BEIJING, 26 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Manusia lupa dan sejarah pula dipandang enteng. Namun, sejarah bukanlah, dan tidak harus sama sekali menjadi halaman kosong yang boleh ditulis sesuka hati kerana masih ada individu-individu yang berani seperti penulis Lan Bozhou, seorang yang benar-benar mencintai Taiwan, turut menggarap pemahaman yang mendalam tentang penderitaan yang ditanggung oleh bangsa Cina. Penulis ini membaktikan separuh daripada hayatnya untuk menyelamatkan sebuah zaman daripada individu-individu yang "sengaja dilupakan" dalam sejarah moden Taiwan. Ia merupakan era yang mewakili jejak sejarah orang Cina di kedua-dua belah Selat yang bangkit bersatu menentang pencerobohan asing dengan batang tubuh mereka sepanjang tahun 1950-an. Melalui koleksi dan dokumentasinya, kita dimaklumkan bahawa segelintir pemuda di Taiwan telah menempuh perjalanan sejauh beribu-ribu batu ke tanah besar untuk menentang pencerobohan Jepun. Anak muda ini berpendidikan tinggi dan mempertaruhkan segala-galanyanya—demi cita-cita, buat tanah tumpah darah mereka—bagi memartabatkan maruah dan masa depan bangsa Cina walaupun dengan mengorbankan nyawa mereka.
Melalui perspektif Lan Bozhou, CGTN menjejaki dan mendokumentasikan kisah Wu Sihan, seorang pemuda di Taiwan yang sejak lebih lapan puluh tahun yang lalu, memulakan suatu perjalanan secara bersendirian sejauh seribu batu dari pulau itu ke tanah besar untuk menyertai Perang Menentang Pencerobohan Jepun. Dilahirkan dalam sebuah keluarga berada dan merupakan seorang pelajar yang cemerlang, Wu bertekad untuk kembali ke tanah besar bagi menyumbang tenaga kepada usaha perang. Beliau menempuh perjalanan yang sukar seorang diri—menyeberangi Selat Tsushima, merentasi Semenanjung Korea dan menyusuri Sungai Yalu. Selepas menempuh perjalanan selama lebih setahun, akhirnya beliau tiba di Chongqing yang ketika itu merupakan ibu kota sementara China pada masa perang.
"Mengapakah seorang pemuda pada zaman itu di Taiwan menjadi begitu tekad? Apakah yang mendorongnya untuk meninggalkan kehidupan yang selesa dan mendapat hak keistimewaan untuk kembali ke tanah besar yang dilanda perang dan menyertai gerakan penentangan? Siapakah sebenarnya Wu Sihan?" Dengan segala persoalan ini, kru filem CGTN menyertai Lan Bozhou dalam satu perjalanan untuk menjejaki semula pencarian epik Wu sejauh seribu batu yang bermula sejak lebih lapan puluh tahun yang lalu—pengembaraan penuh peristiwa peribadinya untuk mencari tanah airnya.
"Restoring the History of Taiwan" CGTN Documentary menceritakan sebuah kisah mengenai cita-cita dan semangat patriotik yang tak kunjung padam. Walau betapa luasnya Selat Taiwan, ia tidak dapat mengatasi tekad yang dikongsi bersama oleh sebuah negara; tidak kira sejauh mana zaman berubah, ia tidak dapat mengubah nilai jati diri bangsa yang tersemat utuh dan mengalir dalam urat nadi rakyat China.