omniture

Infiniti Indah Meraikan Pesta Kuantan 188, 25-27 Julai 2025

Hospitality 360 sdn bhd
2025-07-08 17:29 16

Adrenalin. Seni. Hiburan. Satu Festival untuk Semua.

Dijangka Menarik Lebih 60,000 Pengunjung Tempatan dan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Infiniti Indah Sdn. Bhd. (Kuantan 188), anak syarikat kepada Hospitality 360 Sdn. Bhd. dan cabang hospitaliti MAA Group Berhad, dengan bangganya mengumumkan kembalinya Pesta Kuantan 188 dari 25 hingga 27 Julai 2025.

Dari kiri: Official mascot for Tourism Malaysia’s “Visit Malaysia 2026” Manja, Manbai, Head of Secretariat Visit Malaysia 2026 Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Hospitality 360 Group President & CEO YH Dato’ Sri Naresh Mohan, Celebrity Artist Tomok, Hospitality 360 Group Business Development Director Dato Zulkifli Mohamad, Mascot Wira
Dari kiri: Official mascot for Tourism Malaysia’s “Visit Malaysia 2026” Manja, Manbai, Head of Secretariat Visit Malaysia 2026 Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Hospitality 360 Group President & CEO YH Dato’ Sri Naresh Mohan, Celebrity Artist Tomok, Hospitality 360 Group Business Development Director Dato Zulkifli Mohamad, Mascot Wira

Mercu Menara ikonik Kuantan 188 sekali lagi akan menjadi tumpuan, bersempena dengan sambutan hari keputeraan rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Edisi tahun ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa dengan memaparkan 11 acara utama, yang mana di antaranya belum pernah diadakan sebelum ini – dari pencinta aktiviti ekstrem, penggemar muzik, hinggalah ke acara kekeluargaan. Pesta Kuantan 188 2025 bakal menjadi sambutan paling hebat dan terbesar setakat ini, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai festival bandar utama di Pahang. Pesta ini turut mendapat sokongan oleh Majlis Bandaraya Kuantan, Kerajaan Negeri Pahang, Pelancongan Pahang dan juga Kementerian Belia dan Sukan.

Pada tahun ini, Kuantan 188 memperkenalkan K188 Towerthon buat julung kalinya pada 26 Julai 2025, di mana peserta akan mendaki 524 anak tangga ke puncak menara kedua tertinggi di Malaysia. Acara ini mendapat pengiktirafan rasmi daripada Persatuan Larian Menara Malaysia (MTA) dan turut menyaksikan penyertaan juara tower running antarabangsa, Soh Wai Ching.

Di sepanjang tiga hari sambutan pesta yang penuh aksi, peminat aktiviti lasak boleh menyaksikan Kejohanan Powerboat F3000 Diraja Pahang, di mana jentera berkuasa tinggi beraksi  di Sungai Kuantan. Selain itu, aksi terjunan BASE oleh penerjun tempatan dan antarabangsa dari puncak menara Kuantan 188 menjadi salah satu tarikan yang pastinya akan memukau pengunjung.

Acara Regatta Perahu Naga Diraja Pahang 2025 kembali pada 25 Julai 2025 dengan kerjasama MBK, menampilkan 12 pasukan untuk kategori Terbuka Pahang dan 12 pasukan kategori Tertutup Pahang. Perlumbaan bermula di Jeti Jabatan Laut Kuantan dan tamat di hadapan Menara Kuantan 188. Antara tarikan pada tahun ini, Buat pertama kalinya, orang ramai yang hadir berpeluang menaiki paramotor dari Padang MBK 1 untuk menikmati pemandangan bandar Kuantan dari ruang udara.

Pada tahun ini juga, Pesta Kuantan 188 turut menampilkan kerjasama khidmat masyarakat (CSR) bersama The Driverz Club Malaysia, di mana 60 anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Rapha dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman akan diraikan dengan pengalaman menaiki kereta mewah sebagai tetamu VIP ke temasya yang penuh dengan hiburan, muzik dan inspirasi.

K188 E-Battle kembali sekali lagi pada tahun ini dengan menjadi medan pertemuan pemain Mobile Legends terbaik dari rantau ini, dengan ganjaran hadiah wang tunai sejumlah RM20,000. Acara ini turut disokong oleh Persekutuan E-Sukan Malaysia (MESF) yang mana ianya akan di salurkan secara langsung bagi pemina sukan e-sports.

25-27 Julai: Aktiviti Keluarga dan Konsert Bersama Artis Ternama

Temasya Pesta Kuantan diteruskan dengan acara K188 Challenge: Ada Bran? X THR Gegar pada jam 8 malam, 25 Julai 2025 – satu pertandingan mencungkil bakat untuk mengetengahkan permata seni tempatan dalam muzik, tarian dan persembahan.

Pada 26 Julai jam 8.30 malam, pentas utama akan dimeriahkan dengan Konsert Percuma oleh barisan artis legenda Malaysia – Ella, Dayang Nurfaizah, Tomok, dan Akim. Persembahan diakhiri dengan tarikan pertunjukan drone yang julung kalinya diadakan di bandaraya Kuantan dan juga bunga api yang menakjubkan.

Bagi meraikan ulang tahun keputeraan KDYMM Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (30 Julai 2025), dan KDYMM Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (5 Ogos 2025), Majlis Makan Malam Gala akan diadakan pada 27 Julai 2025 di Hotel Zenith Kuantan.

"Acara tahunan ini semakin berkembang, hasil sokongan padu para penaja, agensi kerajaan dan juga masyarakat tempatan khususnya. Pesta Kuantan 188 menampilkan pelbagai aktiviti keluarga yang mencerminkan budaya dan komuniti Pahang. Kami menjangkakan lebih 60,000 tarikan pengunjung pada tahun ini," ulasan Dato' Sri Omar Naresh Mohan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Infiniti Indah

Pesta Kuantan 188 mendapat penajaan utama dari JY Creative Development Sdn Bhd, serta mendapat sokongan oleh MBK, Klikx Systems, CGRE Legend Farm, LBS Bina Group, B.Grimm Power, KBS, Winfast Corporation, Berjaya Corp, Citaglobal, Kotasas, PASDEC, Wawasan Intact Properties, TAS Industries, AZRB, MAA Group, Tourism Malaysia, Tourism Pahang, LLT Group, Dancom, Trinidad Group, THR Gegar, Ramada Suites by Wyndham KLCC, Shahzan Hotel Kuantan, Hextar Global, RHB Bank, Wira Semangat, Touch Group, Wyndham Garden Kuantan dan Gotifi.com.

Ikuti kami di Instagram, Facebook dan TikTok untuk maklumat terkini.

Mengenai Kuantan 188

Kuantan 188 ialah menara tertinggi di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan kedua tertinggi di negara ini, setinggi 188 meter. Sebagai ahli ke-52 World Federation of Towers, menara ini menjadi ikon pelancongan, budaya dan komuniti dengan pemandangan panorama, pengalaman sky dining dan pelbagai acara sepanjang tahun. Terletak strategik di tebing Sungai Kuantan, ia melambangkan kemajuan bandar ini sambil meraikan warisan tempatan.

Mengenai Hospitality 360

Hospitality 360 Sdn. Bhd. mula beroperasi pada Mac 2022 sebagai Trinidad Group of Companies. Ia kini merangkumi lebih 30 jenama dalam pelbagai industri seperti hotel & resort (jenama Wyndham), penginapan, F&B, pelancongan, reka bentuk dalaman, logistik, ganjaran pelanggan, pengurusan hartanah dan produk cerut. Sebagai peneraju baharu dalam hospitaliti dan pelancongan Malaysia, model perniagaan ringan aset ini memberi fokus kepada inovasi dan pertumbuhan mampan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.hospitality360.my

Source: Hospitality 360 sdn bhd
Keywords: Art Entertainment Sports Travel Future Events