omniture

China Pelopori Penyelesaian Kesihatan-Iklim Bandar Ketika Risiko Capai Paras Tertinggi, Tawar Laluan Baharu untuk Selatan Global

Tsinghua University
2025-11-02 03:27 11

Laporan Lancet Countdown China baharu mendedahkan bahawa 8 daripada 13 penunjuk risiko kesihatan-iklim berada pada puncak bersejarah; pelancaran Beijing memaparkan pendekatan boleh skala untuk pembangunan bandar yang bingkas dan rendah karbon.

BEIJING, 2 November 2025 /PRNewswire/ -- Apabila 8 daripada 13 penunjuk risiko kesihatan-iklim yang kritikal mencapai paras tertinggi di China, Laporan Lancet Countdown China 2025 yang dilancarkan hari ini di Tsinghua University, menawarkan pengajaran yang berharga untuk kebingkasan bandar dan juga pembangunan rendah karbon.

Meraikan Hari Bandar Sedunia yang bertemakan "Memperkasakan Bandar untuk Tindakan Bersinergi", laporan ini memberikan analisis peringkat bandar yang tidak pernah terjadi sebelumnya yang mendedahkan jurang kritikal antara penilaian negara dan wilayah serta risiko-risiko nyata yang dihadapi oleh setiap bandar. "Meskipun keadaan bersiap sedia dalam menghadapi iklim sudahpun diingatkan di merata tempat, kita harus memerangi penyahpekaan orang awam dan menyediakan penyelesaian bersasar kepada bandar-bandar," kata Profesor Cai Wenjia, Pengarah Lancet Countdown Asia Centre di Tsinghua University. "Analisis kami menunjukkan tindakan iklim yang berfokuskan kesihatan bukanlah tindakan yang mengakibatkan kelembapan ekonomi – ia sebenarnya pemecut bagi mencapai pertumbuhan."

Dapatan utama dengan implikasi serantau termasuk:

  • Negara-negara Asia kini mengalami purata 20 hari gelombang haba setahun (2022-2024), dengan perubahan iklim bertanggungjawab terhadap 16 hari gelombang haba ini
  • Keletihan risiko awam semakin timbul apabila amaran iklim menjadi keadaan yang berterusan, lalu mengancam keberkesanan tindak balas
  • Setiap bandar menghadapi krisis kesihatan-iklimnya yang tersendiri – purata nasional menyembunyikan kerentanan tempatan yang kritikal
  • Penyelidikan saintifik tidak sepadan dengan keperluan bandar yang paling mendesak, dengan penyelesaian berkesan kos masih lagi terhad
  • Tindakan iklim berpusatkan kesihatan mempercepat dan tidaklah menghambat pertumbuhan ekonomi

Laporan ini mengenal pasti bandar-bandar yang merupakan pusat bagi risiko kesihatan iklim dan juga enjin penyelesaian, selain menggariskan lima tindakan keutamaan bermula dengan membangunkan sistem amaran awal berpusatkan penduduk hinggalah menerapkan aspek kesihatan dalam perancangan bandar pintar.

Pelancaran ini membawakan pakar-pakar dari Singapura, India, Australia dan China yang membincangkan mengenai penyelesaian bandar yang praktikal. Acara ini turut mengetengahkan laluan pembiayaan baharu. Asian Infrastructure Investment Bank menekankan tumpuannya pada infrastruktur yang positif terhadap kesihatan dan alam semula jadi, manakala Asian Venture Philanthropy Network memperkenalkan Climate x Health Lighthouse Fund—dana dermawan pertama di Asia yang mengembangkan inovasi penyesuaian.

"Bukti peringkat bandar dalam laporan inilah yang benar-benar diperlukan oleh kerajaan tempatan untuk beralih daripada perancangan kepada tindakan," kata Dr. Sandro Demaio, Pengarah bagi WHO Asia-Pacific Centre for Environment and Health.

Laporan penuh tersedia di https://www.thelancet.com/journals/lanpub/article/PIIS2468-2667(25)00230-0/fulltext 

 

Source: Tsinghua University
Keywords: Computer/Electronics Education Environmental Products & Services Higher Education New products/services Survey, Polls & Research