![]() |
GUANGZHOU, China, 23 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 22 Julai, China-Singapore ETF Link terus berkembang menerusi penyenaraian Amova E Fund ChiNext Index ETF (simbol saham: CXT) di Singapore Exchange (SGX) yang dilancarkan oleh Nikko Asset Management (Nikko AM) melalui kolaborasi bersama E Fund Management (E Fund), pengurus dana amanah terbesar di China yang bertujuan untuk menyediakan pelabur luar negara dengan capaian kepada potensi pertumbuhan pasaran ChiNext China.
Amova E Fund ChiNext Index ETF dipautkan kepada E Fund ChiNext ETF (simbol saham: 159915) yang menjejaki ChiNext Index—iaitu indeks pasaran luas utama syarikat-syarikat inovatif dan keusahawanan yang disenaraikan di Shenzhen Stock Exchange (SZSE). Lebih 90% daripada indeks diberi wajaran dalam industri-industri baru muncul yang strategik seperti teknologi maklumat generasi akan datang, kenderaan tenaga baharu dan bioteknologi, selain termasuk syarikat-syarikat yang terkemuka seperti CATL, Inovance, InnoLight, Mindray dan Sungrow. Konstituen indeks ini menunjukkan asas yang kukuh, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 21% bagi hasil dan 14% dalam keuntungan bersih sejak tahun 2021. Setakat 18 Julai, ETF yang menjejaki ChiNext Index memegang aset bernilai lebih daripada USD 16.3 bilion, diterajui oleh E Fund ChiNext ETF (simbol saham: 159915) dan menyumbang sebanyak USD 12 bilion yang juga merupakan ETF pertama yang menjejaki indeks.
"Sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia, China membuka pasaran kewangannya secara berterusan dan menjadi bahagian penting dalam peruntukan aset global," ujar Yue Fan, Naib Presiden Eksekutif E Fund. "Sebagai andalan teras SZSE, ChiNext Index dilancarkan pada tahun 2010, dengan konstituen mencerminkan daya penggerak ekonomi baharu China - merangkum sektor-sektor inovatif seperti semikonduktor, kecerdasan buatan, tenaga baharu dan biofarmaseutikal. Amova E Fund ChiNext Index ETF merupakan satu pencapaian dalam kolaborasi kewangan China-Singapura, menawarkan pelabur di Singapura dan rantau yang lebih luas dengan capaian yang cekap kepada ekonomi baharu China. Kami menjalin perkongsian ETF rentas sempadan yang serupa dengan Nikko AM di Jepun dan ETF baharu di Singapura ini menonjolkan perkongsian jangka panjang kami yang semakin mendalam dan visi bersama untuk mencapai pengembangan pasaran global."
"Kolaborasi kami bersama E Fund merupakan satu peristiwa penting dalam inovasi ETF rentas sempadan. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan E Fund untuk menyalurkan skala tergabung, kepakaran mendalam dan pandangan tempatan kami terhadap ETF ini yang merupakan representasi yang hebat berhubung semangat keusahawanan dan kemajuan teknologi China. Kami beriringan menawarkan pelabur dengan cara yang dibeza-bezakan dan berpandangan jauh untuk mengambil bahagian dalam kisah pertumbuhan yang diterajui oleh inovasi China," kata Eleanor Seet, Presiden dan Pengarah, Nikko Asset Management Asia Limited dan Ketua Asia selain-Jepun, Nikko Asset Management.
Penyenaraian ini menjadikan program China-Singapore ETF Link kepada 10 ETF sejak penubuhannya pada tahun 2022, seterusnya menunjukkan kerjasama kewangan yang diperkukuh dan capaian pelaburan rentas sempadan yang lebih baik antara kedua-dua pasaran dan dalam masa yang sama menawarkan kemudahan yang lebih besar kepada pelabur di seluruh rantau Asia-Pasifik dan di peringkat global.
Latar Belakang E Fund
Ditubuhkan pada tahun 2001, E Fund ialah pengurus dana amanah komprehensif yang terkemuka di China dengan aset di bawah pengurusan melebihi RMB 3.6 trilion (USD 512 bilion) setakat 30 Jun 2025. Ia menawarkan penyelesaian pelaburan kepada pelanggan dalam pesisir dan luar pesisir, bagi membantu pelanggan mencapai prestasi pelaburan mampan dalam tempoh jangka panjang. Pelanggan E Fund melibatkan individu dan juga institusi, bermula daripada bank pusat, dana kekayaan negara, dana keselamatan sosial, dana pencen, syarikat insurans dan insurans semula, hinggalah syarikat korporat dan bank. Berorientasikan jangka panjang, ia memfokuskan pada perniagaan pengurusan pelaburan sejak ditubuhkan dan percaya akan kuasa penyelidikan yang mendalam dan masa melabur. Ia merupakan perintis dan pengamal yang utama dalam pelaburan yang bertanggungjawab di China dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pengurus aset Cina yang paling dipercayai dan cemerlang.
Latar Belakang Nikko AM
Dengan aset di bawah pengurusan bernilai AS$233.9 bilion setakat 31 Mac 2025, Nikko Asset Management ialah salah satu pengurus aset yang terbesar di Asia, menyediakan pengurusan dana aktif yang berkeyakinan tinggi, merentas pelbagai strategi ekuiti, pendapatan tetap, berbilang aset dan alternatif. Selain itu, rangkaian strategi pasif pelengkapnya meliputi lebih daripada 20 indeks dan termasuk beberapa dana dagangan bursa (ETF) yang terkemuka di Asia. Berkuat kuasa 1 September 2025, Nikko Asset Management akan dikenali sebagai Amova Asset Management.