![]() |
SINGAPURA, 3 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- UOB Asset Management (UOBAM) telahpun mengeluarkan Strategi Pelaburan Suku Tahunan S4 2025, dengan menyatakan bahawa kestabilan yang ditunjukkan oleh pasaran global setakat ini boleh diuji pada bulan-bulan akan datang apabila tarif mula memberi kesan yang lebih berat ke atas ekonomi AS.
Menurut laporan ini, peringkat yang seterusnya untuk pasaran-pasaran global akan bergantung sepenuhnya kepada sejauh mana pengguna bertindak balas terhadap kenaikan harga. Kekuatan perolehan korporat dan momentum pertumbuhan yang berterusan dalam menghadapi hambatan dasar mendorong UOBAM menyelaraskan kebarangkalian positif mereka untuk meningkat. Ketika ini, mereka melihat peluang sebanyak 50% untuk mencapai pertumbuhan yang berterusan, berbanding 40% pada suku tahun yang lalu. Sungguhpun demikian, mereka masih melihat 25% kemungkinan berlakunya kemelesetan dan 25% kemungkinan stagflasi.
Justeru itu, strategi suku keempat UOBAM berwajaran neutral antara ekuiti dan pendapatan tetap. Anthony Raza, Ketua Strategi Berbilang-Aset UOBAM, menjelaskan bahawa keadaan neutral ini bersifat strategik dan tidak menggambarkan kurangnya keyakinan. Beliau berkata, "Memandangkan terdapatnya kebarangkalian yang sama bagi senario positif-pasaran lwn negatif-pasaran, kami percaya bahawa pendekatan yang neutral dan terpelbagai merupakan pendekatan yang paling bingkas dan menawarkan peluang terbaik untuk mencapai pulangan yang positif merentas pelbagai hasil."
Dalam ekuiti, UOBAM melihat Asia sebagai tempat yang agak bagus, disokong oleh mata wang yang lebih kukuh, penilaian yang menarik dan permintaan domestik yang kian bertambah. Eropah juga dianggap menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas dua tahun mengalami keadaan lemah. Sementara itu, firma ini mengekalkan pandangan yang seimbang terhadap AS, dengan menyatakan bahawa kos tarif mula menembusi ekonomi yang lebih luas.
Dalam hal pendapatan tetap, penganalisis UOBAM percaya bahawa ekonomi pasaran maju akan kekal bingkas, namun risiko mengalami inflasi semakin meningkat. Akibatnya, mereka mengekalkan pendirian yang neutral dari segi tempoh dan kredit, serta menjangkakan hasil bon 10-tahun didagangkan antara 4.0% dan 4.5%.
Bagi mendapatkan pandangan yang lebih mendalam berhubung ekuiti, pendapatan tetap, mata wang dan komoditi, baca Strategi Pelaburan S4 2025 yang lengkap: https://www.uobam.com.sg/insights/qis4q25.page
Latar Belakang UOB Asset Management
UOB Asset Management Ltd (UOBAM) ialah subsidiari milik penuh United Overseas Bank Limited. Ditubuhkan pada tahun 1986, UOBAM mempunyai pengalaman selama hampir 40 tahun dalam mengurus skim pelaburan kolektif dan dana budi bicara di Singapura, menjadikan kami sebagai antara pengurus unit amanah terbesar mengikut aset bawah pengurusan. Setakat 31 Ogos 2025, kami mengurus 64 unit amanah di Singapura dan seiring bersama subsidiari-subsidiari kami, menyelia aset pelanggan bernilai S$38.8 bilion.
Beribu pejabat di Singapura, UOBAM mempunyai tapak kehadiran yang kukuh di seluruh Asia, memiliki pejabat perniagaan dan pelaburan di Brunei, Indonesia, Jepun, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Rangkaian kami melibatkan UOB Islamic Asset Management Sdn Bhd di Malaysia, satu usaha sama bersama Ping An Fund Management Company Limited (China) dan perikatan strategik bersama rakan kongsi seperti Wellington Management Singapore.
UOBAM ialah salah satu pengurus aset yang paling banyak menerima anugerah di rantau ini, dengan lebih 360 anugerah dimenangi. Pada tahun 2025, kami diiktiraf sebagai Syarikat Pengurusan Aset Terbaik (Serantau) oleh Asia Asset Management dan sebelum ini dinamakan sebagai Syarikat Pengurusan Aset Terbaik di Asia – 20 Tahun pada tahun 2023. Inovasi digital kami juga memperoleh penghormatan tertinggi, termasuk Pengurusan Kekayaan Digital Terbaik di Asia[1] dan Inisiatif Penasihat Robo Terbaik[2] selama 3 tahun berturut-turut setakat tahun 2024.
Sebagai peneraju dalam pelaburan mampan, UOBAM dianugerahkan sebagai Aplikasi Terbaik ESG di ASEAN[3] (2023) dan menerima beberapa anugerah kemampanan di Indonesia dan juga Thailand. Keupayaan kecerdasan buatan kami juga diiktiraf menerusi Aplikasi Kecerdasan Buatan Paling Inovatif (ASEAN) selama 2 tahun berturut-turut[4].
Berhubung dengan kami: LinkedIn | Facebook
[1] Dianugerahkan oleh Asia Asset Management |
[2] Dianugerahkan oleh The Digital Banker for the Global Retail Banking Innovations Award |
[3] Dianugerahkan oleh Asia Asset Management |
[4] Setakat tahun 2025, oleh Asia Asset Management |