omniture

ZTE anjur Sidang Kemuncak Global & Kongres Pengguna 2025 di Milan di bawah tema "Memperluas Kepintaran, Mencipta Kemungkinan"

ZTE Corporation
2025-10-10 17:47 32

MILAN, 10 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu, menganjurkan Sidang Kemuncak Global & Kongres Pengguna 2025 di Milan pada 6-7 Oktober di bawah tema "Memperluas Kecerdasan, Mencipta Kemungkinan". Seramai lebih 500 pemimpin ICT global, pengendali, rakan kongsi, penganalisis, organisasi industri dan penginovasi berhimpun untuk meneroka transformasi digital dipacu AI, memupuk ekosistem pintar-digital terbuka dan memacu industri dan inovasi sosial.

Xu Ziyang, Ketua Pegawai Eksekutif ZTE, memulakan sidang kemuncak global ini dengan ucaptama. Beliau menyatakan bahawa dalam era yang beralih daripada bit kepada token, ZTE komited untuk membina asas rangkaian pintar, memperkasakan masa depan pengkomputeran dan bekerjasama di peringkat global untuk mencipta secara bersama era kecerdasan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif ZTE Xu Ziyang memulakan sidang kemuncak global dengan ucaptama
Ketua Pegawai Eksekutif ZTE Xu Ziyang memulakan sidang kemuncak global dengan ucaptama

Semasa berlangsungnya acara ini, ZTE memaparkan pencapaiannya yang terkini dalam ketersambungan dan pengkomputeran, pemerkasaan industri serta mewujudkan kehidupan pintar yang lebih baik untuk keluarga dan juga pengguna.

Penaiktarafan sambungan: Integrasi dua hala rangkaian x AI

Dalam rangkaian tanpa wayar, ZTE terus menerajui inovasi UBR dan M-MIMO, selain membina tapak ultra-mudah, sangat cekap dan hijau. AI membentuk semula keupayaan rangkaian, meningkatkan kecekapan tenaga dan juga kecekapan O&M, dengan jaminan pengalaman pengguna yang tepat, memacu 5G ke arah peralihan daripada volum kepada nilai; Demo AgentGuard pada AIR RAN menjamin interaksi AI; Tiga enjin AIR Net maju kepada "Agentic Operation". Bagi 5G-A, ISAC menyokong ekonomi altitud rendah dan pengurusan air; Rangkaian persendirian EasyOn mendayakan VR perayauan bebas, pengeluaran media dan kolaborasi pintar terkandung.

Dalam bidang rangkaian teras, ZTE memperkenalkan AI Core, menaik taraf seni bina rangkaian teras dengan "Know How" ("Tahu Buat") untuk pengalaman visual dan "Do So" ("Lakukannya") untuk pengewangan terbeza, mengubah pengendali daripada model "dipacu trafik" kepada model "dipacu pengalaman". AI Core turut memperkenalkan Agentic Ops, kerangka berbilang ejen (pengendalian kerosakan, penyelesaian aduan, perubahan rangkaian dan simulasi kembar digital) untuk maju daripada autonomi L3 kepada L4+.

Kuasa pengkomputeran: kemajuan tindanan penuh

ZTE mempamerkan penyelesaian pengkomputeran pintar tindanan penuhnya, membawakan rangkaian pelayan am dan AI yang komprehensif, termasuk perkakas semua-dalam-satu AiCube berfokuskan industri bagi membina asas pengkomputeran yang berprestasi tinggi. Dari segi perisian, ia menawarkan platform AI kod rendah navigasi dan Co-Sight Agent Factory, mengurangkan halangan untuk latihan dan inferens model AI, seterusnya mengupayakan pembangunan aplikasi AI tahap minit berasaskan talian paip. Co-Sight Super Agent 2.0 yang dinaik taraf mengungguli penanda aras GAIA dengan 84.05 mata.

Bagi senario rumah: AI x Rumah

Dalam segmen AI Home, pertumbuhan hasil dan transformasi ekosistem dicapai melalui penaiktarafan teknologi dan inovasi model perniagaan dalam AI Wi-Fi 7 dan terminal media AI. Dikuasakan oleh keupayaan teras seperti antena pintar AI, perayauan lancar AI dan enjin pecutan AI, AI Wi-Fi 7 mendayakan peningkatan sebanyak 50% dalam ARPU (Purata Hasil setiap Pengguna) melalui operasi berlapis, pakej berasaskan senario dan gabungan terminal ekosistem — lalu membawa era baharu pengewangan rumah pintar. Terminal media AI berkembang daripada kotak TV kendiri kepada terminal tertumpu senario penuh.

Dalam segmen Infrastruktur AI-optik, akses AI-optik, AI HI-OTN dan AI HI-IPNet memfokuskan secara strategik pada pengurangan kos, O&M yang cekap, prestasi dan keselamatan, seterusnya mengukuhkan daya saing teras rangkaian talian dawai.

Bagi pengguna: AI untuk Semua

ZTE mempercepat transformasinya yang mengutamakan pengguna, memfokuskan secara strategik pada pasaran belia dengan permainan sebagai titik kejayaan utama. Di acara ini, ZTE mempamerkan telefon pintar permainan nubia Neo series, beraneka jenis peranti bergaya seperti nubia Air, Flip, Focus dan banyak lagi yang dapat memenuhi gaya hidup belia. Strategi ini membawa kepada keputusan yang ketara, dengan hasil telefon pintar antarabangsa meningkat sebanyak lebih 30% tahun ke tahun dalam separuh pertama tahun 2025.

Dibina berasaskan portfolio peranti AI yang pelbagai, termasuk telefon pintar, PC, tablet, FWA&MBB dan peranti boleh pakai, ZTE meluaskan jangkauan AI sekali gus meningkatkan kecerdasannya. Reruai ZTE Devices menampilkan tiga kawasan utama: zon telefon pintar permainan, zon telefon pintar gaya hidup dan zon FWA & MBB No.1 dunia yang diperkasakan oleh teknologi 5G-A dan Wi-Fi 7 terkini, di samping kemunculan sulung AI Pet Mochi di pasaran luar negara yang akan menjadi teman emosi yang lebih bijak, lebih proaktif dan diperibadikan buat semua orang.

ZTE akan terus memajukan strategi "Ketersambungan + Pengkomputeran" dengan inovasi tindanan penuh dan rakan kongsi global bagi mendorong kejayaan merentas ketersambungan, pengkomputeran pintar, ekosistem dan peranti, seterusnya memperkasakan evolusi teknologi dan juga industri.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:
https://www.zte.com.cn/global/about/exhibition/zte_summit_2025.html

Pertanyaan Media: 
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things