omniture

PRO G814 & PRO G952 BiomeNrich™: Penyelesaian Bifidobacterium Diiktiraf di Peringkat Global Kini Sasar Pasaran Kesejahteraan Asia Tenggara

CJ BIO
2025-07-09 07:00 13

SEOUL, Korea Selatan, 9 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Memandangkan pasaran kesihatan dan kesejahteraan Asia Tenggara berkembang dengan pesat, jangkaan pengguna semakin beralih menuju penyelesaian pelbagai fungsi yang melangkaui penghadaman asas. Kesihatan usus kini difahami sebagai asas bagi sokongan imun, kejernihan kulit, keseimbangan mental, malah penuaan yang sihat. Antara spesies-spesies mikrobiom yang utama untuk kesihatan usus, Bifidobacterium bifidum dan B. animalis subsp. lactis muncul sebagai penggiat utama dalam transformasi ini.

BiomeNrich PRO G814, PRO G952
BiomeNrich PRO G814, PRO G952

Menyedari keperluan yang semakin meningkat terhadap inovasi probiotik bersasar ini, CJ BIO memperkenalkan dua strain Bifidobacterium baharu di bawah PRO G814 (Bifidobacterium bifidum) dan PRO G952 (B. animalis subsp. lactis) BiomeNrich™ termaju.

Diperkenalkan di Vitafoods Europe 2025, kedua-dua strain asal-manusia ini menunjukkan strategi CJ BIO untuk menyediakan penyelesaian yang pelbagai buat pelanggan yang menginginkan ramuan probiotik yang inovatif demi kesihatan usus. Pengenalan kepada strain ini membawakan kepelbagaian saintifik dan potensi formulasi baharu kepada rakan kongsi Asia Tenggara yang ingin memenuhi permintaan yang semakin meningkat di rantau ini terhadap ramuan kesihatan usus premium.

Rangkuman Bifidobacterium memperkenalkan potensi klinikal yang baharu — terutamanya dalam menyasarkan cabaran mikrobiom khusus peringkat hidup seperti penurunan tahap Bifidobacterium yang berkaitan dengan usia yang dikaitkan dengan ketidakselesaan gastrousus.

PRO G814 dan PRO G952 BiomeNrich™ bertapak menerusi penyelidikan saintifik selama lebih 30 tahun, disokong oleh ujian klinikal dan penggunaan bersejarah. Keselamatan produk diiktiraf oleh FDA A.S. melalui GRAS (Umumnya Diiktiraf sebagai Selamat) dan NDIN (Pemberitahuan Ramuan Pemakanan Baharu), serta disenaraikan dalam QPS (Anggapan Keselamatan Berkelayakan) di Eropah. Di samping itu, kebolehgunaannya disokong oleh pensijilan, termasuk status Halal dan Kosher yang dapat memenuhi keperluan agama di pasaran Asia Tenggara. Langkah-langkah tambahan ini diambil untuk memastikan integrasi yang lancar ke dalam rangkaian luas produk siap untuk tambahan diet dan makanan fungsian.

Selain daripada aspek keselamatan dan kesediaan kawal atur, strain ini menawarkan kelebihan unik dalam perumusan dan hasil kesihatan. Apa yang membezakannya bukan sahaja prestasi klinikal, tetapi juga asal-usul dan kawalan kualitinya. Kedua-dua strain diasingkan daripada bayi sihat yang disusukan dan dipilih atas keupayaannya untuk:

  • Melekap dengan kuat pada sel epitelium usus manusia
  • Bertahan dalam keadaan asid tinggi dan hempedu
  • Memberikan faedah-faedah yang boleh diukur untuk fungsi pencernaan dan imun

BiomeNrich™ menggambarkan komitmen kami terhadap inovasi paksi usus-organ yang holistik — menerusi strain Bifidobacterium baharu ini yang mewakili langkah kami yang seterusnya dalam mengupayakan rakan kongsi merumuskan dengan tujuan dan jitu.

Untuk butiran lanjut mengenai prestasi klinikal, asal-usul, format aplikasi dan keserasian formulasi:
https://online.cjbio.net/bnr_bifido_pr

Latar Belakang CJ BIO Taste & Nutrition Business
CJ BIO ialah unit perniagaan CJ CheilJedang, sebahagian daripada CJ Group—sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang ditubuhkan di Korea Selatan pada tahun 1953 dengan perniagaan dalam bidang Makanan & Perkhidmatan Makanan, Bioteknologi & Farmaseutikal, Hiburan & Media serta Runcit & Logistik.

CJ BIO merupakan peneraju bertaraf global bagi produk-bio berasaskan penapaian yang menawarkan penyelesaian dipacu sains seperti BiomeNrich™ and AMINATURE® untuk pemakanan dan kesejahteraan. Dengan memanfaatkan rangkaian pembuatan globalnya dan kepakaran penapaian mikrob, CJ BIO turut menyediakan penyelesaian rasa label bersih seperti TasteNrich® bagi menyokong inovasi dalam industri makanan dan pemakanan.

HUBUNGI: Soohyun Paik (sh.paik@cj.net) +82-2-6740-1209

Source: CJ BIO
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Supplementary Medicine Children-related news FDA Approval New products/services DEI Page