G-SHOCK Edisi Terhad Hanya 500 Unit Seluruh Dunia
TOKYO, 24 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini keluaran jam tangan MR-G baharu yang memberi penambahan kepada barisan unggulan jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. MRG-B5000HT baharu yang membawakan bentuk ikonik barisan G-SHOCK 5000 dan disempurnakan dengan teknik tukul tsuiki* tradisional Jepun, ialah jam tangan dengan kekuatan yang menarik dan kecantikan yang menakjubkan. Jam tangan yang sangat istimewa ini ditawarkan secara edisi terhad dengan hanya 500 unit di seluruh dunia.
* Teknik tempaan yang mana plat logam diketuk untuk menghasilkan bentuk tiga dimensi |
MRG-B5000HT mewarisi bentuk ikonik daripada G-SHOCK yang pertama seumpamanya dan mengambil perincian bertekstur dengan bezel dan gelang yang diketuk dengan tangan secara individu oleh tukang mahir tsuiki, memaparkan keindahan mendalam jam tangan kalis hentakan ini.
Bezel dan gelang siap-tsuiki diperbuat daripada DAT55G, aloi titanium khas yang dibangunkan di Jepun yang tiga kali lebih keras daripada titanium tulen. Diketuk dengan tangan secara individu oleh tukang tsuiki mahir Kazuya Watanabe, corak yang sangat terperinci, unik untuk setiap jam tangan, ditempa oleh bentuk hujung pahat dan daya yang dengannya beliau menggunakan tukulnya. Warna oborogin bekas jam, kelabu-perak dengan kilauan unik kelengkapan dan perhiasan pedang tradisional, dicapai dengan salutan karbon seperti berlian (DLC). Warna tembaga yang pekat dan berkilat pada skru dan butang menambah sentuhan glamor pada reka bentuk jam tangan keseluruhan.
Menggabungkan reka bentuk yang menonjolkan estetik tradisional Jepun dengan keliatan yang luar biasa, ini merupakan MR-G yang berani dan hebat yang layak menjadi barisan unggulan G-SHOCK.
Kazuya Watanabe
Dilahirkan pada tahun 1978 di Bandar Sanjo, Wilayah Niigata. Selepas menamatkan pengajian daripada Jabatan Seni dan Reka Bentuk Kraf di Nagaoka Institute of Design pada tahun 2001, Watanabe menyertai Gyokusendo, sebuah kilang barang tembaga yang bersejarah. Di sana, beliau mempelajari teknik-teknik tradisional menukul barang tembaga sebelum menubuhkan bengkel tempanya sendiri pada tahun 2005. Melibatkan diri dalam kolaborasi yang merangkum pelbagai genre, Watanabe meneroka mod dan kemungkinan ketukangan kontemporari.