omniture

CGTN: Bagaimana China perjuangkan keterbukaan dan multilateralisme untuk bina komuniti Asia-Pasifik

CGTN
2025-11-02 09:01 3

Semasa berlangsungnya Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC ke-32 di Gyeongju, CGTN menerbitkan sebuah artikel yang mengetengahkan sejauh mana keterlibatan dan visi Presiden China Xi Jinping terhadap keterbukaan dan multilateralisme dapat menyediakan panduan strategik untuk membina komuniti Asia-Pasifik dan bagaimana inisiatif yang dicadangkan oleh China dan projek-projek kolaboratif mewujudkan peluang serta kemakmuran bersama untuk rantau ini dan dunia.

BEIJING, 2 November 2025 /PRNewswire/ -- Di bawah langit musim luruh yang berwarna kuning jingga dan di antara kuil-kuil berusia berabad-abad di Gyeongju, Republik Korea (ROK), para pemimpin dari seluruh Asia-Pasifik berhimpun untuk menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-32 bagi membincangkan masa depan rantau ini serta cabaran yang dikongsi bersama.

Presiden China Xi Jinping menghadiri Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC ke-32 dan berucap di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC dalam ucapan bertulis, lalu mengesahkan sekali lagi komitmen China terhadap keterbukaan, multilateralisme dan juga kemakmuran bersama.

"Kita harus memperbaharui komitmen kita terhadap misi penubuhan APEC dan memberikan sumbangan yang cemerlang kepada dunia melalui kerjasama Asia-Pasifik yang lebih bertenaga dan berdaya tahan," kata Xi dalam ucapan bertulisnya di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC.

'Melabur di China bererti melabur untuk masa depan'

Berucap kepada para pemimpin dari seluruh rantau ini di Sesi I Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC ke-32, Presiden Xi berjanji bahawa China akan memperdalam lagi reformasi yang komprehensif dan memperluas keterbukaan berstandard tinggi, seterusnya mewujudkan peluang baharu untuk Asia-Pasifik dan dunia melalui pencapaian yang terkini dalam pemodenan China.

Langkah-langkah konkrit memperlihatkan komitmen China terhadap keterbukaan. Senarai negatif nasional untuk pelaburan asing telah dikurangkan kepada 29 item dan diluluskan sepenuhnya dalam pembuatan. Dasar bebas visa kini meliputi 76 negara melalui pengaturan unilateral atau timbal balik, menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini untuk ahli perniagaan, pelancong dan profesional asing untuk melabur, bekerja dan menetap di China. Seperti yang ditegaskan oleh Xi, "Bekerjasama dengan China bererti menerima peluang. Percaya kepada China bermaksud bersikap optimis tentang hari esok. Melabur di China pula bererti melabur untuk masa depan."

Kesalinghubungan China yang semakin meningkat dengan rantau ini ditunjukkan melalui data perdagangan. Menurut Pentadbiran Am Kastam China, dalam tiga suku pertama tahun 2025, perdagangan antara China dan ekonomi APEC yang lain meningkat 2 peratus tahun ke tahun kepada 19.41 trilion yuan (sekitar $2.73 trilion), menyumbang sebanyak 57.8 peratus daripada jumlah perdagangan asing China.

Sementara itu, pertumbuhan ekonomi China yang mantap terus memberikan kepastian untuk rantau ini dan juga dunia. Sepanjang lima tahun yang lalu, biarpun terdapat kejutan luaran yang semakin meningkat, China mengekalkan purata kadar pertumbuhan tahunan sekitar 5.5 peratus, lalu menyumbang kira-kira 30 peratus kepada pertumbuhan global.

Sevim Dagdelen, seorang ahli politik Jerman dan ahli Bundestag, berkata China sentiasa menyokong pembinaan kerangka kerjasama Asia-Pasifik yang terbuka dan inklusif serta mendukung sistem perdagangan pelbagai hala dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia sebagai terasnya yang memainkan peranan positif dalam menggalakkan kestabilan ekonomi serantau dan juga global.

'Jalan yang betul ke hadapan'

Seperti yang digambarkan oleh Xi, dunia pada hari ini berada di "persimpangan baharu" antara kerjasama dan hegemonisme. Dalam konteks ini, beliau menyeru semua ekonomi untuk memperkukuh solidariti, menolak proteksionisme, menentang unilateralisme dan saling bekerjasama untuk membina sebuah komuniti Asia-Pasifik agar dapat meningkatkan lagi keamanan dan pembangunan di Asia-Pasifik dan juga dunia yang lebih luas.

Bagi membimbing kerjasama sedemikian, Xi menggariskan lima cadangan dalam ucapan Sesi I beliau: mendukung sistem perdagangan pelbagai hala, memupuk ekonomi serantau yang terbuka, melindungi kebingkasan industri dan rantaian bekalan, memajukan perdagangan digital dan hijau serta menggalakkan pembangunan inklusif yang memberi manfaat kepada semua.

Idea-idea ini sudah mula terbentuk. Platform-platform yang dimulakan oleh China seperti APEC Port Network dan Green Supply Chain Network telahpun menjadi hab yang penting untuk perdagangan digital dan mampan di seluruh rantau ini. Sepanjang lima tahun yang lalu, China menduduki kedudukan pertama bagi perdagangan barangan global dan kedudukan kedua bagi perdagangan perkhidmatan, menarik lebih daripada $700 bilion pelaburan asing dan mengekalkan pertumbuhan pelaburan keluar melebihi 5 peratus setiap tahun.

Kolaborasi teknologi China terus memperkasakan rakan kongsi Asia-Pasifik dan global - bermula daripada pelabuhan pintar di Amerika Latin dan sistem pembayaran mudah alih di Asia Tenggara hinggalah projek kecekapan dikuasakan AI di Timur Tengah serta pengeluaran kenderaan elektrik di Thailand. Contoh-contoh ini bersama-sama mencipta beraneka kemajuan bersama yang berasaskan keterbukaan dan inovasi.

Sentimen awam mencerminkan visi ini. Satu tinjauan pendapat CGTN baru-baru ini mendapati bahawa 83.2 peratus responden di seluruh Asia-Pasifik menyatakan keyakinan terhadap integrasi serantau, manakala 84.6 peratus bersetuju bahawa ekonomi harus mendukung prinsip multilateralisme dan juga globalisasi.

Tatkala China membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah APEC buat kali ketiga pada tahun hadapan, mesejnya tetap jelas dan berpandangan jauh. Seperti yang dinyatakan oleh Presiden Xi, "Meskipun konfrontasi dan antagonisme hanya akan mengakibatkan kerenggangan dan pergolakan, kerjasama yang saling menguntungkan terbukti menjadi jalan yang betul menuju ke hadapan."

https://news.cgtn.com/news/2025-10-31/How-China-champions-an-open-multilateral-Asia-Pacific-community-1HVhCfqEkCY/p.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion