditubuhkan dan percaya akan kuasa penyelidikan yang mendalam dan masa melabur. Ia merupakan perintis dan pengamal yang utama dalam pelaburan yang bertanggungjawab di China dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pengurus aset Cina yang paling dipercayai dan cemerlang.

AuM termasuk subsidiari-subsidiari. Data setakat 31 Mac 2025. Kadar FX diperoleh daripada PBoC.

Source: E Fund Management
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Insurance Mutual Funds Semiconductors